Hai. sesiapa sahaja akan terkesan dengan pandemik covid yang melanda di negara ini. Hampir semua orang tengah struggle untuk meneruskan perjuangan. Ada yang kehilangan kerja. Yang paling terkesan mereka yang kehilangan orang tersayang disebabkan wabak ini. Bersyukur kepada yang masih diberi peluang dan yang masih belum terjebak dengan pengebaran covid ini. Yang pasti kita semua harus terus berusaha membanteras penularan covid dengan mengikuti semua SOP yang telah ditetapkan. Jangan degil. Jangan pentingkan diri. Ayuh, untuk masa depan kita semua. Tidakkah kita rindukan kehidupan yang dulu? Dimana kita boleh melakukan apa sahaja tanpa risaukan had dan batas pergerakan. Saya rindu mahu pulang berjumpa family di rumah.
Pada tanggal 13 May 2021, dalam sejarah buat pertama kali beraya berseorangan di rumah sewa tanpa family disisi. Disebabkan berjauhan merantau ke luar negeri, di musim covid yang melanda ini, kita semua tak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Saya yakin bukan saya sahaja yang mengalami situasi ini.
Walaubagaimanapun keadaan, bila tiba hari raya, kita mestilah meraikan dengan berpakaian kemas, dan cantik. Terima kasih makngah sannggup datang memberi juadah. Dapat juga merasa rendang di pagi raya. Ikutkan hati mahu cuba buat sendiri. Disebabkan kesuntukan masa, bahan tidak sempat dibeli.
Seperti biasa, perkara wajib di pagi raya adalah saling bermaaf-maafan. Memandangkan tidak dapat berkunjung akibat covid, jadi saya berhubung dengan keluarga melalui panggilan video dari pagi hingga ke tengahari. Disambung pula dengan panggilan dari sahabat-sahabat lain. Sudah cukup membuatkan saya bahagia pada hari itu.
Tambahan pula waktu itu sedang gempar dengan kejadian serangan di palestin. Perasaan saya sedikit hampa dan dalam masa yang sama beryukur dapat menyambut raya sekadar yang ada. Mengenangkan nasib penduduk palestin. 😢 #freepalestine
Hai, saya terfikir untuk menyahut cabaran #30daysblogchallenge. Menulis blog setiap hari selama sebulan. Bunyi macam bagus. Tetapi itu lah, kekadang idea belum tentu ada untuk menghasilkan posting. Lagi-lagi bila kena menghadap skrin laptop untuk menaip. Sebenarnya saya mengalami silau yang tinggi. Kalau asyik menghadap boleh mengakibatkan migrain dan mata menjadi kepenatan. Mungkin kerana saya tidak begitu aktif dalam mengarang, jadi saya cepat stress apabila kebuntuan idea.
Betul mungkin juga saya perlu memperbanyakkan membaca buku. Dari situ, saya boleh memperkasakan lagi penulisan tatabahasa saya. Sebab sebelum ini saya banyak fokus kepada bahasa inggeris. Kekadang saya suka rojakkan bahasa melayu dan inggeris. Disebabkan itu, penyusunan bahasa saya sangat berterabur. Bunyi macam kelakar. Tetapi itu lah hakikat sebenar yang saya hadapi.
Saya rindu nak belajar penulisan bahasa melayu di zaman sekolah. Saya gemar sastera, sajak, puisi melayu. Tetapi malangnya saya tidak menghabiskan pelajaran dengan betul dan juga tidak mengamalkan di dalam kehidupan harian. Biasa lah terlampau terikut-ikut budaya barat. Kerana dulu saya fikir bahasa inggeri sangat penting untuk saya berkomunikasi dengan orang asing. Tak juga. Bahasa Inggeris saya masih tunggang langgang.
Mungkin kerana itu juga saya sukar untuk meneruskan hobi menulis blog. Saya sudah banyak kali buat blog baru. Tetapi masih tidak berjaya membuahkan hasil yang bagus. Kali ini saya kena belajar dari kesilapan, harus lah menghasilkan posting yang berkualiti dan bermanfaat.
Baiklah tamat sesi pengenalan. Mari teruskan kepada pengisian sebenar posting hari ini. Video blog, atau terkenal dengan sebutan v-log. Merupakan blog dalam bentuk visual. Kenapa Vlog? Cukup lah hanya Blogger. Ini kerana saya mahu mencuba sesuatu yang baru. Saya mahu menggunakan kemahiran saya dalam menyunting videography. Kemahiran yang tidak lah hebat. Sekadar hobi biasa.
Dengan ini saya mempersembahkan Youtube channel saya iaitu Aredlyn space. Berserta vlog pertama saya. Boleh terus tonton dan minta jasa baik anda untuk memberikan sokongan moral kepada saya yang baru berkecimpung dalam dunia youtube. Semoga video seterusnya saya dapat menambahbaikkan.
Berkisarkan tentang seorang budak lelaki berumur 14 tahun, Seita bersama adik perempuannya, berumur 4 tahun, Setsuko . Pada suatu hari, Seita dan Setsuko berhadapan detik genting dimana kawasan perumahannya dilanda serangan bom udara di dalam peperangan word war II. Semua penduduk tempatan berpusu-pusu menyelamatkan diri dan harta yang ada. Sementara IbuSeita mendahuli mereka berdua menuju ke bom shelter secara berasingan. Seita memikul tanggungjawab melindungi adiknya sebaik mungkin. Tetapi malang sekali, ibu Seita tidak berjaya diselamatkan. Seluruh tubuh ibunya melecur akibat terkena bom lalu meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Mereka terpaksa menumpang kasih di rumah ibu saudaranya. Tidak lama selepas itu, dia dan adiknya berhasrat untuk mencari tempat tinggal baru kerana tidak mahu menyusahkan dan menambah beban keluarga saudaranya. Mereka belajar hidup berdikari tanpa keluarga disisi. Dengan adanya wang simpanan arwah ibunya cukup untuk menampung makan dan minum mereka berdua dalam jangka masa yang pendek. Akan tiba waktu dimana mereka terpaksa menghadapi kesukaran dalam mencari makanan harian. Seita sentiasa berkoban apa sahaja untuk kebahagian Setsuko.
Rate: 10/10
Genre: War/Drama
Duration: 1h 33m
Director: Isao Takahata
Production Companies: Studio Ghibli
Release date: 16 April 1988
Ulasan: Menurut saya, filem Grave of the fireflies merupakan filem animasi jepun yang sangat sedih dan menyayat hati. Saya dapat merasakan gambaran suasana kehidupan di zaman peperangan. Berlaku kesempitan dari segi makanan, wang dan tempat tinggal. Mengingatkan saya pada situasi yang berlaku di Palestin sekarang. Sesiapa sahaja yang menonton pasti akan mengalirkan air mata. Awal permulaan filem pun, saya tidak mempu menahan air mata daripada menangis kerana kita tahu perjalanan cerita ini merupakan kisah benar. Saat-saat terakhir sisa kehidupan dua beradik sebelum mereka pergi meninggalkan dunia buat selamanya.😭 Sangat rekomen untuk tontonan umum seisi keluarga. Pastikan bawa sekali sapu tangan dan tisu untuk mengusap air mata. Best sangat tak tipu. Kualiti animasi seperti biasa Studio Ghibli sentiasa menghasilkan animasi yang cantik. Permandangan yang berhasil memukaukan pandangan penonton.
Moral of the story, ketabahan mental seorang budak berumur 14 tahun memikul tanggungjawab besar dalam menjaga kebajikan adiknya sehingga ke hujung hayat. Selain itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku kasar dan menyakiti mereka sewenang-wenangnya .Rasulullah SAW bersabda, barang siapa memuliakan anak yatim, maka Allah SWT akan limpahkan rahmat dan rezekinya untuk mereka. Lain halnya dengan menyakiti anak yatim, menyakiti anak yatim tidak dianjurkan dalam Islam, bahkan mendapat kemurkaan dari Allah SWT. Karena anak yatim merupakan titipan yang diberikan Allah SWT, untuk dilindungi.
Kepilan gambar:
Setahu saya animasi ini ada diadaptasikan dalam bentuk lakonan sebenar. Kedua-dua mempunyai jalan cerita yang sedih. Bagaimana dengan anda sudahkah menontonnya? Boleh kongsikan pandangan anda?
Bandar Italian Rivera merupakan destinasi utama Luca bersama sahabat barunya, Alberto. Mereka bersepakat untuk mencari dan mendapatkan sebuah vespa bagi merialisasikan impian untuk menerokai dunia luar. Ditakdirkan mereka bertemu dengan Giulia, memberi ruang dan peluang lagi menjayakan impian mereka berdua.
Luca, dan Alberto menyertai pasukan Giulia di dalam sebuah pertandingan peringkat Portorosso. Mereka dibahagikan kepada tiga acara Trithlon iaitu sukan renang, acara makan dan lumba basikal. Mereka bertiga menghabiskan masa musim panas dengan berlatih untuk memenangi piala Portorosso iaitu hadiah wang untuk pertukaran vespa dan juga untuk mengalahkan lelaki berlagak juara berturut, Ercole.
Sementara itu, kedua orang tua Luca turut ke darat untuk mencarinya. Setelah dia melarikan diri kerana enggan dibawa ke rumah bapa saudaranya yang jauh dari permukaan laut.
Dalam masa yang sama, mereka turut merahsiakan identiti sebagai makhluk laut atau dikenali sebagai raksasa laut. Ini kerana untuk keselamatan diri dari diancam dan diburu oleh penduduk di situ. Adakah mereka berjaya mengharungi cabaran ini.
Rate: 8/10
Genre: Comedy / Adventure
Duration: 1h 36m
Director: Enrico Casarosa
Production companies: Walt Disney Pictures, Pixar Animation Studios
Release Date: June 16, 2021
Ulasan:
Setakat ini, saya sudah menonton filem ini buat kali kedua. Saya sangat tertarik dengan seni grafik yang disajikan dari segi warna, teknik pencahayaan, struktur bagunan dan permandangan yang sangat indah. Permandangan laut dengan efek bunyi air yang sangat realistik menghidupkan lagi animasi dan turut memberi ketenangan kepada penonton. Plot penceritaan sangat baik dan tidak bosan. Lebih menarik jika menonton dalam alihan suara bahasa melayu. Saya sangat rekomen sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Terdapat beberapa mesej tersirat dan tersurat juga disampaikan di dalam filem animasi ini.
Antaranya, tentang erti persahabatan. Luca dan Alberto berkongsi minat yang sama dan sering menghabiskan waktu bersama. Suatu ketika akan ada masa, ketidaksepakatan fahaman dan mula bermasam muka. Tetapi pada penghujungnya, kita pilih untuk berdamai dan memaafkan.
Selain itu, kehidupan harmoni berbilang kaum, bangsa, darjat, usia, dan ragam manusia. Disini, raksasa laut dianggap ancaman bagi penduduk bandar Portorosso. Tetapi hakikatnya, mereka juga adalah makhluk bumi. Seharusnya diberikan layanan secara adil dan saksama. Tidak kisah apa jenis bentuk fizikal yang dijadikan selagi dia tidak memudaratkan kita.
Kemudian, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kadangkala, ibu marah kerana sayang. ibu halang minat kerana risaukan keselamatan. itulah ibu dan ayah, seorang yang terlalu melindungi dan kekadang pentingkan diri. Apa-apa pun kita harus bersyukur, menghormati dan menyangi mereka seadanya.
Selanjutnya, mengenai tips ramuan kehidupan. Kita tidak usah gentar dan ragu dengan keupayaan diri. Di dalam filem, Alberto menyuruh Luca menghalau semua tanggapan negatif terhadap diri dengan panggilan Bruno. Antara kaedah yang baik untuk menghilangkan rasa takut dan meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri.
Akhirnya, jangan pernah putus asa dalam menimba ilmu pengetahuan dan penglaman. Di dalam diri Luca mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi untuk menceburi perkara baharu. Contohnya, dia belajar berjalan dan mengayuh basikal buat kali pertama. Kemudian dia mula curiga apa yang ada dilangit setelah Giulia meyakinkan dirinya tentang bulan, dan bintang. Tanpa kita sedari sebenarnya dalam kehidupan kita adalah proses pembelajaran. Setiapa apa yang kita lakukan pasti ada peningkatan dan pembaikan dari masa ke semasa. Dan kita juga seharusnya bersyukur dapat belajar dengan selesa di sekolah, sedangkan masih ada yang tidak berkemampuan untuk ke sekolah.
Kepilan gambar:
Spoil:
Karakter raksasa laut. Bagi saya kombinasi warna ungu, biru dan hijau tidak begitu menarik. Warna mata kuning manakala anak matanya merah. Agak mengganggu minda saya. Tetapi tak mengapa, ia masih tidak merosakkan kualiti keseluruhan cerita. Boleh teruskan menonton.
Q&A:
Adakah filem ini mempromosikan LGBT?
Jawapan saya tidak. Tetapi terpulang atas penerimaan individu masing-masing. Walaupun ramai orang beranggapan karakter Luca dan Alberto sedikit persamaan di dalam filem 'Call me by your name'. Tetapi bagi saya, cerita ini lebih kepada persahabatan. Change your mind. Get feeling in to the same gender is not exist. Actually you are confused between cherish and love.
Adakah Luca bakal ada yang ke-2?
Saya dapat rasakan ia ada sambungan kerana Alberto ada memberikan pesanan kepada Luca dipengakhiran cerita. Menunjukkan bahawa mereka bakal berjumpa lagi. I hope so.
Baiklah. Adakah anda sudah menontonnya? Boleh kongsikan pengalaman anda?