My page life.

Showing posts with label Health & Wellness. Show all posts
Showing posts with label Health & Wellness. Show all posts

Saturday, October 21, 2023

Eczema penyakit keturunan ?

Betul ke eczema juga antara penyakit yang ada berkait dengan keturunan? Ya. Bunyi macam tak adil kan. Wait✋🏻. Do not kesimpulan dulu. Nanti I jelaskan lebih mengenai eczema.

Menurut google,
Ekzema berpunca daripada gabungan pelbagai faktor seperti faktor asas dan faktor pencetus. Faktor asas ialah faktor yang tidak boleh dielakkan seperti genetik atau keturunan.  Faktor genetik dapat menjelaskan mengapa ekzema hanya dialami oleh segelintir orang dan bukan semua orang. Kulit terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan yang paling atas boleh diibaratkan seperti dinding yang melindungi keseluruhan badan. Punca genetik menyebabkan lapisan ini hilang daya pelindung dan memberi peluang kepada organisma serta bahan kimia dari luar untuk menembusinya.  Ini merupakan titik permulaan kepada ekzema.

Terdapat juga penyakit-penyakit lain yang berhubung kait secara genetik dengan penyakit ekzema. Antaranya adalah seperti berikut:-

  1. Resdung (allergic rhinitis) (kerap bersin dan hidung berair sewaktu sejuk atau berhabuk, hidung gatal)
  2. Allergic conjunctivitis (mata merah, berair dan gatal terutama apabila terdedah kepada habuk)
  3. Gegata (urticaria)
  4. Lelah/ asma (asthma)
2 minggu lepas I decided nak jumpa doktor sebab masalah gatal pada telapak tangan kiri. Kebiasaanya dulu kalau alami seperti ni I akan biarkan sembuh sendiri. kali ni semakin merebak pula ke tangan kanan. tak tahan. Bagitahu suami nak juga pergi klinik. Boleh stress sebab asyik nak garu je.


Kebetulan doktor yang I jumpa ialah doktor pakar kulit. Sebaik tengok tangan. Dia nampak ada dua masalah iaitu eczema dan hiperhidrosis. 

Sumber google - 
hiperhidrosis ia berlaku disebabkan telapak tangan dan kaki kita memiliki lebih banyak kelenjar peluh berbanding bahagian tubuh yang lain.


Katanya eczema penyakit keturunan dan tiada ubat. Ia akan datang dan ia akan pergi. you menghidap dyshidrotic eczema. Tumbuh biji kecil nampak macam nanah tapi tak hanya lepuh air. Tetapi kalau kelenjar peluh ni boleh sembuh dengan cucuk botox atau lakukan pembedahan. konfius juga time tu, eczema ni takde ubat? Tak boleh sembuh ke?

I jelaskan yang peluh tu dari kecil memang dah ada, dan masih terkawal dan tak menganggu kerja harian. Sebab peluh ni mai datang waktu seperti suhu bilik panas dan waktu gementar. Time tu klinik panas await tak on aircond 😂

Dalam konfius tu, doktor jelaskan eczema ni banyak faktor antaranya allergy pada bahan kimia seperi sabun, pemakanan dan persekitaran. Makanan dalam tin dan proses kena elakkan dan kurangkan makan buah dan sayuran yang berbiji kecil seperti timun, tomato, bendi, cili dan limau, kekacang, dan tenusu. Faham kurangkan bukan stop terus ya. 

Mind blow. Makanan tu la I banyak makan sebelum ni sebab kononnya khasiat. dulu tak suka sayur, now slow makan sayur tapi hentam ajelah ingat ke semua sayuran berkhasiat. 

Tetapi bukan pada yang badan kurang zat macam I. Seorang makan yang tak berpantang. Rupanya ada side effect akan datang. 🥲 

Suami tanya doktor, apa makanan first yang perlu pantang untuk hilangkan gatal. Doktor kata biasa orang akan kurangkan makan telur. Sebab telur ni baik tetapi kalau yang ada luka ia melambatkan sembuh dan menjadikan lebih gatal.

Dan doktor juga ada tunjuk senarai makanan.


Tapi ada ilmu baru dapat. Tentang roti. Atau dikenali gluten or gandum. Selama ni selalu tengok western la most sensitive tentang makanan gluten free la lactose free kan. Apa tu tak pernah tahu apa itu. Rupanya lactose ada pada dairy milk dan gluten ada pada gandum. Semua ni ada pada makanan proses. Betulkan kalau salah.





Lepas ni kena peka makanan yang baik dan tak baik untuk badan. STOP makanan berperoses dan banyak makanan real food. Makan makanan seimbang. Kadang badan ni banyak toksin sebab makan macam-macam kan. 

Ingat tak doktor kata eczema takde ubat? Actually after explained dia kasi ubat. Ubat makan dan sapu. Drugs so strong. Sorry to say sebab nak baik paksa relakan diri. 

Alhamdulillah bersyukur teramat sangat tangan dah sembuh. Harap tak muncul lagi. Amiin

Friday, October 20, 2023

New hobby and activity

Minggu ni I start zumba. sebelum tu kena pujuk suami untuk approved dulu. Puas juga nak pujuk. I cerita main-main je dulu. Kata nak masuk zumba tapi kena beli kasut dulu. Zumba indoor. Kasut mur-mur je asalkan kasut tu tak pernah dipakai luar. Lepas tu suami bagi idea pergi kedai sport lah. Dah pergi suami tunjuk pula kasut yang harga ratusan. Ujian…saya pun tunjuk yang paling hujung yang tersorot sekali. Suami kata ini kasut dalam shopee ada. Saya kata kilang yang sama ni. Jenama fashion. Yang tahu, tahu. Design cantik, ringan dan harga berpatutan. So I grab. Dah dapat kasut. Kita simpan dulu. Letak depan cermin so kalau lalu boleh berangan pakai kasut tu. Suami after pulang kerja tanya bila nak pergi zumba? Kasut dah lama kat situ. 🤭 tricks. Dah tanya tu apalagi cepat-cepat daftar. 

Suami tanya lagi bila zumba, kasut dah ada? Terus balas malam ni. Ha terkejut dia. Suami tanya berapa bayar. Saya pun bagitahu la harga sekian lokasi sekian. Suami pun setuju nak hantar. Sebenarnya taknak susahkan dia pun. Seharian kerja, malam belum sempat rehat nak kena hantar wife pergi zumba. Dah dia relakan kita pun lagi suka. Lagipun sejam je dia kata boleh tunggu di dobi. After zumba boleh ngeteh di kedai tomyam. 🤭

Jadi lah saya berzumba malam hari rabu. Waktu tu bukan zumba tapi salsa 💃🏻 . Wah best betul. Badan keras kaku macam jantan. Sekali kena salsa terasa seksi 😂. Studio fitness sini best sebab bukan sahaja zumba tapi ada tarian lain juga ikut pada jadual. Best best sangat healing. Yang join pun ramai. 




Akak zumba kata lepas ni jangan serik tau datang. Tarian salsa pun dah berpeluh cuba pula zumba besok. Kata suami biarlah selang seli kalau nak konsisten zumba. I alang-alang dah ada konfiden dan semangat ni cuba lagi pujuk suami nak zumba besok. Mula-mula tak bagi. Tiba-tiba suami berubah fikiran kata boleh. Dia kata nak repeat makan kedai tomyam. 😂 I pun masuk list zumba malam ni. 


Kali ni betul-betul zumba. Wah penangan zumba lain macam. Lagi aggresive. Bangun pagi habis sakit kaki pinggang. Sekali package angin. Terasa panas kepala. Pening loya sikit. Rasanya tanda kena rehat dari zumba. Ikutkan jadual memang malam tadi last, sambungan isnin depan.

Tapi memang bangun pagi tadi rasa kepala melayang. Mungkin tindak balas badan selepas melakukan senaman berat. I dah lama tak active. I try timbang berat sebab tengok bacaan mi band 610 kalori terbakar. Berat badan I bukan turun tapi naik 1 kilo. Eh pening. Bukan ke semakin turun kalau kita exercise.

I pun tanya pakcik google. Rupa rupanya,

Kenapa berat badan bertambah apabila bersenam

"Hari-hari saya bersenam macam nak rak! Jogging, sit-ups, skipping. Tetapi bila timbang, berat bertambah".

Kenapa?

Pertama sekali perlu diingatkan bahawa situasi sebegini tidak berlaku kepada semua orang. Walaubagaimanapun sekiranya berlaku, kemungkinan besar itu bukan pertambahan lemak tetapi pertambahan air yang disebabkan oleh keradangan. Ini kerana, bersenam boleh menyebabkan koyakan kecil pada gentian otot (microtrauma). Cara badan menyembuhkan koyakan kecil ini adalah dengan menggerakkan cecair ke kawasan koyakan dengan membawa bersama sel darah putih. 

Pergerakan ini membuka saluran darah dan sel darah putih akan menyingkirkan toksin dan serpihan koyakan tadi. Cecair tadi sudah tentu memberikan sedikit pertambahan pada berat badan, tetapi bersifat sementara. Berehat dengan cukup membantu koyakan otot pulih dengan cepat. Berikan masa kepada diri sendiri. Senaman yang berlebihan juga menyebabkan badan membebaskan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak, lebih-lebih lagi di sekitar abdomen. 

Satu lagi sebab kenapa berat badan bertambah apabila bersenam adalah kerana badan lebih cepat menambah otot berbanding membakar lemak. Bersabar. Kerana eventually lemak akan digunakan juga. GC Plus bukan sahaja membantu mendapatkan berat badan ideal, tetapi menambah otot (increas lean muscle). Pertambahan otot inilah yang menyebabkan berat badan bertambah sedikit atau tidak banyak berubah pada awal pengambilan GC Plus. Ini kerana, pertambahan otot di bawah tisu adipos telah menolak lemak keluar yang mengakibatkan certain bahagian badan kelihatan lebih besar. 

Tetapi, semakin bertambah otot, semakin meningkatlah metabolisme badan. Apabila metabolisme meningkat, slowly badan mendapat berat ideal. Sekali lagi, berikan masa kepada badan anda. Be patient. Apabila lemak tadi dibakar menjadi tenaga, anda akan dapat berat badan idaman.

Antara kesilapan ramai orang ketika bersenam dan berdiet adalah, terlalu overestimate kalori yang telah diguna oleh badan. Akibatnya, mereka underestimate kalori telah diambil (dimakan). Mereka menganggap, apabila tidak makan nasi, akan ada pengurangan berat badan. Lalu mereka cenderung mengambil 'light meal' tanpa mengetahui kadangkala 'light meal' itulah yang berkalori tinggi. 

Ada pengguna GC Plus yang bertanya "Kenapa saya semakin berat sedangkan saya ambil GC Plus dan bersenam. Sepatutnya saya semakin kurus".

Ya, sepatutnya begitulah. Tetapi, senaman tidak menjanjikan penurunan berat badan jika selepas bersenam seseorang tetap makan dengan banyak (kalori yang banyak). Begitu juga dengan yang bergantung kepada GC Plus semata untuk dapatkan berat ideal (tanpa bersenam). GC Plus boleh bantu meningkatkan metabolisme supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat dari biasa. Tetapi, ia tidak akan merubah apa-apa sekiranya seseorang makan tanpa kawalan. 

Makan satu kali sehari juga tidak menjamin anda kurus dengan sihat. Kurang makan secara mendadak boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan badan berhenti terus dari membakar lemak. Jadi, berikan masa untuk pertambahan berat badan itu 'mencari jalan keluar'. Jika tak ada perubahan, step back dan lihat sekiranya ada aspek-aspek lain dalam diri yang perlukan penelitian.

So setiap orang lain tindak balasnya. Macam I sebelum ni memang berat ideal. Tetapi selepas kahwin naik. Dan lepas zumba naik lagi. Bila kira bmi jadi overweight pula. Fizikal orang nampak I still kecil2 cili padi. Macam tak adil pula 😂 Maybe sebab body I jenis inverted triangle. So no shape like a glass body type. I kaki pendek so lagi la nampak kelemahannya. So I rasa maybe I okay overwheight as long not obesity dan lemak bertukar jadi otot di bahagian hips so I can be most girls. 🤭

Wednesday, October 26, 2022

Perubahan Setelah Minum Air Setiap Hari

Membiasakan diri untuk minum air kosong setiap hari bukanlah hal yang mudah. Di antara pilihan minuman manis, teh, atau kopi, air kosong sering kali menjadi pilihan terakhir. Minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong. Sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh.

Di posting yang lepas, terdapat info mengenai berapa liter air yang diperlukan sehari. Secara purata kita memerlukan 2 liter air sehari. Untuk konsisten mengamalkan, disarankan untuk mengira sendiri jumlah air yang diperlukan mengikut berat badan. Dengan ini kita lebih memahami keperluan air yang sepatutnya diterima oleh badan.

Selain itu, untuk lebih praktikal gunalah aplikasi water tracker. Ia akan notifikasi kita untuk sentiasa minum air. Dengan adanya aplikasi ini, kita tidak mudah lupa dan mengambil bersahaja tentang hal ini. Tambahan, dapat menaikkan semangat dan motivasi diri.

Setakat ini, saya berpuas hati dengan pencapaian saya dalam menggunakan aplikasi water tracker ini. Sangat mudah, dan seronok.  Berat badan saya hanya memerlukan 1.4 liter air sehari.
 
Lihat perbezaan jumlah air. Pada hari ke-tiga berjaya minum 1.4 liter jumlah yang diwajibkan setiap hari. Pada hari ke-6, berjaya minum sebanyak 1.6 liter lebih pada yang ditetapkan disebabkan faktor cuaca dan banyak melakukan aktiviti.

Botol air yang digunakan adalah bersaiz 2 liter.
Senang tidak perlu berulang ke coway untuk isi air. Dengan botol 2 liter kita dapat mengisi penuh dan kemudian heret je kemana kita berada. 😀

Jadi perubahan pada diri saya setelah mengamalkan minum air secara konsisten adalah:
  1. Bibir rekah dan kering kembali lembap dan beransur pulih.
  2. Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti
  3. Saluran pernafasan yang baik 
  4. Kulit kelihatan sihat, berseri dan lembut
Stay Hydrated, Friends!

Saturday, October 22, 2022

Berapa Banyak Air yang Diperlukan Sehari?


Semua orang tahu pengambilan air seharian adalah penting untuk kesihatan. Secara amnya, kita disarankan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tapi sukatan air yang diperlukan di dalam badan boleh berubah mengikut jantina, umur dan berat setiap individu?

Menurut purata pengambilan air harian rakyat Amerika:
  • Lelaki dewasa memerlukan 3 liter air bersamaan (13 gelas) setiap hari
  • Wanita dewasa memerlukan 2.2 liter air bersamaan (9 gelas) setiap hari

" Cara Kira Keperluan Air mengikut berat badan:
Di Malaysia kita biasa guna unit Kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya akan buatkan contoh seperti dibawah. Andaikan berat 43kg.
  • Tukarkan unit kg kepada pounds. Contoh 43kg = 94lbs
  • Jumlah 94lbs tersebut bahagi dengan 2. Maka, 94lbs/2 = 47 oz
  • Tukarkan unit oz tersebut kepada liter. Maka, 47oz = 1.4 liter
Jadi jika berat 43kg, maka perlu minum sekurang-kurangnya 1.4L bersamaan (6 gelas) sehari.
Jumlah air perlu ditambah sekiranya kita aktif dalam membuat kerja berat atau tinggal di persekitaran suhu yang tinggi.

Jika anda hamil atau menyusu, cadangan jumlah air yang diperlukan akan berubah. Wanita yang sedang menyusukan anak mungkin perlu meningkatkan kadar pengambilan air kepada 13 gelas sehari. Antara jumlah air yang disyorkan mengikut usia sejak kanak-kanak:
  • 4 - 8 tahun (5 gelas)
  • 9 - 13 tahun (7 - 8 gelas)
  • 14 - 18 tahun (8 - 11 gelas)
  • Lelaki 19 tahun (13 gelas)
  • Perempuan 19 tahun (9 gelas) 
  • Wanita Hamil (10 gelas)
  • Wanita menyusu (13 gelas) 

Dengan semua air yang telah masuk ke dalam badan, anda mungkin tertanya-tanya dimana ia disimpan. Berikut menunjukkan peratus kandungan air yang tersimpan disetiap organ di dalam badan kita:
  • Paru-paru - 83%
  • Otot dan Buah pinggang - 79%
  • Otak dan Hati - 73%
  • Kulit- 64%
  • Tulang - 31%

Banyak kelebihan pengambilan air harian yang mencukupi:
  1. Menurunkan berat badan
  2. Melegakan keletihan
  3. Melawaskan dan elak sembelit
  4. Mengulasikan suhu badan
  5. Mengurangkan risiko kanser
  6. Menceriakan mood
  7. Menyelesaikan masalah nafas berbau
  8. Meningkatkan sistem imun
  9. Mengelakkan sakit kepala dan migrain
  10. Memperolehi kulit cantik

Namun, jika kita terlebih air juga boleh memudaratkan kesihatan. Jika terdapat simpton seperti dibawah anda disarankan mengurangkan pengambilan air sehari:
  • Loya atau Muntah
  • Kekejangan Otot
  • Paru-paru berair
  • Sawan
  • Koma

Tips minum air secukupnya:
  1. Sentiasa membawa botol air kemana-mana. Termasuklah ke tempat kerja.
  2. Tidak hanya tumpu pada air kosong semata-mata. Sumber air lain seperti susu, teh, dan sup disyorkan.
  3. Elakkan minuman berkafein dan tinggi kandungan gula. Seperti air soda, air yg diproses dari kilang.
  4. Apabila makan diluar, bawalah botol air dari rumah. Dapat menjimatkan duit dan mengurangkan kalori makanan.
  5. Tambahkan perisa asli dari buah-buahan seperti lemon dan jus oren.

Antara makanan sihat yang mempunyai tinggi kandungan airnya:
  • Buah Tembikai
  • Sayur Bayam
  • Timun
  • Lada Benggala Hijau
  • Buah Berry
  • Bunga Kobis
  • Lobak
  • Daun Saderi
  • Buah Oren

Bagaimana nak tahu pengambilan air harian sudah mencukupi:
  1. Jarang merasa dahaga
  2. Warna urin kuning jernih, hampir tiada warna
  3. Menghasilkan 1 L atau lebih urin sehari

Jika warna urin keruh atau kuning pekat, itu petanda anda kekurangan air putih dalam badan.

Stay Hydrated, friends! ;)