My page life.

Thursday, March 16, 2017

Hati-hati

Susahkan kita nak berinteraksi sesama manusia? susahkan antara kita manusia saling memahami situasi sesama manusia? kerana itu hindari diri daripada berjumpa manusia itu lebih baik, walau sendiri seorang manusia. kerana untuk melindungi hati daripada jatuh disakiti. kerana mulut manusia hati sakit. kerana perbuatan manusia hati menahan pedih. kerana hati busuk manusia, hati membalas benci. adakah sifat manusia itu sekadar pentingkan dan mempertahankan hak sendiri tanpa menghiraukan hati dan perasaan manusia lain? 

Sakitnya itu di hati. Mulut mengungkapkan apa yang terbuku dihati. Kalau riya' hati, maka setiap perkataan akan berbaur riya' sehingga memperendah-rendahkan manusia lemah yang lain. Kalau ego dan sombong hati, setiap perbuatan yang dilakukan melambangkan hanya dia manusia yang bagus sehingga setiap teguran dan nasihat pun tak boleh makan. Kalau hati dah bodoh sombong, dia akan tetap tegakkan kesalahannya kerana dek malu untuk mengaku kesalahan sendiri.

Aku juga manusia punya hati dan perasaan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana telah meninggalkan komen-komen yang membangun. *mini love* <3