alrite, lee nii cek nak buat pengakuan bahawa cek skang dah ada entry travel noo. haha mentang-mentang dah sampai Kedah, lekat slang kedah lo. apo-apo jor la. Sebelum tu, Syukur Alhamdulillah la selamat sampai dan pergi. cek heppy sangat-sangat dapat pi sana. yorla last year cek sorang jo yang tak dapet pegi because sekolej cek xdak cuti time tu. jeles jugok nengok adek-adek dapat melencong jenjalan kan. so, this year was my turn. Muahahaha.. (!)
oke, mari kita mula..Bismilahirahmanirrahim..sebenarnya trip ni under company kerja ayah aku. kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. So, kami sekeluarga ke sana dengan sebuah bas perlancongan mewah. ehem, mewah ke? haha bole la sebabnya bas yang aku naik ni memang bas baru dari kilang. hehe. bertolak dari Dungun pada jam 730pm khamis malam Jumaat, selepas selesai solat Maghrib beserta Jamak Takdim. makan malam dan breakfast di tepi jalan jer. Dont worry, sepanjang perjalanan kami diberi penginapan tempat tidur yang selesa di dalam bas..celik-celik mata dah pagi. dalam pukul 8am kami sampai di jeti feri Kuala Perlis. Ta Da! happynye. tak sabar nak naik feri. pabila turun dari bas, terkejut perght boleh dikatakan memang ramai giler orang tengah beratur ada, menunggu ada, melopong ada, haha semata-mata ingin bercuti ke Pulau Langkawi. Nasib la, tiket dah tempah kan so, tiket feri kami dalam pukul 930am.
macam ni la gaya ramainya..tapi maaf la gambar tak clear sebab snap ni pun tengah dihimpit orang dan beg-beg bagasi. |
tik tok tik tok..kami pun selamat tiba di dalam feri. yesh! heaven rasanya selepas bertarung tenaga berenang di dalam timbunan manusia tadi. naseb tak lemas je. blurp blurp
dah duduk. tak bole jalan lagi. kena tunggu cukup dulu ma..so waitingg~ |
Ingat ke slow jer feri ni. rupanya laju jugak..fuyyo memang sejuk gile ah dalam ni. dah macam freezer da..tapi memang asyik bile boleh tengok permandangan di lautan kat tingkap...malangnya tingkap tu terlalu tinggi...atau aku yang rendah. aku terpaksa melutut atas kerusi baru boleh tengok dengan HQ. well, macam kanak-kanak pulak. haha~. aku dah tak sabar sangat-sangat tertanya bila nak sampai ni. dah nampak Helang dan kapal layar tu kire lega...kemudian, kami berehat masuk hotel lo~
Ta Da ! Inilah tempat tinggal kami selama 3 hari 2 malam di Perdana Beach Resort. |
Hari pertama tak pergi mana-mana. just pergi Dataran Helang dan jalan-jalan pusing-pusing tanpa arah. :)
1, 2, 3, |
heyjump~! |
ceh, ajet ajet berani je.. |
#candid |
Keesokan harinya, seharian kami menjelajah satu Langkawi. hehe
Pertama, Oriental Village,
Kedua, Kilim Geoforest Park
Ketiga, Muzium dan Makam Mahsuri
Keempat, Kolam Air Panas buatan (JACUZZI)
Kelima, Langkawi NIght Market
Welcome to the Oriental Village. |
Sementara kami pergi shopping cenderamata kat village ni, dua orang budak ni disumbatkan ke dalam belon gergasi ni atau dengan kata lain roller orb. yeah! awat tak gerak tuu.. hang berduo tak reti maen ni, hambit kau! terkurung la hang lam tu...
help~ anybody there? help me~ :'(( |
"tak boleh jadi ni, kita kena teruskan perjuangan untuk hidup!" "lets go beebbeh" |
Well, kemudian kami berpindah ke Kilim geoforest park. dalam masa 1jam kami dalam bot ni, kami dibawa ke gua kelawar, tempat penternakan ikan, tempat helang diberi makan, dan ke sebuah pulau terpencil. Lol x ar dengan lebih jelasnya ke tempat signboard besar KILIM GEOFOREST PARK.
ketor lutut weh, cause aku bagai berada di tengah lautan dalam..haha..takleh bayang kalau karam, |
batu yang berusia berjuta tahun..yea, so unik..Masya-Allah. |
Dah penat, makan lo~
yum yum~ jangan salah faham, aku just tolong habiskan makanan yang tak habis jerr. ^^// |
so next, inilah makam Mahsuri. "Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan"
potret mistik |
Air Telaga ini lah Mahsuri gunakan untuk bersiram supaya kelihatan awet muda~ dan air kat dlm telaga ni tak pernah kering hingga kini.
Berebut nak cantik...Lol. |
betapa ke dek~? |
And the last Day, kite pegi ke Beras Terbakar..beras pun dah tak nampak..mungkin sebab sumpahan dah terhapus. hehe pandai je aku buat andaian.
and then kami pun terus pulang. dalam pukul 330ptg camtu kut baru lepas dari Jeti Langkawi ke Jeti Kuala Perlis. macam-macam terjadi masa kat jeti Langkawi. kami sesak dengan orang bapak giler ramai..yang paling ganasnye 4 tiket lain-lain jeti, keluar pada waktu yang sama. so, apa lagi, bergabung meletop. pastu mula la nak keluar ke feri tersekat, sebab pintu gerbang keluar kecik jer..yang lucu sekali, pengumuman yang sama dibuat sampaikan orang ramai yang termengah-mengah nak keluar ni, BOOO!!..yerla, orang lagi sedang nak ke ferri, lagi dibuat pengumuman suruh ke ferri dengan segera. nak segera camne tengah orang berkepo camni..hehe papala~.
Alhamdulillah selamat tiba di Dungun pada pukul 4 pagi... O.O watt!! haha.. paper pon, best la dapat pengalaman ke Pulau Langkawi walaupan sesak dengan ramai orang kan. ^^ enjoy!
fakta: Melaysia telah menarik minat ramai pelancong luar dan tempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik Di Malaysia. Antaranya ialah Pualau Langkawi. face it dude!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana telah meninggalkan komen-komen yang membangun. *mini love* <3