My page life.

Saturday, December 6, 2014

Cita-Citaku

Assalammualaikum.

cakap pasal cita-cita..teringat zaman sekolah rendah dulu. yerla. cikgu-cikgu sibuk tanya cita-cita masing-masing. tanya sorang-sorang dalam kelas, majeriti separuh kelas nak jadi cikgu, separuh lagi doktor. besar betul cita-cita mereka..cikgu pun tersenyum lebarrr je kan..haha, memang dua kerjaya tu je yang tengah top pada ketika itu. last-last, pabila besar tak tau arah. sesat mungkin.  hehe tak cakap orang lain. diri aku ni yang memang takde arah tujuan, hanya ikut je dimana arus air pergi, kesitu la aku follow. kesian, tiada perancangan hidup betul~.

cukup la sekadar aku menjadi manusia yang berguna pada masyarakat je sudah, bukan sampah masyarakat. aku tak gemar untuk buat perancangan kerana setiap apa yang aku rancang pasti tidak akan berlaku, ada je aral melintang. macam pernah aku terfikir nak jadi pelukis..so perancangan aku..setiap hari mesti lukis untuk dapatkan skill. dan aku telah pun dicadangkan oleh guru kelas untuk sumbat aku ke sekolah seni. dengan syarat, ujian seni visual mesti A. apa kejadah, time tu darjah 6 mata pelajaran seni dah tak peduli sama sekali. aku nak study ikut mano? and memang tak dapat A la aku.. haha. melepas~

kemudian, aku redha jee. takpe mungkin rezeki aku boleh masuk kolej yang ada kursus berkaitan dengan seni selepas spm. tapi lain pula jadinya, aku terpindah masuk kolej Vokasional...pada usia 16 tahun selepas pmr. Kursus yang berkaitan seni aku jumpa kat area KL..selain kl taknak aku tengok. aku tak biasa hidup jauh sangat ni..takut kejutan budaya..haha! biar aku belaja slow-slow mula dari bawah. so, aku pilih yang dekat-dekat..tapi kursus seni tu takde..yang ade ERT. yup. kursus sesuai untuk para isteri dan ibu. itu tanggapan awal aku. dah la aku ni bukannya feminine sangat~ tak sesuai...

last-last, fikir fikir..sampai terkeluar urat mata..haha aku pun pilih fesyen. sebab fesyen pun ada lukis-lukis kan sebab nak design baju. ha~ bijak tak aku?. haktuih, tetapi apa yang aku bayangkan bukan la semudah yang aku sangka..aku ambil kursus fesyen tu..rupa-rupanya lebihkan menjahit...so, jadilah aku pereka fesyen..kuekue. tapi betul, pabila dah belajar menjahit ni. aku jadi terobses dengan trend fesyen terkini. aku belajar nak melawo. tapi tak lawo-lawo jugok. sekali pandang macam maknyah je. haha!\


well, sekarang ni aku tinggal lagi dua tahun kat KV untuk dapatkan diploma. member-member lepasan spm dah freedom..sabor je la... entah la mungkin cita-cita aku akan datang menjadi seorang pereka fesyen?. atau lari bidang kembali sambung ambik seni graphic. atau pape la. tapi ingat "ilmu itu meluas" tak kesah la apa bidang pun yang aku ceburi, itu tetap ilmu. so, tak mengapa kalau aku terpesong dari kursus fesyen? -_- marah ke unit fesyen nanti bila baca ni..hehe peace yaw!