My page life.

Friday, December 19, 2014

First Reunion Ever Of My Life.

Assalammualaikum. yesh for along time we tak bersua muka kan. sejak darjah enam kita terpisah jauuuuuh~ katakan~ so, tiba la hari ini kami berkumpul semula..or dengan kata lain gathering reunion.?

duduk. sembang. ketawa. krik krik. dan looking each other. yeah little bit awkward antara kita. biasala kan orang jauh dah lama tak berhubung.. hehe. walaupun mereka ni satu kampung je. tak pegi mana-mana pun, lain-lain sekolah menengah  je. walaupun, satu kampung..selama kita berpisah ni takde pulak aku terserempak dengan diorang ni kat mana-mana... bab kata nazifa "memang jenis tak kuor rumah ponnng.." haha. oke alasan anda diterima akal fikiran.

We are siblings membership:
  1. Nurul Shamimi - 12 Januari
  2. Nazifa - 27 Januari
  3. Hazwani Huda - 30 Januari
  4. Aku - 13 Februari
nampaknya aku bongsu dikalangan mereka.


dua orang ni skali pandang macam kembar, dua kali pandang macam kutub utara dan kutub selatan.
hehe jangan marah ma~
selfie~



wait. im not ready yet!
guys keluarkan simbol keharmonian~



Nazifa: jum ke sana *pantai
Aku: Ombak kuat la.
Nazifa: ala kat depan tu je..
ke pantai la kite seterusnya...objek bersama kami adalah sebatang pokok kelapa. tidak lupa juga bersama bakal Photographer kite yang tengah snap gambar ini iaitu my bestie friend, Nurul Shamimi.

pokoknya harus ditebengg,

It was FUnnY when You Realize This what happen before we grow up!
I have no Idea what I have done! IDK why Nazifa takde dimention dalam ni *feeling kebingungan
Biodata yang aku catat daripada kowang sendiri. -_-'

Buku ni memang penuh dengan memori kanak-kanak aku bersama kowang semua. weirdo~

so far, i enjoy with u guys, walaupun sebentar je pertemuan kite.. :) k chow !
eh jap amacam sedap tak makanan yang dibungkus balik?..kalu sedapp~, moh datang lagi dan jangan lupa promote kat member2 singgah ke restaurant sri rasa santai~ :*

Tuesday, December 16, 2014

Pulau Langkawi

Assalammualaikum.

alrite, lee nii cek nak buat pengakuan bahawa cek skang dah ada entry travel noo. haha mentang-mentang dah sampai Kedah, lekat slang kedah lo. apo-apo jor la. Sebelum tu, Syukur Alhamdulillah la selamat sampai dan pergi. cek heppy sangat-sangat dapat pi sana. yorla last year cek sorang jo yang tak dapet pegi because sekolej cek xdak cuti time tu. jeles jugok nengok adek-adek dapat melencong jenjalan kan. so, this year was my turn. Muahahaha.. (!)

oke, mari kita mula..Bismilahirahmanirrahim..sebenarnya trip ni under company kerja ayah aku. kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. So, kami sekeluarga ke sana dengan sebuah bas perlancongan mewah. ehem, mewah ke? haha bole la sebabnya bas yang aku naik ni memang bas baru dari kilang. hehe. bertolak dari Dungun pada jam 730pm khamis malam Jumaat, selepas selesai solat Maghrib beserta Jamak Takdim. makan malam dan breakfast di tepi jalan jer. Dont worry, sepanjang perjalanan kami diberi penginapan tempat tidur yang selesa di dalam bas..celik-celik mata dah pagi. dalam pukul 8am kami sampai di jeti feri Kuala Perlis. Ta Da! happynye. tak sabar nak naik feri. pabila turun dari bas, terkejut perght boleh dikatakan memang ramai giler orang tengah beratur ada, menunggu ada, melopong ada, haha semata-mata ingin bercuti ke Pulau Langkawi. Nasib la, tiket dah tempah kan so, tiket feri kami dalam pukul 930am.

macam ni la gaya ramainya..tapi maaf la gambar tak clear sebab snap ni pun tengah dihimpit orang dan beg-beg bagasi.

tik tok tik tok..kami pun selamat tiba di dalam feri. yesh! heaven rasanya selepas bertarung tenaga berenang di dalam timbunan manusia tadi. naseb tak lemas je. blurp blurp

dah duduk. tak bole jalan lagi. kena tunggu cukup dulu ma..so waitingg~

Ingat ke slow jer feri ni. rupanya laju jugak..fuyyo memang sejuk gile ah dalam ni. dah macam freezer da..tapi memang asyik bile boleh tengok permandangan di lautan kat tingkap...malangnya tingkap tu terlalu tinggi...atau aku yang rendah. aku terpaksa melutut atas kerusi baru boleh tengok dengan HQ. well, macam kanak-kanak pulak. haha~. aku dah tak sabar sangat-sangat tertanya bila nak sampai ni. dah nampak Helang dan kapal layar tu kire lega...kemudian, kami berehat masuk hotel lo~

Ta Da ! Inilah tempat tinggal kami selama 3 hari 2 malam di Perdana Beach Resort.

Hari pertama tak pergi mana-mana. just pergi Dataran Helang dan jalan-jalan pusing-pusing tanpa arah. :)


1, 2, 3,

heyjump~!

ceh, ajet ajet berani je..

#candid

Keesokan harinya, seharian kami menjelajah satu Langkawi. hehe 
Pertama, Oriental Village, 
Kedua, Kilim Geoforest Park
Ketiga, Muzium dan Makam Mahsuri
Keempat, Kolam Air Panas buatan (JACUZZI)
Kelima, Langkawi NIght Market

Welcome to the Oriental Village.


hajat alang-alang dah sampai langkawi, memang teringin jugak nak naik kereta kabel, well, tengok la berapa ramainya orang beratur beli tiket. so setakat ni, belom lagi aku dapat merasa naik kabel car.

Sementara kami pergi shopping cenderamata kat village ni, dua orang budak ni disumbatkan ke dalam belon gergasi ni atau dengan kata lain roller orb. yeah! awat tak gerak tuu.. hang berduo tak reti maen ni, hambit kau! terkurung la hang lam tu...

help~ anybody there? help me~ :'((

"tak boleh jadi ni, kita kena teruskan perjuangan untuk hidup!" "lets go beebbeh"

Well, kemudian kami berpindah ke Kilim geoforest park. dalam masa 1jam kami dalam bot ni, kami dibawa ke gua kelawar, tempat penternakan ikan, tempat helang diberi makan, dan ke sebuah pulau terpencil. Lol x ar dengan lebih jelasnya ke tempat signboard besar KILIM GEOFOREST PARK.

muka paling depan tu adalah muka paling poyo pernah aku buat. actually, aku tengah penat dan panas sbb tunggu giliran nak naik tu,bukan main lama...yea, tahu-tahulah sebab apa...sebab memang ramai pelancong yang mai~


ketor lutut weh, cause aku bagai berada di tengah lautan dalam..haha..takleh bayang kalau karam,

batu yang berusia berjuta tahun..yea, so unik..Masya-Allah.

Dah penat, makan lo~

yum yum~ jangan salah faham, aku just tolong habiskan makanan yang tak habis jerr. ^^//

so next, inilah makam Mahsuri. "Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan"

potret mistik

Air Telaga ini lah Mahsuri gunakan untuk bersiram supaya kelihatan awet muda~ dan air kat dlm telaga ni tak pernah kering hingga kini.


Berebut nak cantik...Lol. 

betapa ke dek~?

And the last Day, kite pegi ke Beras Terbakar..beras pun dah tak nampak..mungkin sebab sumpahan dah terhapus. hehe pandai je aku buat andaian.
and then kami pun terus pulang. dalam pukul 330ptg camtu kut baru lepas dari Jeti Langkawi ke Jeti Kuala Perlis. macam-macam terjadi masa kat jeti Langkawi. kami sesak dengan orang bapak giler ramai..yang paling ganasnye 4 tiket lain-lain jeti, keluar pada waktu yang sama. so, apa lagi, bergabung meletop. pastu mula la nak keluar ke feri tersekat, sebab pintu gerbang keluar kecik jer..yang lucu sekali, pengumuman yang sama dibuat sampaikan orang ramai yang termengah-mengah nak keluar ni, BOOO!!..yerla, orang lagi sedang nak ke ferri, lagi dibuat pengumuman suruh ke ferri dengan segera. nak segera camne tengah orang berkepo camni..hehe papala~.


Alhamdulillah selamat tiba di Dungun pada pukul 4 pagi... O.O watt!! haha.. paper pon, best la dapat pengalaman ke Pulau Langkawi walaupan sesak dengan ramai orang kan. ^^ enjoy!

fakta: Melaysia telah menarik minat ramai pelancong luar dan tempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik Di Malaysia. Antaranya ialah Pualau Langkawi. face it dude!

Saturday, December 6, 2014

Cita-Citaku

Assalammualaikum.

cakap pasal cita-cita..teringat zaman sekolah rendah dulu. yerla. cikgu-cikgu sibuk tanya cita-cita masing-masing. tanya sorang-sorang dalam kelas, majeriti separuh kelas nak jadi cikgu, separuh lagi doktor. besar betul cita-cita mereka..cikgu pun tersenyum lebarrr je kan..haha, memang dua kerjaya tu je yang tengah top pada ketika itu. last-last, pabila besar tak tau arah. sesat mungkin.  hehe tak cakap orang lain. diri aku ni yang memang takde arah tujuan, hanya ikut je dimana arus air pergi, kesitu la aku follow. kesian, tiada perancangan hidup betul~.

cukup la sekadar aku menjadi manusia yang berguna pada masyarakat je sudah, bukan sampah masyarakat. aku tak gemar untuk buat perancangan kerana setiap apa yang aku rancang pasti tidak akan berlaku, ada je aral melintang. macam pernah aku terfikir nak jadi pelukis..so perancangan aku..setiap hari mesti lukis untuk dapatkan skill. dan aku telah pun dicadangkan oleh guru kelas untuk sumbat aku ke sekolah seni. dengan syarat, ujian seni visual mesti A. apa kejadah, time tu darjah 6 mata pelajaran seni dah tak peduli sama sekali. aku nak study ikut mano? and memang tak dapat A la aku.. haha. melepas~

kemudian, aku redha jee. takpe mungkin rezeki aku boleh masuk kolej yang ada kursus berkaitan dengan seni selepas spm. tapi lain pula jadinya, aku terpindah masuk kolej Vokasional...pada usia 16 tahun selepas pmr. Kursus yang berkaitan seni aku jumpa kat area KL..selain kl taknak aku tengok. aku tak biasa hidup jauh sangat ni..takut kejutan budaya..haha! biar aku belaja slow-slow mula dari bawah. so, aku pilih yang dekat-dekat..tapi kursus seni tu takde..yang ade ERT. yup. kursus sesuai untuk para isteri dan ibu. itu tanggapan awal aku. dah la aku ni bukannya feminine sangat~ tak sesuai...

last-last, fikir fikir..sampai terkeluar urat mata..haha aku pun pilih fesyen. sebab fesyen pun ada lukis-lukis kan sebab nak design baju. ha~ bijak tak aku?. haktuih, tetapi apa yang aku bayangkan bukan la semudah yang aku sangka..aku ambil kursus fesyen tu..rupa-rupanya lebihkan menjahit...so, jadilah aku pereka fesyen..kuekue. tapi betul, pabila dah belajar menjahit ni. aku jadi terobses dengan trend fesyen terkini. aku belajar nak melawo. tapi tak lawo-lawo jugok. sekali pandang macam maknyah je. haha!\


well, sekarang ni aku tinggal lagi dua tahun kat KV untuk dapatkan diploma. member-member lepasan spm dah freedom..sabor je la... entah la mungkin cita-cita aku akan datang menjadi seorang pereka fesyen?. atau lari bidang kembali sambung ambik seni graphic. atau pape la. tapi ingat "ilmu itu meluas" tak kesah la apa bidang pun yang aku ceburi, itu tetap ilmu. so, tak mengapa kalau aku terpesong dari kursus fesyen? -_- marah ke unit fesyen nanti bila baca ni..hehe peace yaw!