Sinopsis:
Bandar Italian Rivera merupakan destinasi utama Luca bersama sahabat barunya, Alberto. Mereka bersepakat untuk mencari dan mendapatkan sebuah vespa bagi merialisasikan impian untuk menerokai dunia luar. Ditakdirkan mereka bertemu dengan Giulia, memberi ruang dan peluang lagi menjayakan impian mereka berdua.
Luca, dan Alberto menyertai pasukan Giulia di dalam sebuah pertandingan peringkat Portorosso. Mereka dibahagikan kepada tiga acara Trithlon iaitu sukan renang, acara makan dan lumba basikal. Mereka bertiga menghabiskan masa musim panas dengan berlatih untuk memenangi piala Portorosso iaitu hadiah wang untuk pertukaran vespa dan juga untuk mengalahkan lelaki berlagak juara berturut, Ercole.
Sementara itu, kedua orang tua Luca turut ke darat untuk mencarinya. Setelah dia melarikan diri kerana enggan dibawa ke rumah bapa saudaranya yang jauh dari permukaan laut.
Dalam masa yang sama, mereka turut merahsiakan identiti sebagai makhluk laut atau dikenali sebagai raksasa laut. Ini kerana untuk keselamatan diri dari diancam dan diburu oleh penduduk di situ. Adakah mereka berjaya mengharungi cabaran ini.
Rate: 8/10
Genre: Comedy / Adventure
Duration: 1h 36m
Director: Enrico Casarosa
Production companies: Walt Disney Pictures, Pixar Animation Studios
Release Date: June 16, 2021
Ulasan:
Setakat ini, saya sudah menonton filem ini buat kali kedua. Saya sangat tertarik dengan seni grafik yang disajikan dari segi warna, teknik pencahayaan, struktur bagunan dan permandangan yang sangat indah. Permandangan laut dengan efek bunyi air yang sangat realistik menghidupkan lagi animasi dan turut memberi ketenangan kepada penonton. Plot penceritaan sangat baik dan tidak bosan. Lebih menarik jika menonton dalam alihan suara bahasa melayu. Saya sangat rekomen sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Terdapat beberapa mesej tersirat dan tersurat juga disampaikan di dalam filem animasi ini.
Antaranya, tentang erti persahabatan. Luca dan Alberto berkongsi minat yang sama dan sering menghabiskan waktu bersama. Suatu ketika akan ada masa, ketidaksepakatan fahaman dan mula bermasam muka. Tetapi pada penghujungnya, kita pilih untuk berdamai dan memaafkan.
Selain itu, kehidupan harmoni berbilang kaum, bangsa, darjat, usia, dan ragam manusia. Disini, raksasa laut dianggap ancaman bagi penduduk bandar Portorosso. Tetapi hakikatnya, mereka juga adalah makhluk bumi. Seharusnya diberikan layanan secara adil dan saksama. Tidak kisah apa jenis bentuk fizikal yang dijadikan selagi dia tidak memudaratkan kita.
Kemudian, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kadangkala, ibu marah kerana sayang. ibu halang minat kerana risaukan keselamatan. itulah ibu dan ayah, seorang yang terlalu melindungi dan kekadang pentingkan diri. Apa-apa pun kita harus bersyukur, menghormati dan menyangi mereka seadanya.
Selanjutnya, mengenai tips ramuan kehidupan. Kita tidak usah gentar dan ragu dengan keupayaan diri. Di dalam filem, Alberto menyuruh Luca menghalau semua tanggapan negatif terhadap diri dengan panggilan Bruno. Antara kaedah yang baik untuk menghilangkan rasa takut dan meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri.
Akhirnya, jangan pernah putus asa dalam menimba ilmu pengetahuan dan penglaman. Di dalam diri Luca mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi untuk menceburi perkara baharu. Contohnya, dia belajar berjalan dan mengayuh basikal buat kali pertama. Kemudian dia mula curiga apa yang ada dilangit setelah Giulia meyakinkan dirinya tentang bulan, dan bintang. Tanpa kita sedari sebenarnya dalam kehidupan kita adalah proses pembelajaran. Setiapa apa yang kita lakukan pasti ada peningkatan dan pembaikan dari masa ke semasa. Dan kita juga seharusnya bersyukur dapat belajar dengan selesa di sekolah, sedangkan masih ada yang tidak berkemampuan untuk ke sekolah.
Kepilan gambar:
Spoil:
Karakter raksasa laut. Bagi saya kombinasi warna ungu, biru dan hijau tidak begitu menarik. Warna mata kuning manakala anak matanya merah. Agak mengganggu minda saya. Tetapi tak mengapa, ia masih tidak merosakkan kualiti keseluruhan cerita. Boleh teruskan menonton.
Q&A:
Adakah filem ini mempromosikan LGBT?
Jawapan saya tidak. Tetapi terpulang atas penerimaan individu masing-masing. Walaupun ramai orang beranggapan karakter Luca dan Alberto sedikit persamaan di dalam filem 'Call me by your name'. Tetapi bagi saya, cerita ini lebih kepada persahabatan. Change your mind. Get feeling in to the same gender is not exist. Actually you are confused between cherish and love.
Adakah Luca bakal ada yang ke-2?
Saya dapat rasakan ia ada sambungan kerana Alberto ada memberikan pesanan kepada Luca dipengakhiran cerita. Menunjukkan bahawa mereka bakal berjumpa lagi. I hope so.
Baiklah. Adakah anda sudah menontonnya? Boleh kongsikan pengalaman anda?