My page life.

Thursday, January 2, 2020

2020

Bismillah
Assalamualaikum 🥰

Hari ini tanggal 3 Januari 2020, detik 12 malam, hadirnya aku kesini semata-mata ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru ✨. Sekian lama aku meninggalkan penulisan blog, hari ini juga terdetik untuk memulakan kembali hobi lama ini. Alang-alang mata belum lagi kepenatan, baik aku habiskan waktu terluang ini.

Sejujurnya, aku sangat terasa kehadiran tahun baru ini, kerana aku seakan dapat menghirup udara semangat baharu untuk meneruskan kehidupan. Tutup buku lama dan mulakan halaman baru. Azam ini aku ingin menjadi seorang yang positif, produktif dan sentiasa sihat dan bahagia. Terutamanya soal hati. Hati ini perlu dijaga dan dipelihara supaya tidak mudah sakit. 

Sakit hati/ penyakit ❤️. 

Contohnya, hasad dengki, iri hati, sombong, riak, dan kedekut. Ini tergolong dalam penyakit yang merosakkan hati. 

Selain itu, azam tahun baru adalah dapat menstabilkan emosi. Hold on to Happiness. Tahun 2019 merupakan tahun broken-ku. Aku harap tahun ini, aku dapat membahagiakan orang sekeliling terutamanya untuk keluarga tercinta. insya-Allah. 🌹

Akhir sekali, semoga aku dapat meningkatkan prestasi diri hari demi hari. Jadikan esok lebih baik dari semalam. You must do it!