My page life.

Saturday, January 30, 2016

Entry on the spot

Assalamualaikum.
Kira sudah sebulan aku berdikari di rumah sewa dengan pelbagai kerenah dan cabaran di dunia penuh rencam ini. Sejujurnya sangat mencabar dari segi rohani dan jasmani. Jasmaninya, kami satu rumah bersepakat buat rombongan ke sekolej dengan berjalan kaki dan 1/2 daripada kami termasuk aku, berbasikal 1km/5-10min dari rumah. Setiap hari kecuali cuti hujung minggu. Tetapi dikala hujan, Alhamdulillah ada yang perihatin memberi tumpang terus ke destinasi. Almaklumlah, di dunia rencam ni faham2 lah. Dari segi rohaninya pula, kami mental dengan segelintir masyarakat sekeliling yang memandang rendah terhadap keupayaan kami gigih berbasikal ke sekolej semata-mata untuk menuntut ilmu. Kebanyakannya  kaum bujang terlajak lah yang sering terlolong-lolong bagai tidak matang melihat kami berjalan mahupun berbasikal. Malu la juga kerana mereka yang melepak sudah berusia boleh digelar pakcik-pakcik. Well, kami yg muda dan berfikiran matang ni terus hiraukan kehadiran mereka. Yang paling mencabar adalah kena kejar dgn anjing. Selepas kejadian itu, kami lebih berhati2. Sekian.