My page life.

Saturday, December 17, 2016

Throwback

Kisah malam ini saya nak buat throwback sikit supaya akan datang boleh thowback entri ini.
Sebelum itu mari saya memperkenalkan ini pelajar Kolej Vokasional Puteri batch97 Seni reka fesyen tahun 2013-2016. Mereka merupakan rakan-rakan madness seperjuangan saya dalam mengharungi segala jenis rintangan dan ujian dalam melaksanakan semua tugasan berkumpulan mahupun individu. 4 tahun kami berjuang habis-habisan dan harungi segala jenis pengalaman pahit manis. Akhirnya kini saat yang sentiasa ditunggu-tunggu dari awal tahun hingga ke penghujung, kami telah pun pergi membawa haluan masing-masing. wait. Pengajian belum lagi tamat cuma kami hanya berpecah ke tempat On Job Training (OJT) selama 4 bulan sahaja. Walaupun pergi OJT, rindu nak bergurau-gurau, berborak kosong dengan mereka tu ada. 4 tahun bersama akrab bagai adik-beradik walaupun kerap bermasam muka tetapi penamatnya berdamai juga. setiap pada mereka mempunyai perangai, fungsi dan agenda masing-masing. Terutamanya Nurul Wahida seorang penghibur kami di sana. Love yall! Selamat berOJT~

Last trip for 2016 "dalam kenangan"