My page life.

Thursday, February 2, 2023

Hair journey; my experience

Asslammualaikum. Rupa-rupanya jaga rambut lagi rumit dari jaga muka. 

Lagi-lagi rambut yang jenis wavy dan frizzy curl. Kalau rambut jenis lurus tak apa la lagi.


Yang jenis wavy dan curl ni kalau kita terus abaikan cara perjagaan rambut untuk jangka masa yang lama, boleh mengakibatkan rambut menjadi kering, kembang, rosak, bercabang, dan lambat panjang tau.

So macam mana ni cara sebenar nak jaga rambut?

Puas dah cari cara dekat internet, tanya pendapat orang, tanya orang saloon, beli syampu berpuluh jenis. Still sama juga.

Tengok artis freehair lawa-lawa je rambut. Teringin nak macam tu. Biar lah orang kata kalau duduk rumah pun rapi cantik je rambut. Dan bukan nya serabai mcm hantu kak limah. Nii nak lepas rambut pun segan.

Saya pernah la tanya org saloon pasal nak dapatkan rambut mcm artis. 

Dia kata kalau nak macam tu mahal ribuan ringgit. Artis-artis tu ada hair stylist. Itu yang cantik. I see.

So dari pengalaman saya, kali pertama saya pergi saloon untuk treatment rambut, seingat saya, saya minta untuk buat keratin. Sebab kawan ada buat relaxing rambut yang dulu wavy jadi natural straight much better than rebonding.

Waktu tu saya tak ingt yg kawan saya buat tu adalah relaxing, tapi sy kata kat saloon nak keratin. Yup berbekalkan ilmu yg cetet ttg rambut sy pun pergila saloon.

Waktu tu saya kecewa la, saloon yang sy pergi tu dia buat tak jadi straight mcm kawan saya punya. Rupanya salah minta treatment.

Saya pula gi request minta curlkan pula lepas keratin tu sbb sy fikir taknak la rambut jadi straight terus. Saya nak ada ikal ikal gitu. 

Well nak dijadikan cerita selpas buat treatment rambut still tiada perubahan. last merebang je. sekejap je hasil drpd dia hairstyle curl je la.

But thats okay untuk percubaan pertama fail walaupun dah berhabis duit.

Kali kedua, saya tekad juga nak baiki rambut ni.. hehe

So kali ni saya konfiden untuk buat lagi treatment keratin. Sebab kalau saya ambil relaxing maybe akan hilang terus natural curl tu.

Yup untuk pengetahuan, keratin adalah treatment membaik pulih rambut rosak dan kering menggunakan bahan semua jadi.

Manakala relaxing, bahan campuran chemical untuk meluruskan rambut, ibarat kita iron rambut tpi still frizzy natural dan kekal untuk beberapa bulan gituh.

Beza dengan rebonding, lurus shining, smooth, kekal tegap straight. Nak jaga pun susah sikit. Takut patah rambut.

Okey back to my story, saloon yang sama, kali ni staf saloon pakar dalam keratin. 

Waktu tu saya minta trim dulu hujung rambut. 

Cuci then bru process mengkeratin. 

After keratin, dia iron straight rambut.

Dan hasil rambut jadi lembut dan kemas dari sebelum. 

Hasil sebetulnya selepas 3 hari, rambut nampak sihat shining dan lembut. Saya suka saya suka.

Tips penjagaan dari saloon, rambut nak nampak sihat kena selalu sapu serum hujung rambut supaya rambut cepat panjang. 

Minyak rambut tak digalakkan sebab ia akan mengeringkan lagi rambut.

Lepastu dari pemerhatian saya, selesai basuh rambut tu, kita kena keringkan pakai kain tuala serap air, lepastu air blow juga rambut tu sampai 50 peratus kering. Then baru sapu serum dan biarkan kering spenuhnya.

Lagi satu nak syampu rambut pun ada cara tau. Cara org saloon basuhkan rambut kita.. macam tu la kita terapkan dalam rutin harian kita. Hehe

Selepas syampu mesti pakai conditioner hujung rambut. Urut2 rambut tu. Biar dlm berapa minit dan bilas. 

Lagi nak nampak rambut mcm artis atau wanita barat haha kena rajin style rambut.

Nak style rambut kena beli hair style krim, dan pelbagai lagi. Yup yang ni saya masih dalam pengkajian.

Ha sebelum tertinggal tips tips tips

Biasa org saran basuh rambut 2 kali seminggu ke 3 kali seminggu eh? Lupa.

kalau saya, kita selang sehari/dua hari dalam seminggu.. contoh ahad basah rambut, hari seterusnya kita basuh hari selasa. Gituu

Basuh mesti pagi, sebab air sejukk.. helok utk rambut.

otey thats all for today entry. hope next I can share more result nak lebatkan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

πŸ‘‹

8 comments:

  1. rambut adalah mahkota untuk wanita dan kecantikan lebih terserlah dengan rambut ( bagi yg free hair)

    ReplyDelete
  2. betul3x... walaupun pakai tudung, still kena jaga rambut jugaks...

    ReplyDelete
  3. dari dulu sy cari syampu yg sesuai... smpi nak give up. last year baru jumpa. sunsilk hijab warna oren. puas hati betul dgn syampu ni.

    dulu sy suka simpan rambut pnjg. tp stress sgt dgn hujung bercabang. last2 amik keputusan utk berambut pendek trs. insya allah hjg bln nnt nk g potong😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukurlah dear anies dah jumpa syampu yang sesuai. saya sampai sekarang belum juga jumpa 😣

      sama la cuma saya dulu selalu potong rambut. baru-baru ni je tekad nak simpan rambut...

      tapi memang best kan rambut pendek. senang urus. 😁

      Delete
  4. Byk input baru.. tq share penjagaan rambut.. mcm byk je info oohh ye ke.. laaa br tau.. tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah semoga bermanfaat. sharing is caring 😊

      Delete

Terima kasih kerana telah meninggalkan komen-komen yang membangun. *mini love* <3