My page life.

Monday, June 28, 2021

Personal | Pengalaman beraya seorang diri.

Hai. sesiapa sahaja akan terkesan dengan pandemik covid yang melanda di negara ini. Hampir semua orang tengah struggle untuk meneruskan perjuangan. Ada yang kehilangan kerja. Yang paling terkesan mereka yang kehilangan orang tersayang disebabkan wabak ini. Bersyukur kepada yang masih diberi peluang dan yang masih belum terjebak dengan pengebaran covid ini. Yang pasti kita semua harus terus berusaha membanteras penularan covid dengan mengikuti semua SOP yang telah ditetapkan. Jangan degil. Jangan pentingkan diri. Ayuh, untuk masa depan kita semua. Tidakkah kita rindukan kehidupan yang dulu? Dimana kita boleh melakukan apa sahaja tanpa risaukan had dan batas pergerakan. Saya rindu mahu pulang berjumpa family di rumah.

Pada tanggal 13 May 2021, dalam sejarah buat pertama kali beraya berseorangan di rumah sewa tanpa family disisi. Disebabkan berjauhan merantau ke luar negeri, di musim covid yang melanda ini, kita semua tak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Saya yakin bukan saya sahaja yang mengalami situasi ini. 

Walaubagaimanapun keadaan, bila tiba hari raya, kita mestilah meraikan dengan berpakaian kemas, dan cantik. Terima kasih makngah sannggup datang memberi juadah. Dapat juga merasa rendang di pagi raya. Ikutkan hati mahu cuba buat sendiri. Disebabkan kesuntukan masa, bahan tidak sempat dibeli.

Seperti biasa, perkara wajib di pagi raya adalah saling bermaaf-maafan. Memandangkan tidak dapat berkunjung akibat covid, jadi saya berhubung dengan keluarga melalui panggilan video dari pagi hingga ke tengahari. Disambung pula dengan panggilan dari sahabat-sahabat lain. Sudah cukup membuatkan saya bahagia pada hari itu.

Tambahan pula waktu itu sedang gempar dengan kejadian serangan di palestin. Perasaan saya sedikit hampa dan dalam masa yang sama beryukur dapat menyambut raya sekadar yang ada. Mengenangkan nasib penduduk palestin. 😢 #freepalestine

sampai disini pengalaman ringkas saya. thank you.