My page life.

Saturday, January 28, 2023

Trip Kenyir 2022

Assalammualaikum, terdetiknya saya ingin berkongsi pengalaman yang tak dapat dilupakan pada hujung tahun 2022. 

Iaitu percutian saya dan famili belah mama ke tasik kenyir.

as u know, bulan 12 adalah musim tengkujuh, kami dalam excited nak pergi ada juga rasa takut2 nak meneruskan percutian ini. 

But as my family confident to go, because every year we always buat family day di situ. so yah dijadikan cerita kami telah pun pergi. 

we used to stayed 3 hari 3 malam. Tetapi disebabkan keadaan darurat kami sewaktu itu telah menjadi 4 hari 4 malam. haha

al-kisahnya, kita bertolak malam so sampai jeti malam. sebab dari tempat tinggal ke destinasi hanya mengambil masa dalam 2 jam sahaja. Oleh itu, kita bermalam atas houseboat 1 malam. 

Besokkan harinya, di tengah musim hujan yang tak berhenti, kita tetapkan pendirian boat kena juga berjalan dan menuju ke lokasi pertama iaitu di kawasan air terjun. jangan tanya nama air terjun tu, saya tak tahu. :)




so kita stay satu malam disitu. mandi manda, pertandingan karaoke, makan-makan, bbq dan pertandingan memancing. 


disebabkan hujan masih mencurah curah ke bumi, so kita semua perasan la air tasik semakin naik, tapi act cool je haha

next destination ke-2, kita stop di sebuah resort kosong. yang asalnya resort tu wujud untuk sesiapa yg nak menginap di tengah2 tasik. macam kita gi pulau la macam tu. tetapi dah terbiar lama, maybe sebab kurang sambutan.Orang lebih pilih tinggal di dalam houseboat lebih menarik dan enjoy.

ini antara video yang sempat kami adikberadik record. hehe 


Disini kita adakan pertandingan kayak. semua family kena join. sungguh tidak mengecewakan melihat gelagat masing-masing. memang gelak sakan.


Di waktu senja itu, batu di tepi resort yg tadi timbul, sudah tenggelam dek kerana air tasik bertambah ketinggian disebabkan hujan.

Keadaan semakin gawat nih, tetapi masing-masing act cool.

masih meneruskan aktivit bbq, memancing dan penyampaian hadiah bagi semua pemenang.

oh untuk pengetahuan sesiapa yang belum tahu, memandang kan kita di tengah tasik sudah semestinya tiada line internet ye. so dalam masa 3 hari kita lost information dari orang luar. kadang-kadang sahaja dapat di kawasan-kawasan yg terhad.

next day, iaitu hari kita sepatutnya pulang. dalam perjalanan kita diberitahu bahawa, dikawasan jalan kita pulang sudah dinaiki air. dan satu kuala berang diberi notis tiada bekalan eletrik sepanjang beberapa hari. 

ops

nasib lah, satu keluarga berpesepakatan untuk stay lagi satu malam. memang taknak ambil risiko daripada terkandas di kawasan air banjir dengan anak-anak kecil...so yup, tidur la kita di dalam houseboat di jeti dengan keadaan tiada bekalan eletrik dan line internet. 

BUT

Alhamdulillah, tokey boat sangat baik hati kasi pakai generator untuk satu malam, dan jangan risau walaupun tiada internet tetapi masih ada siaran televisyen dimana kita dapatkan berita-berita terkini tentang banjir.

dan waktu tu world cup argentina vs france. ha ha sempat la layan bola.

dalam masa kita stay disitu, ada juga beberpa org yang terkandas sudah 5 hari lebih awal dari kami, tetapi tidak apa la mereka dikalangan berjalan tanpa famili. u know what i mean. so mereka boleh sahaja bergerak kesana kemari. nak dibandingkan dengan kami yg bergerak dalam 8 family.

pada malam kita bermalam di jeti, ada sukarelawan datang bertanya kan keadaan kami sekeluarga. hehe boleh dilabelkan kami juga termasuk mangsa banjir yg tekandas. haha yg tak lepas balik rumah. dan Alhamdullah dapat la bantuan..makanan dan keperluan lain

bagus warga kenyir perihatin.

then keesokan harinya, kita tekad berani bergerak balik, sebab takkan nak stay seminggu lagi kan? kena la cari jalan juga untuk balik. kita lalu jalan jauh sikit untuk elak dari bertembung kawasan banjir.

dari kuala berang  terus ke kuala terengganu baru pusing balik dungun.

nasib baik waktu hri pertama kita datang kenyir abah dah suruh isi minyak penuh. sebab tak tahu pulak keadaan akan datang kan. sebab waktu hari ke empat kita nak balik tu station minyak di berdekatan tasik kenyir tutup. wush...cemas.

dalam perjalanan tu, ada la juga redah dua tiga empat kawasan air bertakung. memang cuak gila, tapi kena juga hadapi cabaran ini. haha

Syukur dah sampai Kuala Terengganu kita mai singgah makan tengahari nasi ayam di Pantai Batu Buruk. 


yup begitulah pengalaman kami penutup 2022. yeah dalam gembira ada cemas.. hehe Alhamdulillah antara pengalaman juga la first time belajar redah air banjir.

Kita tutup entry ini dengan video. klik untuk tumbesaran. enjoy ^^ 

10 comments:

  1. salam kenal..hi...
    wah..betul2 adventure ni kan, pengalaman terkandas dlm bancir, apa pun..alhamdulillah semuanya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jua mummy ayu. betul! sangat mencabar lagi2 nak redah air banjir. memang mengucap panjang. silap cara boleh terbehenti kereta dalam air ^^;

      Delete
  2. risau jg bila kwsn dilanda banjir...Alhamdulillah, semua selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur sangat nohas, Allah permudahkan perjalanan kami waktu tu. Dan detikkan hati kami untuk tidak melengah-lengah waktu...sebab sebaik kita redah banjir di kawasan rendah, beberapa jam kemudian jalan tu dah tutup sebab paras air terus meningkat.

      Delete
  3. kalau kami mungkin dah panik kotπŸ˜€

    lama dah berangan nak ke sini. konon nk buat last year sbb kazen kawen dgn org t'ganu. sudahnya tak jadi apa pun😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh tu bawa ke tahun ni. cuba rancang dalam bulan april hingga oktober....InysAllah cuaca cantik. πŸ‘

      Delete
  4. insya allah kalau masing2 free boleh planπŸ‘

    ReplyDelete
  5. Menarik jugak trip ke tasik kenyir ni.. xtau ada house boat tp mst best bg yg 1st time

    ReplyDelete
    Replies
    1. confirm best kalau kakmim suka menikmati suasana alam semula jadi.. 😊 dan sangat berbaloi bagi yang kaki pancing.

      Delete

Terima kasih kerana telah meninggalkan komen-komen yang membangun. *mini love* <3