My page life.

Friday, December 30, 2016

Mari menabung untuk kemudahan masa hadapan

Lusa dah masuk tahun 2017. cepatnya masa berlalu. oleh itu anda semua dah ada ke perancangan untuk menghadapi tahun baru? kalau tiada, apa kata kita buat perancangan bagaimana nak kumpul duit untuk kita survive di dunia rencam ini. Inspirasi daripada blog Azhafizah. Pertama sekali, anda perlu mendisiplinkan diri. Kerana tiada disiplin benda ini tidak akan berjalan ataupun matlamat nak dapatkan nilai duit yang dikehendaki tidak tercapai. Kedua, seharusnya sediakan satu bekas atau tabung yang sesuai untuk kita muatkan duit simpanan kita. Ketiga, menabung ikut jadual yang telah ditetapkan:


Cara-caranya ialah, anda perlu menyimpan duit pada setiap minggu iaitu hanya pada hari jumaat sahaja. Orang kata hari jumaat merupakan hari yang paling mulia dan merupakan penghulu segala hari. Oleh itu, lebih afdal kita melakukan kebaikan dengan menabung pada hari Jumaat supaya InsyAllah, diberikan rezeki lebih pada hari tersebut. Ok, apa yang anda lihat pada jadual diatas, pada jumaat pertama tahun 2017, anda dikehendaki menabung hanya RM 1 sahaja bagi permulaan. Kemudian, pada jumaat kedua, angka menabung meningkat kepada RM 2 dan seterusnya. Dan akhirnya, jumlah tabungan yang dikehendaki sebanyak RM 1,378 dalam tempoh 52 minggu pada tahun 2017. ha selepas itu, jangan lupa masukkan ke dalam bank tau. Saya pun dah slow-slow cari tabung.


Selamat menabung!

Saturday, December 17, 2016

Throwback

Kisah malam ini saya nak buat throwback sikit supaya akan datang boleh thowback entri ini.
Sebelum itu mari saya memperkenalkan ini pelajar Kolej Vokasional Puteri batch97 Seni reka fesyen tahun 2013-2016. Mereka merupakan rakan-rakan madness seperjuangan saya dalam mengharungi segala jenis rintangan dan ujian dalam melaksanakan semua tugasan berkumpulan mahupun individu. 4 tahun kami berjuang habis-habisan dan harungi segala jenis pengalaman pahit manis. Akhirnya kini saat yang sentiasa ditunggu-tunggu dari awal tahun hingga ke penghujung, kami telah pun pergi membawa haluan masing-masing. wait. Pengajian belum lagi tamat cuma kami hanya berpecah ke tempat On Job Training (OJT) selama 4 bulan sahaja. Walaupun pergi OJT, rindu nak bergurau-gurau, berborak kosong dengan mereka tu ada. 4 tahun bersama akrab bagai adik-beradik walaupun kerap bermasam muka tetapi penamatnya berdamai juga. setiap pada mereka mempunyai perangai, fungsi dan agenda masing-masing. Terutamanya Nurul Wahida seorang penghibur kami di sana. Love yall! Selamat berOJT~

Last trip for 2016 "dalam kenangan"

Thursday, December 15, 2016

Salam Jumaat salam cuti hujung minggu

Pagi ini saya sarap roti canai telur bersama air teh beng. Sodap. Favourite menu setiap kali sarapan di kedai. Tapi saya lebih suka roti canai kosong berbanding telur sebab roti kosong paling murah harganya berbanding yang lain selain itu kerana roti kosong lebih rangup dan sedap dimakan. Kalau kuah saya lebih suka kuah kari, kalau selera nak sedap lagi saya tambah dengan sedikit sambal nasi lemak (abah selalu buat). Memang rasa dia tip top. Saya memang tak berapa gemar makan dengan kuah dhall sebab kepekatan dan warna kuning tu buat saya kurang selera nak makan. Selera tu atas tekak masing-masing. Yang pasti saya suka roti canai yang rangup nyum~


Dan outfit yang dikenakan hari ni tersangatlah simple takdok la jangok sangat dengan baju shirt hitam digabungkan dengan seluar blue jeans.


Wednesday, December 7, 2016

Kini berwajah baharu

Assalammualaikum.
Peechaya Burroughs, an Australian artist, shares daily on her Instagram account minimalist and playful scenes of sculptures she does by hand or thanks to Photoshop. She draws her inspiration from childhood memories and imagination in order to bring a dose of optimism everyday.:

Tangan sudah tersedia dan berada di atas papan kekunci tetapi idea, ilham dan perkataan tidak pula terungkap jari ni nak menaip. kerana kecetekan ilmu, idea, pengalaman untuk mengarang sudah tidak lagi diasah buat sekian lama. Berdekad juga lamanya saya tidak meluangkan waktu menghuraikan setiap perkataan yang berada di minda dan hati saya kedalam bentuk ayat dan perkataan yang mudah difahami. sangat lama.. sehingga saya mula janggal dan otot jari jemari mulai keras dan setiap gerak geri tarian jemari tidak lagi mengikut rentak intonasi sebenar. Baru hari ni saya mula praktikkan semula seni ini dimulai dengan menghias halaman blog. Halaman blog yang pada dasar sebelumnya sedia cantik dan saya rasa tiada cacat celanya. Disebabkan sikap saya yang mudah bosan dengan persekitaran, jadi saya harus hias blog untuk tampak kelaianan kepada yang lebih simple. Simple kerana saya  mahukan tema blog ini setimpal dengan usia saya. 

1) Minimal
Tema yang saya gunakan adalah minimal iaitu bersederhana dari segi warna, gadget, dan animasi. Penggunaan warna minimal tidak lebih dari tiga warna. warna polos dan tidak terlalu striking. Dari segi gadget, hanya perlu letak yang perlu dan penting sahaja. dan perlu kurangkan animasi seperti gambar bergerak (gif).

2) Penggunaan kata ganti diri pertama
Untuk lebih matang dan formal dan sesuai dengan semua peringkat usia, saya patut tukarkan kata ganti diri pertama "aku" kepada "saya". yay

3) Tidak lagi menggunakan perkataan rempits
Mulai entri ini , akan saya gunakan full ejaan dan tiada lagi kata shortform seperti bahasa-bahasa rempits yang pernah saya gunakan. kerana saya mulai sedar bahawa bahasa rempits tidak dapat detected keyword untuk sebarang pencarian. hehe

4) Gambar
Gambar selfie saya akan berkurangan atas dasar tidak mahu menunjuk nunjuk kecantikan. haha. InsyAllah gambar yang cantik-cantik sahaja dimuat masuk.

5) Posting blog
Isi blog kali ini akan lebih bermanfaat InsyAllah. 

Baiklah sampai disini sahaja mengenai pengenalan halaman blog wajah baharu. :) Sekian.