My page life.

Sunday, June 27, 2021

Personal | Blogging on Youtube channel

Hai, saya terfikir untuk menyahut cabaran #30daysblogchallenge. Menulis blog setiap hari selama sebulan. Bunyi macam bagus. Tetapi itu lah, kekadang idea belum tentu ada untuk menghasilkan posting. Lagi-lagi bila kena menghadap skrin laptop untuk menaip. Sebenarnya saya mengalami silau yang tinggi. Kalau asyik menghadap boleh mengakibatkan migrain dan mata menjadi kepenatan. Mungkin kerana saya tidak begitu aktif dalam mengarang, jadi saya cepat stress apabila kebuntuan idea.

Betul mungkin juga saya perlu memperbanyakkan membaca buku. Dari situ, saya boleh memperkasakan lagi penulisan tatabahasa saya. Sebab sebelum ini saya banyak fokus kepada bahasa inggeris. Kekadang saya suka rojakkan bahasa melayu dan inggeris. Disebabkan itu, penyusunan bahasa saya sangat berterabur. Bunyi macam kelakar. Tetapi itu lah hakikat sebenar yang saya hadapi. 

Saya rindu nak belajar penulisan bahasa melayu di zaman sekolah. Saya gemar sastera, sajak, puisi melayu. Tetapi malangnya saya tidak menghabiskan pelajaran dengan betul dan juga tidak mengamalkan di dalam kehidupan harian. Biasa lah terlampau terikut-ikut budaya barat. Kerana dulu saya fikir bahasa inggeri sangat penting untuk saya berkomunikasi dengan orang asing. Tak juga. Bahasa Inggeris saya masih tunggang langgang. 

Mungkin kerana itu juga saya sukar untuk meneruskan hobi menulis blog. Saya sudah banyak kali buat blog baru. Tetapi masih tidak berjaya membuahkan hasil yang bagus. Kali ini saya kena belajar dari kesilapan, harus lah menghasilkan posting yang berkualiti dan bermanfaat.

Baiklah tamat sesi pengenalan. Mari teruskan kepada pengisian sebenar posting hari ini. Video blog, atau terkenal dengan sebutan v-log. Merupakan blog dalam bentuk visual. Kenapa Vlog? Cukup lah hanya Blogger. Ini kerana saya mahu mencuba sesuatu yang baru. Saya mahu menggunakan kemahiran saya dalam menyunting videography. Kemahiran yang tidak lah hebat. Sekadar hobi biasa.

Dengan ini saya mempersembahkan Youtube channel saya iaitu Aredlyn space. Berserta vlog pertama saya. Boleh terus tonton dan minta jasa baik anda untuk memberikan sokongan moral kepada saya yang baru berkecimpung dalam dunia youtube. Semoga video seterusnya saya dapat menambahbaikkan.