My page life.

Friday, December 30, 2016

Mari menabung untuk kemudahan masa hadapan

Lusa dah masuk tahun 2017. cepatnya masa berlalu. oleh itu anda semua dah ada ke perancangan untuk menghadapi tahun baru? kalau tiada, apa kata kita buat perancangan bagaimana nak kumpul duit untuk kita survive di dunia rencam ini. Inspirasi daripada blog Azhafizah. Pertama sekali, anda perlu mendisiplinkan diri. Kerana tiada disiplin benda ini tidak akan berjalan ataupun matlamat nak dapatkan nilai duit yang dikehendaki tidak tercapai. Kedua, seharusnya sediakan satu bekas atau tabung yang sesuai untuk kita muatkan duit simpanan kita. Ketiga, menabung ikut jadual yang telah ditetapkan:


Cara-caranya ialah, anda perlu menyimpan duit pada setiap minggu iaitu hanya pada hari jumaat sahaja. Orang kata hari jumaat merupakan hari yang paling mulia dan merupakan penghulu segala hari. Oleh itu, lebih afdal kita melakukan kebaikan dengan menabung pada hari Jumaat supaya InsyAllah, diberikan rezeki lebih pada hari tersebut. Ok, apa yang anda lihat pada jadual diatas, pada jumaat pertama tahun 2017, anda dikehendaki menabung hanya RM 1 sahaja bagi permulaan. Kemudian, pada jumaat kedua, angka menabung meningkat kepada RM 2 dan seterusnya. Dan akhirnya, jumlah tabungan yang dikehendaki sebanyak RM 1,378 dalam tempoh 52 minggu pada tahun 2017. ha selepas itu, jangan lupa masukkan ke dalam bank tau. Saya pun dah slow-slow cari tabung.


Selamat menabung!

Saturday, December 17, 2016

Throwback

Kisah malam ini saya nak buat throwback sikit supaya akan datang boleh thowback entri ini.
Sebelum itu mari saya memperkenalkan ini pelajar Kolej Vokasional Puteri batch97 Seni reka fesyen tahun 2013-2016. Mereka merupakan rakan-rakan madness seperjuangan saya dalam mengharungi segala jenis rintangan dan ujian dalam melaksanakan semua tugasan berkumpulan mahupun individu. 4 tahun kami berjuang habis-habisan dan harungi segala jenis pengalaman pahit manis. Akhirnya kini saat yang sentiasa ditunggu-tunggu dari awal tahun hingga ke penghujung, kami telah pun pergi membawa haluan masing-masing. wait. Pengajian belum lagi tamat cuma kami hanya berpecah ke tempat On Job Training (OJT) selama 4 bulan sahaja. Walaupun pergi OJT, rindu nak bergurau-gurau, berborak kosong dengan mereka tu ada. 4 tahun bersama akrab bagai adik-beradik walaupun kerap bermasam muka tetapi penamatnya berdamai juga. setiap pada mereka mempunyai perangai, fungsi dan agenda masing-masing. Terutamanya Nurul Wahida seorang penghibur kami di sana. Love yall! Selamat berOJT~

Last trip for 2016 "dalam kenangan"

Thursday, December 15, 2016

Salam Jumaat salam cuti hujung minggu

Pagi ini saya sarap roti canai telur bersama air teh beng. Sodap. Favourite menu setiap kali sarapan di kedai. Tapi saya lebih suka roti canai kosong berbanding telur sebab roti kosong paling murah harganya berbanding yang lain selain itu kerana roti kosong lebih rangup dan sedap dimakan. Kalau kuah saya lebih suka kuah kari, kalau selera nak sedap lagi saya tambah dengan sedikit sambal nasi lemak (abah selalu buat). Memang rasa dia tip top. Saya memang tak berapa gemar makan dengan kuah dhall sebab kepekatan dan warna kuning tu buat saya kurang selera nak makan. Selera tu atas tekak masing-masing. Yang pasti saya suka roti canai yang rangup nyum~


Dan outfit yang dikenakan hari ni tersangatlah simple takdok la jangok sangat dengan baju shirt hitam digabungkan dengan seluar blue jeans.


Wednesday, December 7, 2016

Kini berwajah baharu

Assalammualaikum.
Peechaya Burroughs, an Australian artist, shares daily on her Instagram account minimalist and playful scenes of sculptures she does by hand or thanks to Photoshop. She draws her inspiration from childhood memories and imagination in order to bring a dose of optimism everyday.:

Tangan sudah tersedia dan berada di atas papan kekunci tetapi idea, ilham dan perkataan tidak pula terungkap jari ni nak menaip. kerana kecetekan ilmu, idea, pengalaman untuk mengarang sudah tidak lagi diasah buat sekian lama. Berdekad juga lamanya saya tidak meluangkan waktu menghuraikan setiap perkataan yang berada di minda dan hati saya kedalam bentuk ayat dan perkataan yang mudah difahami. sangat lama.. sehingga saya mula janggal dan otot jari jemari mulai keras dan setiap gerak geri tarian jemari tidak lagi mengikut rentak intonasi sebenar. Baru hari ni saya mula praktikkan semula seni ini dimulai dengan menghias halaman blog. Halaman blog yang pada dasar sebelumnya sedia cantik dan saya rasa tiada cacat celanya. Disebabkan sikap saya yang mudah bosan dengan persekitaran, jadi saya harus hias blog untuk tampak kelaianan kepada yang lebih simple. Simple kerana saya  mahukan tema blog ini setimpal dengan usia saya. 

1) Minimal
Tema yang saya gunakan adalah minimal iaitu bersederhana dari segi warna, gadget, dan animasi. Penggunaan warna minimal tidak lebih dari tiga warna. warna polos dan tidak terlalu striking. Dari segi gadget, hanya perlu letak yang perlu dan penting sahaja. dan perlu kurangkan animasi seperti gambar bergerak (gif).

2) Penggunaan kata ganti diri pertama
Untuk lebih matang dan formal dan sesuai dengan semua peringkat usia, saya patut tukarkan kata ganti diri pertama "aku" kepada "saya". yay

3) Tidak lagi menggunakan perkataan rempits
Mulai entri ini , akan saya gunakan full ejaan dan tiada lagi kata shortform seperti bahasa-bahasa rempits yang pernah saya gunakan. kerana saya mulai sedar bahawa bahasa rempits tidak dapat detected keyword untuk sebarang pencarian. hehe

4) Gambar
Gambar selfie saya akan berkurangan atas dasar tidak mahu menunjuk nunjuk kecantikan. haha. InsyAllah gambar yang cantik-cantik sahaja dimuat masuk.

5) Posting blog
Isi blog kali ini akan lebih bermanfaat InsyAllah. 

Baiklah sampai disini sahaja mengenai pengenalan halaman blog wajah baharu. :) Sekian.

Sunday, July 17, 2016

Kolej

Assalamualaikum & selamat sejahtera wahai makhluk planet bumi.

Kalau dulu, cikgu-cikgu selalu bercerita tentang seronoknya kehidupan seorang pelajar kolej. Sering didedahkan bagaimana mereka diberi kebebasan dalam berpakaian, no uniform, no textbooks, no class, no subject killer, no one care bout your life. All free. Di televisyen juga ada ditayangkan about kolej life. Dimana di usia mereka boleh hidup berdikari dengan tinggal di rumah sendiri, pergi ke kolej dengan kenderaan sendiri, rasa lapar boleh masak sendiri. Sejak dari itu, aku tanam azam dalam-dalam untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana pusat pengajian kolej di masa akan datang.
Alhamdulillah, aku sudah pun menjejakkan kaki di kolej seawal usia 16 tahun. Tapi selama aku berada di kolej, kolej aku perlu berpakaian seragam koporat oren, kemudian all black. Aku ingatkan pelajar kolej tidak perlu menyiapkan homework, rupanya homework itu assignment. Rupanya kulit muka hadapan textbook pelajar kolej lagi keras dan tebal (file eviden). Rupanya setiap hari kelas penuh dari pagi hingga petang. Rupanya rumah sewa bebulan parents bayarkan. Rupanya bile nak masok bahan sokmo takdok. Rupanya pergi kolej jalan kaki. Rupanya aku kena redah semak samun dulu sebelum sampai kolej. Sebenarnya semua yang aku bayangkan sangat berbeza dengan apa yang diberitahu. Adakah selama ini aku ditipu hidup-hidup?

Friday, June 3, 2016

Driving

Assalamulaikum.

Pagi-pagi lagi dah update belog. its 6.30 AM. sambil listen to Langit by Yuna. feeling peacefully. Otak pun freely. sampai idk what to story about. hmm. ohk, semalam kite belajar bawa kereta manual dengan abah di padang bola. hmm not bad la, first time bawa memang always starter with tersedu-sedu kereta tu..haha. putaran staring bersilang-silang. only in gear 1,2 dan Re-vest. Kennot yet seimbangkan dan agak kedudukan nak berhentikan kereta sama ada secara menegak atau mengundo. sape kata senang...its hard,,but more practice make its perfect. petang ini ada lagi. yay.

Thursday, June 2, 2016

Caps Lock

Assalammualaikum.

Seperti yang ramai sudah tahu, Iphone adalah gajet terhangat dipasaran dunia dan mempunyai tarikan pengguna tahap global. Kalau di Malaysia, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Rata-rata penduduk Malaysia adalah pengguna Iphone. Walau ribuan harga, disebabkan tarikan utama telefon pintar ini adalah keunikan kamera, kebolehan rakaman, Iphone ID, dan sebagainya. Kalau dulu, boleh dikatakan memang takde harapan bagi yang tidak berkemampuan untuk memiliki Iphone. Tetapi dulu bukan lagi dulu kerana kini Iphone sudah mampu dimiliki. Orang kampung pun iphone user tau. well aku pun sedang merangkap juga cobaan. Doa kan aku berjaya. haha

+      



Monday, May 30, 2016

Runsing memikirkan tajuk...

Assalammualaikum.

Semenjak semester ini aku sangat sebuk melaksanakan projek seperti pertunjukan fesyen pada Mei lepas dan dalam proses menyiapkan projek tahun akhir dimana perlu menghasilkan sebuah tesis setebal kamus. Kemudian, akan dihantar OJT tak lama lagi. Alhamdulillah dapat praktikal di Dungun tanah tumpahnya darahku. Jadilah merantau ke tempat orang 4 tahun, tibalah masa nak berbakti di tempat sendiri pula.

Selama dalam kiraan 3 tahun setengah ini, sudah begitu banyak kenangan pahit manis aku jalani baik bersama senior, junior, classmate, housemate dan pensyarah. Perasaan kini saling berbahagi sama ada tak sabar nak habiskan atau sebaliknya. Nescaya aku akan merindui kenangan dan pengalaman ini sepanjang hidup.

Terutamanya pengalaman aku bersama dua orang rakan kembar pergi usha cina hensem di workshop sehingga Apoi itu mula malu-malu. haha. Susah nak cipta pengalaman ni. Aku hanya insan menurut perintah. maksudnya dipaksa join dua kaki. Takpe bak kata kembar-2016 "kita hanya setahun je kat sini, cina tu akan rasa kehilangan something, lepas kita dah pergi." Insya Allah ada jodoh jumpa lagi.

....miss cu olls.

Tuesday, February 9, 2016

Omoide no Marnie bukan animasi gay girls


Kali ini ingin berkongsi detik semasa menonton filem animasi Omoide no Marnie - When Marnie Was There. Sebelum itu mari lihat sinopsis terlebih dahulu.

PLOT
Anna Sasaki adalah seorang gadis tomboy berusia 12 tahun yang tinggal di Sapporo dengan ibu bapa angkat, Yoriko dan suaminya. Pada suatu hari di sekolah dia pengsan akibat serangan asma, maka ibu bapanya menghantarnya untuk menghabiskan musim panas dengan Setsu dan Kiyomasa Oiwa, saudara-mara Yoriko, di Kushiro, sebuah bandar tepi pantai luar bandar di mana udaranya adalah bersih.
Anna melihat sebuah rumah agam terbiar, usang dan dipenuhi semak, diseberang tepi paya pantai dan meranduk merentasi paya untuk menyiasatnya. Dia melihat sekitar, tertanya-tanya mengapa ia kelihatan begitu biasa padanya, tetapi terjebak di sana oleh air pasang yang semakin meningkat. Toichi, seorang nelayan berusia yang pendiam, menyelamatkannya dengan perahu pendayung. Dalam perjalanan pulang menyeberangi air, Anna melihat rumah itu seketika dalam keadaan baik dan yang terang. Apabila dia kembali pada Oiwa, Setsu memberitahu bahawa rumah agam itu pernah digunakan sebagai rumah percutian bagi beberapa orang asing, tetapi ia telah kosong untuk tempoh yang lama. Pada malam itu dan pada malam-malam yang lain, Anna mempunyai mimpi melihat seorang gadis berambut perang dalam rumah agam itu, dengan rambutnya disikat oleh seorang perempuan tua.



ULASAN RINGKAS DAN PADAT
Boleh menangis dan mudah terhibur. Tertarik dengan animasi dan jalan cerita yang penuh makna erti persahabatan, dan hubungan kekeluargaan. Dan dipenuhi tanda tanya dan misteri siapakah Marnie sebenar. Penamat yang bagus dan yup keeps thumbs up!.

Saturday, January 30, 2016

Entry on the spot

Assalamualaikum.
Kira sudah sebulan aku berdikari di rumah sewa dengan pelbagai kerenah dan cabaran di dunia penuh rencam ini. Sejujurnya sangat mencabar dari segi rohani dan jasmani. Jasmaninya, kami satu rumah bersepakat buat rombongan ke sekolej dengan berjalan kaki dan 1/2 daripada kami termasuk aku, berbasikal 1km/5-10min dari rumah. Setiap hari kecuali cuti hujung minggu. Tetapi dikala hujan, Alhamdulillah ada yang perihatin memberi tumpang terus ke destinasi. Almaklumlah, di dunia rencam ni faham2 lah. Dari segi rohaninya pula, kami mental dengan segelintir masyarakat sekeliling yang memandang rendah terhadap keupayaan kami gigih berbasikal ke sekolej semata-mata untuk menuntut ilmu. Kebanyakannya  kaum bujang terlajak lah yang sering terlolong-lolong bagai tidak matang melihat kami berjalan mahupun berbasikal. Malu la juga kerana mereka yang melepak sudah berusia boleh digelar pakcik-pakcik. Well, kami yg muda dan berfikiran matang ni terus hiraukan kehadiran mereka. Yang paling mencabar adalah kena kejar dgn anjing. Selepas kejadian itu, kami lebih berhati2. Sekian.