My page life.

Tuesday, January 7, 2025

Hujan mulai lebat di sini

Dari petang semalam hujan berterusan sehingga 6 pagi. Suami pulang kerja semalam dalam keadaan lencun satu badan. 

Hari ni, nak kena pergi kedai beli barang dapur. Pagi-pagi mari lemau la nak keluar 😄. So decided pergi pukul 2 tengahari. La hujan lebat pula sampai jam 4 petang. Baru boleh keluar.

Perut lapar ni. Ingat nak bungkus nasi ayam penyet. Tapi tak berbaloi la pulak sekarang dah petang baik makan malam je nanti. Kita beli roti jagung je buat alas perut. 

Sempat memerhati suasana kampung. Tengok-tengok longkang sudah dipenuhi air. Belakang rumah saya pun air sudah bertakung. Petanda semoga air tidaklah terus menaik...

Sebaik tiba di rumah, lelah pula angkat barang. Rehat rehat dulu. Ayam dua ekor dibiarkan dulu diluar.

Sambil tengok live kawan, dah pukul 7 suami pun dah pulang. Haih lambat start masak nasi pun belum nanak.

Nasib baik suami volunter nak cuci ayam. Sambil tu saya sediakan side dishes lain. 

Tup TUP tap. Siap masak jam 9 lebih. Lewat nau.

Saya nak kena puasa jam 10 ni...so inilah menu dinner hari ni.

ayam goreng, tempe goreng

sayur bayam tumis air

sambal tumbuk ikan bilis tapi di blend kasar sebab nak cepat 😅

Sekian....

2 comments:

  1. sedap pulak menu tu.. lengkap dah... sini pun hari² hujan x sabar tgu budak cuti sekolah x perlu lah nk berhujan berangin jemput pegi balik sekolah

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan. Nikmat bila makan makanan dimasak di rumah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana telah meninggalkan komen-komen yang membangun. *mini love* <3