My page life.

Wednesday, December 7, 2016

Kini berwajah baharu

Assalammualaikum.
Peechaya Burroughs, an Australian artist, shares daily on her Instagram account minimalist and playful scenes of sculptures she does by hand or thanks to Photoshop. She draws her inspiration from childhood memories and imagination in order to bring a dose of optimism everyday.:

Tangan sudah tersedia dan berada di atas papan kekunci tetapi idea, ilham dan perkataan tidak pula terungkap jari ni nak menaip. kerana kecetekan ilmu, idea, pengalaman untuk mengarang sudah tidak lagi diasah buat sekian lama. Berdekad juga lamanya saya tidak meluangkan waktu menghuraikan setiap perkataan yang berada di minda dan hati saya kedalam bentuk ayat dan perkataan yang mudah difahami. sangat lama.. sehingga saya mula janggal dan otot jari jemari mulai keras dan setiap gerak geri tarian jemari tidak lagi mengikut rentak intonasi sebenar. Baru hari ni saya mula praktikkan semula seni ini dimulai dengan menghias halaman blog. Halaman blog yang pada dasar sebelumnya sedia cantik dan saya rasa tiada cacat celanya. Disebabkan sikap saya yang mudah bosan dengan persekitaran, jadi saya harus hias blog untuk tampak kelaianan kepada yang lebih simple. Simple kerana saya  mahukan tema blog ini setimpal dengan usia saya. 

1) Minimal
Tema yang saya gunakan adalah minimal iaitu bersederhana dari segi warna, gadget, dan animasi. Penggunaan warna minimal tidak lebih dari tiga warna. warna polos dan tidak terlalu striking. Dari segi gadget, hanya perlu letak yang perlu dan penting sahaja. dan perlu kurangkan animasi seperti gambar bergerak (gif).

2) Penggunaan kata ganti diri pertama
Untuk lebih matang dan formal dan sesuai dengan semua peringkat usia, saya patut tukarkan kata ganti diri pertama "aku" kepada "saya". yay

3) Tidak lagi menggunakan perkataan rempits
Mulai entri ini , akan saya gunakan full ejaan dan tiada lagi kata shortform seperti bahasa-bahasa rempits yang pernah saya gunakan. kerana saya mulai sedar bahawa bahasa rempits tidak dapat detected keyword untuk sebarang pencarian. hehe

4) Gambar
Gambar selfie saya akan berkurangan atas dasar tidak mahu menunjuk nunjuk kecantikan. haha. InsyAllah gambar yang cantik-cantik sahaja dimuat masuk.

5) Posting blog
Isi blog kali ini akan lebih bermanfaat InsyAllah. 

Baiklah sampai disini sahaja mengenai pengenalan halaman blog wajah baharu. :) Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana telah meninggalkan komen-komen yang membangun. *mini love* <3