My page life.

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Monday, January 6, 2025

Entry mix hari ini dan semalam

Hari Ahad sepatutnya hari saya at least cari sarapan kat luar kalau tak jalan mana-mana. Tapi minggu ni deret suami kerja. Jadi saya ambil peluang minta suami belikan sarapan kat warung kampung sebelum bertolak kerja.

Nasi lemak bungkus seringgit setengah dan roti canai dah cukup happy mengenyangkan.

Kemudian dikasi nasi beriani oleh jiran sebelah. Rezeki. Katanya kena habiskan cepat takut tak elok. Disebabkan perut masih lagi kenyang saya simpan bawah tudung saji.

Saya jenis yang makan kadang-kadang tak ikut timing. Dalam pukul 3 lebih baru rasa lapar. Teringat ke beriani, kalau tak makan ni rugi pula. Jamah sikit Alhamdulillah masih elok. 

Dah nak petang mai mengantuk, ingat nak baring sambil scroll TikTok sekali tertidur. Tiba-tiba je suami pulang. Mamai kita ingat dah malam. Rupanya jam 5 petang balik.

Dia tengok ada lagi beriani di meja. Haih tak makan ke?. Saya kata makan je banyak tak larat nak habiskan. Saya kata elok lagi tu habiskan lah. Rezeki dia lah...siap request telur dadar.

Cuaca pula panas betul. Teringat pokok tak disiram. Semalam dan kelmarin pun rasanya cuaca panas...jadi saya datang rajinnya pergi menyiram pokok cili di belakang rumah. 

Hehe pokoknya pun tak berapa sihat daunnya tapi alhamdulillah cilinya berbuah. Orang kata nak pokok berbuah kena selalu petik. kita petik juga. Tapi yang merah kadang tertinggal dan mengering. Saya pun petik buang balik dalam pasu tu. Tak sangka semalam tengok ada anak pokok tumbuh hehe. Dah terbuang sikit ingatkan rumput. ☺️

pasu satu ini tak dapat diselamatkan kerana disebabkan ada pokok lain yang menumpang lebat disitu. Tahu tak pokok apa? Dia akan tumbuh sendiri. Namanya sireh cina. 

Pernah makan dulu waktu kerja. Ada makcik tu suka makan ulam dia bawa ulaman rare. Saya try sedap. Dah ada belakang rumah ingat ke nak makan. Tapi belum boleh takut tak sesuai. Saya pun cuba buang yang besar. Eh rupanya hidup lagi yang kecil-kecil. Jadi saya biarkan lah satu pasu ni untuk dia je.

serai mertua suruh pindahkan dekat tanah baru membiak lebat. Tak terbuat lagi πŸ˜… 

projek seterusnya tuai benih terung dan daun ketumbar. Belum ada mood lagi nak dipindah ke pasu.

ini pokok bunga jiran kasi. Ada tiga batang. Yang terus hidup cuma satu. Huhu

ini pokok indoor. Orang kata senang jaga tak perlu siram selalu. Kadangkala layu juga sebab terlampau tidak peduli πŸ˜„ tapi yang bestnya senang subur kalau kita start basahkan tanahnya. Cuma sepatutnya kalau nak kasi dia terus membiak kena tukar tanah dan pindah ke pasu besar. Hehe belum ada lagi mood nya.

ha ini deretan pokok bunga mertua saya. Bagi hias halaman rumah supaya anjing tak datang tidur dekat beranda. Tapi anjingnya degil. Tetap juga nak berteduh kat situ. Tunggu ada rezeki lebih nak bina pagar pula.

okey malamnya kita makan ikan talapia goreng, telur dadar, tempe goreng dan sambal berlado. Ikan mertua kasi. πŸ˜†πŸ‘

Sekian...

Isnin, hari ni saya ada appointment checkup dekat kk. Biasa kalau ada checkup saya tak akan buat kerja rushing. Supaya bacaan nadi tak rancak bergelora πŸ˜…. Nak bersiap pun lengah lengah kan. Ikut mood nak gerak pukul berapa haha chill je. 

Berniat nak mai jam 10. Tapi sebab belum sarapan, kita gerak jam 9 pagi. Alhamdulillah tak ramai sangat lagi.

After selesai urusan. Kita pergi cari makanan. Saya beli nasi hujan panas, laksa, sosej cheese dan 2 cucuk bebola ketam. Ayo banyak betul. Baru lepas kena tegur missi berat badan naik banyak. πŸ˜† 

Lepas makan laksa mai mual pulak. Agaknya angin kut lewat makan. Alhamdulillah sekejap je. Dah lusa minum air gula pula. Besok boleh la kemas rumah sikit sikit 😚

That's all sekian...

Saturday, October 21, 2023

Eczema penyakit keturunan ?

Betul ke eczema juga antara penyakit yang ada berkait dengan keturunan? Ya. Bunyi macam tak adil kan. Wait✋🏻. Do not kesimpulan dulu. Nanti I jelaskan lebih mengenai eczema.

Menurut google,
Ekzema berpunca daripada gabungan pelbagai faktor seperti faktor asas dan faktor pencetus. Faktor asas ialah faktor yang tidak boleh dielakkan seperti genetik atau keturunan.  Faktor genetik dapat menjelaskan mengapa ekzema hanya dialami oleh segelintir orang dan bukan semua orang. Kulit terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan yang paling atas boleh diibaratkan seperti dinding yang melindungi keseluruhan badan. Punca genetik menyebabkan lapisan ini hilang daya pelindung dan memberi peluang kepada organisma serta bahan kimia dari luar untuk menembusinya.  Ini merupakan titik permulaan kepada ekzema.

Terdapat juga penyakit-penyakit lain yang berhubung kait secara genetik dengan penyakit ekzema. Antaranya adalah seperti berikut:-

  1. Resdung (allergic rhinitis) (kerap bersin dan hidung berair sewaktu sejuk atau berhabuk, hidung gatal)
  2. Allergic conjunctivitis (mata merah, berair dan gatal terutama apabila terdedah kepada habuk)
  3. Gegata (urticaria)
  4. Lelah/ asma (asthma)
2 minggu lepas I decided nak jumpa doktor sebab masalah gatal pada telapak tangan kiri. Kebiasaanya dulu kalau alami seperti ni I akan biarkan sembuh sendiri. kali ni semakin merebak pula ke tangan kanan. tak tahan. Bagitahu suami nak juga pergi klinik. Boleh stress sebab asyik nak garu je.


Kebetulan doktor yang I jumpa ialah doktor pakar kulit. Sebaik tengok tangan. Dia nampak ada dua masalah iaitu eczema dan hiperhidrosis. 

Sumber google - 
hiperhidrosis ia berlaku disebabkan telapak tangan dan kaki kita memiliki lebih banyak kelenjar peluh berbanding bahagian tubuh yang lain.


Katanya eczema penyakit keturunan dan tiada ubat. Ia akan datang dan ia akan pergi. you menghidap dyshidrotic eczema. Tumbuh biji kecil nampak macam nanah tapi tak hanya lepuh air. Tetapi kalau kelenjar peluh ni boleh sembuh dengan cucuk botox atau lakukan pembedahan. konfius juga time tu, eczema ni takde ubat? Tak boleh sembuh ke?

I jelaskan yang peluh tu dari kecil memang dah ada, dan masih terkawal dan tak menganggu kerja harian. Sebab peluh ni mai datang waktu seperti suhu bilik panas dan waktu gementar. Time tu klinik panas await tak on aircond πŸ˜‚

Dalam konfius tu, doktor jelaskan eczema ni banyak faktor antaranya allergy pada bahan kimia seperi sabun, pemakanan dan persekitaran. Makanan dalam tin dan proses kena elakkan dan kurangkan makan buah dan sayuran yang berbiji kecil seperti timun, tomato, bendi, cili dan limau, kekacang, dan tenusu. Faham kurangkan bukan stop terus ya. 

Mind blow. Makanan tu la I banyak makan sebelum ni sebab kononnya khasiat. dulu tak suka sayur, now slow makan sayur tapi hentam ajelah ingat ke semua sayuran berkhasiat. 

Tetapi bukan pada yang badan kurang zat macam I. Seorang makan yang tak berpantang. Rupanya ada side effect akan datang. πŸ₯² 

Suami tanya doktor, apa makanan first yang perlu pantang untuk hilangkan gatal. Doktor kata biasa orang akan kurangkan makan telur. Sebab telur ni baik tetapi kalau yang ada luka ia melambatkan sembuh dan menjadikan lebih gatal.

Dan doktor juga ada tunjuk senarai makanan.


Tapi ada ilmu baru dapat. Tentang roti. Atau dikenali gluten or gandum. Selama ni selalu tengok western la most sensitive tentang makanan gluten free la lactose free kan. Apa tu tak pernah tahu apa itu. Rupanya lactose ada pada dairy milk dan gluten ada pada gandum. Semua ni ada pada makanan proses. Betulkan kalau salah.





Lepas ni kena peka makanan yang baik dan tak baik untuk badan. STOP makanan berperoses dan banyak makanan real food. Makan makanan seimbang. Kadang badan ni banyak toksin sebab makan macam-macam kan. 

Ingat tak doktor kata eczema takde ubat? Actually after explained dia kasi ubat. Ubat makan dan sapu. Drugs so strong. Sorry to say sebab nak baik paksa relakan diri. 

Alhamdulillah bersyukur teramat sangat tangan dah sembuh. Harap tak muncul lagi. Amiin

Friday, October 20, 2023

New hobby and activity

Minggu ni I start zumba. sebelum tu kena pujuk suami untuk approved dulu. Puas juga nak pujuk. I cerita main-main je dulu. Kata nak masuk zumba tapi kena beli kasut dulu. Zumba indoor. Kasut mur-mur je asalkan kasut tu tak pernah dipakai luar. Lepas tu suami bagi idea pergi kedai sport lah. Dah pergi suami tunjuk pula kasut yang harga ratusan. Ujian…saya pun tunjuk yang paling hujung yang tersorot sekali. Suami kata ini kasut dalam shopee ada. Saya kata kilang yang sama ni. Jenama fashion. Yang tahu, tahu. Design cantik, ringan dan harga berpatutan. So I grab. Dah dapat kasut. Kita simpan dulu. Letak depan cermin so kalau lalu boleh berangan pakai kasut tu. Suami after pulang kerja tanya bila nak pergi zumba? Kasut dah lama kat situ. 🀭 tricks. Dah tanya tu apalagi cepat-cepat daftar. 

Suami tanya lagi bila zumba, kasut dah ada? Terus balas malam ni. Ha terkejut dia. Suami tanya berapa bayar. Saya pun bagitahu la harga sekian lokasi sekian. Suami pun setuju nak hantar. Sebenarnya taknak susahkan dia pun. Seharian kerja, malam belum sempat rehat nak kena hantar wife pergi zumba. Dah dia relakan kita pun lagi suka. Lagipun sejam je dia kata boleh tunggu di dobi. After zumba boleh ngeteh di kedai tomyam. 🀭

Jadi lah saya berzumba malam hari rabu. Waktu tu bukan zumba tapi salsa πŸ’ƒπŸ» . Wah best betul. Badan keras kaku macam jantan. Sekali kena salsa terasa seksi πŸ˜‚. Studio fitness sini best sebab bukan sahaja zumba tapi ada tarian lain juga ikut pada jadual. Best best sangat healing. Yang join pun ramai. 




Akak zumba kata lepas ni jangan serik tau datang. Tarian salsa pun dah berpeluh cuba pula zumba besok. Kata suami biarlah selang seli kalau nak konsisten zumba. I alang-alang dah ada konfiden dan semangat ni cuba lagi pujuk suami nak zumba besok. Mula-mula tak bagi. Tiba-tiba suami berubah fikiran kata boleh. Dia kata nak repeat makan kedai tomyam. πŸ˜‚ I pun masuk list zumba malam ni. 


Kali ni betul-betul zumba. Wah penangan zumba lain macam. Lagi aggresive. Bangun pagi habis sakit kaki pinggang. Sekali package angin. Terasa panas kepala. Pening loya sikit. Rasanya tanda kena rehat dari zumba. Ikutkan jadual memang malam tadi last, sambungan isnin depan.

Tapi memang bangun pagi tadi rasa kepala melayang. Mungkin tindak balas badan selepas melakukan senaman berat. I dah lama tak active. I try timbang berat sebab tengok bacaan mi band 610 kalori terbakar. Berat badan I bukan turun tapi naik 1 kilo. Eh pening. Bukan ke semakin turun kalau kita exercise.

I pun tanya pakcik google. Rupa rupanya,

Kenapa berat badan bertambah apabila bersenam

"Hari-hari saya bersenam macam nak rak! Jogging, sit-ups, skipping. Tetapi bila timbang, berat bertambah".

Kenapa?

Pertama sekali perlu diingatkan bahawa situasi sebegini tidak berlaku kepada semua orang. Walaubagaimanapun sekiranya berlaku, kemungkinan besar itu bukan pertambahan lemak tetapi pertambahan air yang disebabkan oleh keradangan. Ini kerana, bersenam boleh menyebabkan koyakan kecil pada gentian otot (microtrauma). Cara badan menyembuhkan koyakan kecil ini adalah dengan menggerakkan cecair ke kawasan koyakan dengan membawa bersama sel darah putih. 

Pergerakan ini membuka saluran darah dan sel darah putih akan menyingkirkan toksin dan serpihan koyakan tadi. Cecair tadi sudah tentu memberikan sedikit pertambahan pada berat badan, tetapi bersifat sementara. Berehat dengan cukup membantu koyakan otot pulih dengan cepat. Berikan masa kepada diri sendiri. Senaman yang berlebihan juga menyebabkan badan membebaskan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak, lebih-lebih lagi di sekitar abdomen. 

Satu lagi sebab kenapa berat badan bertambah apabila bersenam adalah kerana badan lebih cepat menambah otot berbanding membakar lemak. Bersabar. Kerana eventually lemak akan digunakan juga. GC Plus bukan sahaja membantu mendapatkan berat badan ideal, tetapi menambah otot (increas lean muscle). Pertambahan otot inilah yang menyebabkan berat badan bertambah sedikit atau tidak banyak berubah pada awal pengambilan GC Plus. Ini kerana, pertambahan otot di bawah tisu adipos telah menolak lemak keluar yang mengakibatkan certain bahagian badan kelihatan lebih besar. 

Tetapi, semakin bertambah otot, semakin meningkatlah metabolisme badan. Apabila metabolisme meningkat, slowly badan mendapat berat ideal. Sekali lagi, berikan masa kepada badan anda. Be patient. Apabila lemak tadi dibakar menjadi tenaga, anda akan dapat berat badan idaman.

Antara kesilapan ramai orang ketika bersenam dan berdiet adalah, terlalu overestimate kalori yang telah diguna oleh badan. Akibatnya, mereka underestimate kalori telah diambil (dimakan). Mereka menganggap, apabila tidak makan nasi, akan ada pengurangan berat badan. Lalu mereka cenderung mengambil 'light meal' tanpa mengetahui kadangkala 'light meal' itulah yang berkalori tinggi. 

Ada pengguna GC Plus yang bertanya "Kenapa saya semakin berat sedangkan saya ambil GC Plus dan bersenam. Sepatutnya saya semakin kurus".

Ya, sepatutnya begitulah. Tetapi, senaman tidak menjanjikan penurunan berat badan jika selepas bersenam seseorang tetap makan dengan banyak (kalori yang banyak). Begitu juga dengan yang bergantung kepada GC Plus semata untuk dapatkan berat ideal (tanpa bersenam). GC Plus boleh bantu meningkatkan metabolisme supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat dari biasa. Tetapi, ia tidak akan merubah apa-apa sekiranya seseorang makan tanpa kawalan. 

Makan satu kali sehari juga tidak menjamin anda kurus dengan sihat. Kurang makan secara mendadak boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan badan berhenti terus dari membakar lemak. Jadi, berikan masa untuk pertambahan berat badan itu 'mencari jalan keluar'. Jika tak ada perubahan, step back dan lihat sekiranya ada aspek-aspek lain dalam diri yang perlukan penelitian.

So setiap orang lain tindak balasnya. Macam I sebelum ni memang berat ideal. Tetapi selepas kahwin naik. Dan lepas zumba naik lagi. Bila kira bmi jadi overweight pula. Fizikal orang nampak I still kecil2 cili padi. Macam tak adil pula πŸ˜‚ Maybe sebab body I jenis inverted triangle. So no shape like a glass body type. I kaki pendek so lagi la nampak kelemahannya. So I rasa maybe I okay overwheight as long not obesity dan lemak bertukar jadi otot di bahagian hips so I can be most girls. 🀭

Thursday, February 9, 2023

Adakah Personaliti Diri boleh berubah?

Assalammualaikum, hai tadi saya baru jalani test personalities disebabkan sahabat saya ada tanya saya sama ada saya seorang intorvert atau extrovert. saya beranggapan saya seorang ambivert. kerana saya jarang bercakap dengan stranger dan terlampau ramah bersama kenalan circle. 

Sahabat saya bagitahu, ambivert tidak wujud. kena lihat sama ada result personaliti cenderung ke arah introvert atau extravert lebih banyak.

so I ask. where can I get the test? then she gave me this link click here

and the result yap as I expect. I am an introvert.

Kemudian saya berfikir, adakah personaliti boleh berubah?

Sebab I think waktu saya diusia sekolah rendah, saya pernah jadi begitu extraverted. which mean, saya bergaul dengan lelaki perempuan semua saya hentam. saya terlampau talkative sehingga masuk alam sekolah menengah which mean di usia remaja, saya pernah menanam niat nak jadi pendiam. sebab saya rasa bila saya terlampau banyak bercakap, saya akan terus mengeluarkan kata tanpa berfikir panjang terutama pabila saya dalam keadaan beremosi. Then, saya start annoying dengan lelaki dan memilih untuk berkawan dengan (girls only) sesiapa yang rapat sahaja.

so menurut twiter Aiman psikologi, Bolehkah Anda Menukar Keperibadian Anda?

"Masih boleh, cuma lebih susah dan agak 'keras' untuk terima perubahan luar. Lalu, bila usia kita masuk semakin dewasa, kita mula bertambah pengalaman dan mula bina kematangan. Dan kematangan ini sebenarnya yang akan banyak mengubah tingkah laku kita (tetapi personaliti hampir sama)"

Kesimpulannya, personaliti asal saya sejak lahir adalah introvert tetapi disebakan persekitaran, saya berubah menjadi extravert sekejap dan kembali intovert. πŸ˜…

boleh eh begitu? 

saya mula faham bila dah ambil test personaliti ni. sebab identiti saya adalah seorang yang turbulent ( bergelora). emosi dan jiwa kacau. so, disebabkan usia dan kematangan, i turn into an introvert person. supaya bila kita dalam keadaan marah tidak la kita terus melemparkan kata kesat. yup. make sense. 😱

lagi satu i am more to mind my own business sebab takmboh kusut kepala dengan perkara yang mengusutkan lagi kepala saya. so rather choose ketenangan. make sense. 😱

so here my result.







Jangan kecam tau. saya seorang yang tak memilih kawan. Kalau dia boleh terima personaliti saya seadanya, maybe we can be more than a friend.eh eh hahaha. pelik dah tu.

dengan test ni juga InsyAllah saya akan terus memberbaiki kekurangan diri untuk jadi lebih baik! yosh ganbatte!

Second Reunions; Foursquare

Assalammualaikum, pada 6 februari 2023 haritu, saya telah berjumpa dengan tiga sahabat karib saya iaitu childhood friends sejak sekolah rendah lagi.  Last jumpa 9 tahun lepas. Ada di sejarahkan dalam entri blog. Dari blog lama saya masukkan ke sini. so here posting yang lepas click here.

Lebih kurang 16 tahun usia persahabatan kita. Tetapi masing2 πŸ˜‚ gaya sama je tak banyak perubahan. Lagi2 saya, ketinggian masih sama seperti dulu. Mereka semua terkejut katanya saya semakin kecil. Padahal dia orang yang semakin meninggi. πŸ˜† 

Kami berkumpul di sebuah kafe. Stay sampai kedai tutup. Jarang sekali. untuk sekian lama tidak bersua muka sudah semestinya banyak perkara yang nak di throwback.

Masih tak sangka lah walaupun masing2 dah ada kerjaya dan busy 24 jam, kita tetap tidak lost contact. 

So silakan gambar berbicara,






menu malam tu. 
saya punya, nasi lemak pandan dan coffee latte caramel πŸ‘

p/s thank you yang belanja tu @wani. Semoga dimurahkan rezeki. 😊

Eh eh lupa dah update balik entri ni, antara kita berempat ni, ada seorang ni namanya mimi, dia la yang rajin plan kan pertemuan kita kat group. Lepas tu rajin tau kasi gift πŸ’ kat kita semua. Terima kasih banyak tau bagi tudung color cantik tu. Nnti kita snap for the next gathering. 


InsyAllah semoga kita kekal ye begini. ^^

Sunday, February 5, 2023

Unexpected shopping

Assalammualaikum, waktu wekeend kalau ikutkan hati nak duduk rumah je. tapi mesti bosan nanti sebab hari biasa pun saya duduk terperap dalam rumah. 

Semalam, Angah adik saya ajak teman pergi klinik untuk ambil darah. Pada mulanya saya taknak ikut sebab confirm lama menunggu. 

Lepastu tu dia pancing ayat kata after dat nak gi kedai spek mata. Oh saya pun macam em why not, sebab bosan juga cuti tak gi mana2.

So kita pun keluar adik beradik berempat. Saya ikutkan niat nak follow je cuci-cuci mata. Eh tetiba org kedai ar rayyan tu suggest bingkai spek banyak2. 

Saya pun sambil tunggu 2 org adik saya memilih bingkai, saya pun try2 la juga yg mana sesuai dgn muka.

Tup tup tetiba berkenan. 

Expensive one pula tu. Ala padan. Duit doh la cukup cukup makan je. Almaklum lah org menganggur. 

Ha nak buat macam mana ni? 

Saya pun kata tak pe lah dulu. Eh tetiba ada idea nak pau uwit angah dulu haha. Dia pun macam on on je nak buwi. Dilema juga nak beli ke taknak eh. 

Last2 dijadikan cerita saya sudahpun membeli spek baru yang berjumlah tiga ratus riya. 

Harapnya berbaloi la spek tu. Emm tak boleh menyesal dah sebab dah beli… πŸ˜…

Ha tengah tulis blog ni, dapat call dari kedai spek ar rayyan bagitahu spek dah siap. πŸ˜† 


Done ambil


Spek mata baru !! More matured love love πŸ’• 

Alhamdulillah saya berpuas hati. 😁

Tengah hari tu kita makan di daebak chickeng, dungun.
Ternyata first time makan situ, dah gaya masuk alam lain. Macam tiba tiba ada di Jepun. Walaupun daebak asalnya korea. πŸ˜† nak bagitahu la, best dine in situ sebab tak de orang lain. Heaven bagi introvert seperti saya. Hanya saya dan tiga org adik beradik je makan di situ. Customer lain ramai take away je. πŸ˜ƒ 



The end for this entry tata πŸ˜‰ 

Wednesday, July 7, 2021

Personal | New video


I made a breakfast. I really love the menu.

Hi hari ini, saya telah buat satu video vlog yang kedua. Tapi, panjang video itu hanya dalam masa 38 saat sahaja. haha.  Video paling pendek. I just so excited to upload. Rekod video pun tak banyak. Tak tahu la video saya sangat tidak menjaga kualiti. Ikut sempat sahaja. Tak apa lah, asalkan ada benda saya nak post di youtube. Jadi, silakan menonton vlog saya ini yang berdurasi 38 saat. Please enjoy



Monday, July 5, 2021

Personal | I miss my mother's cooking

Hi, pagi-pagi saya terbayangkan sup ayam mak saya. Memandangkan ada ayam mentah dalam peti. Ayam tu katanya tak berapa segar, sayang kalau tak makan sebab banyak lagi. Jadi saya mengambil langkah untuk masak menu sup. Kata resepi mak saya kan, tapi tak ikut seratus peratus sebab untuk hilangkan rasa yang kuat pada ayam tu saya letak perencah sup ayam adabi. Kalau ikutkan tak letak pun. Biar sup tu warna putih bukan kelabu macam sup tulang. Tapi tak apa, asalkan dapt merasa sup ayam. Gambar ni saya tangkap waktu belum dihidang. Saya kena tunggu housemate saya. Nanti kita makan sama-sama.






Masak-masak cara anak dara bujang. Maaf la kalau persembahan tak begitu kemas. hehe terutama nasi tu, sebenarnya saya campur dengan nasi semalam. jangan membazir. Okey