My page life.

Friday, December 30, 2016

Mari menabung untuk kemudahan masa hadapan

Lusa dah masuk tahun 2017. cepatnya masa berlalu. oleh itu anda semua dah ada ke perancangan untuk menghadapi tahun baru? kalau tiada, apa kata kita buat perancangan bagaimana nak kumpul duit untuk kita survive di dunia rencam ini. Inspirasi daripada blog Azhafizah. Pertama sekali, anda perlu mendisiplinkan diri. Kerana tiada disiplin benda ini tidak akan berjalan ataupun matlamat nak dapatkan nilai duit yang dikehendaki tidak tercapai. Kedua, seharusnya sediakan satu bekas atau tabung yang sesuai untuk kita muatkan duit simpanan kita. Ketiga, menabung ikut jadual yang telah ditetapkan:


Cara-caranya ialah, anda perlu menyimpan duit pada setiap minggu iaitu hanya pada hari jumaat sahaja. Orang kata hari jumaat merupakan hari yang paling mulia dan merupakan penghulu segala hari. Oleh itu, lebih afdal kita melakukan kebaikan dengan menabung pada hari Jumaat supaya InsyAllah, diberikan rezeki lebih pada hari tersebut. Ok, apa yang anda lihat pada jadual diatas, pada jumaat pertama tahun 2017, anda dikehendaki menabung hanya RM 1 sahaja bagi permulaan. Kemudian, pada jumaat kedua, angka menabung meningkat kepada RM 2 dan seterusnya. Dan akhirnya, jumlah tabungan yang dikehendaki sebanyak RM 1,378 dalam tempoh 52 minggu pada tahun 2017. ha selepas itu, jangan lupa masukkan ke dalam bank tau. Saya pun dah slow-slow cari tabung.


Selamat menabung!