Hi. Gaji sudah masuk. Apalagi jom membeli-belah. Beli barang keperluan sahaja. Masa begini kena tahan nafsu daripada membeli barang yang tak diperlukan.
Cerita pagi tadi, selepas mengemas dapur dan bilik. Membasuh dan menyidai baju, saya keluar ke Bandar sebentar. Pada asalnya untuk menemani rakan membeli barang keperluan. Tetapi disebabkan kelaparan kami drive thru ke McDonald terlebih dahulu untuk mengisi perut. Kemudian baru ke Watson Drugstore.
Biasa lah kalau dah masuk Watson tidak sah kalau tak bawa balik barang. Sekurang-kurangnya satu. Bagi sesiapa yang kuat pendirian tu, dia berjaya masuk semata-mata untuk cuci mata sahaja. Saya pernah buat. Tetapi, memandangkan saya rasa perlu sangat barang ini. Jadi dalam fikiran, aku perlukan serum muka. Sudah lama tak manjakan kulit wajah dengan serum. Bagi mengelakkan membeli produk yang meragukan, baik beli brand yang kita pernah konsisten guna sampai habis.
Saya tak gemar beli set penuh brand yang sama. Sebab kekadang kandungan formula tidak sesuai untuk jenis kulit muka saya. Jadi saya beli mengikut kesesuaian. Bagi saya kulit boleh berubah mengikut situasi dan cuaca. Kadang-kadang saya guna dua jenis pencuci muka. Untuk wajah yang senang terdedah dengan habuk ia memerlukan sabun yang dapat membersihkan kotoran secara mendalam. I think foam cleanser is the best. That's the tips.
Jadi, hari ini saya beli NanoWhite Dark Spot Correction Advance Serum 30ml. Selama saya pakai, kulit wajah saya nampak cerah dan fresh. Berbanding sekarang yang kelihatan kurang bermaya dan tona tak sekata.
- Menjadikan kulit anda tegang dan sihat.
- Mengurangkan kemerahan dan kegatalan.
- Meminimumkan dan menyamarkan liang pori.
- Mengawal minyak.
- Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari.
- Merawat bintik-bintik gelap.
- Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
- Membina sel kulit baru sambil melindungi dari persekitaran tercemar.
- Merawat jerawat.
Saya beli NanoWhite Dark Spot Correction Advance Serum 30ml dengan harga RM63.92 + GVC EDT Honesty 50ml berharga RM23.03 dan Facemask berharga RM7. Kebiasaanya kalau beli barang skincare memang boleh mencecah ratusan ringgit. Tak perlu risau. Ia berbaloi kerana ia tahan untuk beberapa bulan. Jadi tak perlu keluarkan duit setiap bulan. Jumlah belanja di Watson hari ini adalah sebanyak RM89.65. Selesai, selepas ini menyimpan lah pula ya.