Di posting yang lepas, terdapat info mengenai berapa liter air yang diperlukan sehari. Secara purata kita memerlukan 2 liter air sehari. Untuk konsisten mengamalkan, disarankan untuk mengira sendiri jumlah air yang diperlukan mengikut berat badan. Dengan ini kita lebih memahami keperluan air yang sepatutnya diterima oleh badan.
Selain itu, untuk lebih praktikal gunalah aplikasi water tracker. Ia akan notifikasi kita untuk sentiasa minum air. Dengan adanya aplikasi ini, kita tidak mudah lupa dan mengambil bersahaja tentang hal ini. Tambahan, dapat menaikkan semangat dan motivasi diri.
Setakat ini, saya berpuas hati dengan pencapaian saya dalam menggunakan aplikasi water tracker ini. Sangat mudah, dan seronok. Berat badan saya hanya memerlukan 1.4 liter air sehari.
Lihat perbezaan jumlah air. Pada hari ke-tiga berjaya minum 1.4 liter jumlah yang diwajibkan setiap hari. Pada hari ke-6, berjaya minum sebanyak 1.6 liter lebih pada yang ditetapkan disebabkan faktor cuaca dan banyak melakukan aktiviti.
Botol air yang digunakan adalah bersaiz 2 liter.
Senang tidak perlu berulang ke coway untuk isi air. Dengan botol 2 liter kita dapat mengisi penuh dan kemudian heret je kemana kita berada. 😀
Jadi perubahan pada diri saya setelah mengamalkan minum air secara konsisten adalah:
- Bibir rekah dan kering kembali lembap dan beransur pulih.
- Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti
- Saluran pernafasan yang baik
- Kulit kelihatan sihat, berseri dan lembut
Stay Hydrated, Friends!