Sinopsis:
Berkisarkan tentang seorang budak lelaki berumur 14 tahun, Seita bersama adik perempuannya, berumur 4 tahun, Setsuko . Pada suatu hari, Seita dan Setsuko berhadapan detik genting dimana kawasan perumahannya dilanda serangan bom udara di dalam peperangan word war II. Semua penduduk tempatan berpusu-pusu menyelamatkan diri dan harta yang ada. Sementara Ibu Seita mendahuli mereka berdua menuju ke bom shelter secara berasingan. Seita memikul tanggungjawab melindungi adiknya sebaik mungkin. Tetapi malang sekali, ibu Seita tidak berjaya diselamatkan. Seluruh tubuh ibunya melecur akibat terkena bom lalu meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Mereka terpaksa menumpang kasih di rumah ibu saudaranya. Tidak lama selepas itu, dia dan adiknya berhasrat untuk mencari tempat tinggal baru kerana tidak mahu menyusahkan dan menambah beban keluarga saudaranya. Mereka belajar hidup berdikari tanpa keluarga disisi. Dengan adanya wang simpanan arwah ibunya cukup untuk menampung makan dan minum mereka berdua dalam jangka masa yang pendek. Akan tiba waktu dimana mereka terpaksa menghadapi kesukaran dalam mencari makanan harian. Seita sentiasa berkoban apa sahaja untuk kebahagian Setsuko.
Rate: 10/10
Genre: War/Drama
Duration: 1h 33m
Director: Isao Takahata
Production Companies: Studio Ghibli
Release date: 16 April 1988
Ulasan:
Menurut saya, filem Grave of the fireflies merupakan filem animasi jepun yang sangat sedih dan menyayat hati. Saya dapat merasakan gambaran suasana kehidupan di zaman peperangan. Berlaku kesempitan dari segi makanan, wang dan tempat tinggal. Mengingatkan saya pada situasi yang berlaku di Palestin sekarang. Sesiapa sahaja yang menonton pasti akan mengalirkan air mata. Awal permulaan filem pun, saya tidak mempu menahan air mata daripada menangis kerana kita tahu perjalanan cerita ini merupakan kisah benar. Saat-saat terakhir sisa kehidupan dua beradik sebelum mereka pergi meninggalkan dunia buat selamanya.😭 Sangat rekomen untuk tontonan umum seisi keluarga. Pastikan bawa sekali sapu tangan dan tisu untuk mengusap air mata. Best sangat tak tipu. Kualiti animasi seperti biasa Studio Ghibli sentiasa menghasilkan animasi yang cantik. Permandangan yang berhasil memukaukan pandangan penonton.

Moral of the story, ketabahan mental seorang budak berumur 14 tahun memikul tanggungjawab besar dalam menjaga kebajikan adiknya sehingga ke hujung hayat. Selain itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku kasar dan menyakiti mereka sewenang-wenangnya .Rasulullah SAW bersabda, barang siapa memuliakan anak yatim, maka Allah SWT akan limpahkan rahmat dan rezekinya untuk mereka. Lain halnya dengan menyakiti anak yatim, menyakiti anak yatim tidak dianjurkan dalam Islam, bahkan mendapat kemurkaan dari Allah SWT. Karena anak yatim merupakan titipan yang diberikan Allah SWT, untuk dilindungi.
Kepilan gambar:
Setahu saya animasi ini ada diadaptasikan dalam bentuk lakonan sebenar. Kedua-dua mempunyai jalan cerita yang sedih. Bagaimana dengan anda sudahkah menontonnya? Boleh kongsikan pandangan anda?