My page life.

Wednesday, July 7, 2021

Personal | New video

I made a breakfast. I really love the menu.

Hi hari ini, saya telah buat satu video vlog yang kedua. Tapi, panjang video itu hanya dalam masa 38 saat sahaja. haha.  Video paling pendek. I just so excited to upload. Rekod video pun tak banyak. Tak tahu la video saya sangat tidak menjaga kualiti. Ikut sempat sahaja. Tak apa lah, asalkan ada benda saya nak post di youtube. Jadi, silakan menonton vlog saya ini yang berdurasi 38 saat. Please enjoy



Sunday, July 4, 2021

Personal | I miss my mother's cooking

Hi, pagi-pagi saya terbayangkan sup ayam mak saya. Memandangkan ada ayam mentah dalam peti. Ayam tu katanya tak berapa segar, sayang kalau tak makan sebab banyak lagi. Jadi saya mengambil langkah untuk masak menu sup. Kata resepi mak saya kan, tapi tak ikut seratus peratus sebab untuk hilangkan rasa yang kuat pada ayam tu saya letak perencah sup ayam adabi. Kalau ikutkan tak letak pun. Biar sup tu warna putih bukan kelabu macam sup tulang. Tapi tak apa, asalkan dapt merasa sup ayam. Gambar ni saya tangkap waktu belum dihidang. Saya kena tunggu housemate saya. Nanti kita makan sama-sama.




Masak-masak cara anak dara bujang. Maaf la kalau persembahan tak begitu kemas. hehe terutama nasi tu, sebenarnya saya campur dengan nasi semalam. jangan membazir. Okey


Join segment | Keputusan Pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com


Ingat tak saya pernah cuba join segmen mialiana.com. Tak sangka saya tersenarai di dalam senarai calon peserta. Blog saya berada di kedudukan yang ke-7. Saya tak sangka dapat join segmen tersebut. Pada asalnya, saya hanya mahu tahu kelebihan segmen ini. Lagi pula untuk menyertainya sangat mudah dan tidak perlukan syarat yang banyak. 



Alhamdulillah, hasil daripada mengikuti segmen Mialiana.com, pencapaian follower saya semakin bertambah. Dari sifar kepada 6 pengikut. Terima kasih yang tak terhingga. Kalian sungguh baik hati dan supporting. Mereka yang berkunjung ke sini juga tidak segan silu untuk meninggalkan komen ucapan. 

Saya juga gembira dapat membalas kunjungan blog kalian. Saya melakukan perkara sama seperti meninggalkan komen respon dan membalas follow. Antara tips yang saya pelajari sekarang adalah bersikap ramah kepada semua orang. Walaupun pada dasarnya saya introvert dengan orang yang tak dikenali. Namun, tips ini sangat berkesan untuk menambah kenalan dan merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan komuniti blog. 

Dan pada komenter yang terakhir entri itu, tuan empunya segmen telah datang membuat tinjauan ke blog saya.

Pada hari jumaat 3 Julai, 10 orang peserta telahpun diumumkan sebagai pemenang. Pemenang bakal menghiasi bloglist Mialiana.com bagi bulan Julai, Ogos dan September 2021. Tahniah semua!

Perasaan saya tidaklah berharap untuk menang, malah gembira kerana dapat melihat dan berkomunikasi dengan komuniti blogger lain yang bergiat aktif seperti Mialiana.com. Selain itu, manfaat daripada menyertai segmen ini juga adalah dapat meningkatkan traffic and views blog. 

Selepas ini saya kena rajin berusaha menulis blog supaya pengunjung yang hadir tidaklah bosan melihat blog saya ini. 

Walaupun saya tak terpilih sebagai pemenang, saya tetap meletakkan Mialiana.com di ruangan list blog saya [love to read] untuk dijadikan inspirasi dan pendorong bagi saya meneruskan perjuangan dalam dunia blog ini. Okey. 


Thursday, July 1, 2021

Product Review | NanoWhite Dark Spot Correction Advance Serum | Kesan seawal 2 minggu

Hi. Gaji sudah masuk. Apalagi jom membeli-belah. Beli barang keperluan sahaja. Masa begini kena tahan nafsu daripada membeli barang yang tak diperlukan. 

Cerita pagi tadi, selepas mengemas dapur dan bilik. Membasuh dan menyidai baju, saya keluar ke Bandar sebentar. Pada asalnya untuk menemani rakan membeli barang keperluan. Tetapi disebabkan kelaparan kami drive thru ke McDonald terlebih dahulu untuk mengisi perut. Kemudian baru ke Watson Drugstore. 

Biasa lah kalau dah masuk Watson tidak sah kalau tak bawa balik barang. Sekurang-kurangnya satu. Bagi sesiapa yang kuat pendirian tu, dia berjaya masuk semata-mata untuk cuci mata sahaja. Saya pernah buat. Tetapi, memandangkan saya rasa perlu sangat barang ini. Jadi dalam fikiran, aku perlukan serum muka. Sudah lama tak manjakan kulit wajah dengan serum. Bagi mengelakkan membeli produk yang meragukan, baik beli brand yang kita pernah konsisten guna sampai habis. 

Saya tak gemar beli set penuh brand yang sama. Sebab kekadang kandungan formula tidak sesuai untuk jenis kulit muka saya. Jadi saya beli mengikut kesesuaian. Bagi saya kulit boleh berubah mengikut situasi dan cuaca. Kadang-kadang saya guna dua jenis pencuci muka. Untuk wajah yang senang terdedah dengan habuk ia memerlukan sabun yang dapat membersihkan kotoran secara mendalam. I think foam cleanser is the best. That's the tips. 

Jadi, hari ini saya beli NanoWhite Dark Spot Correction Advance Serum 30ml. Selama saya pakai, kulit wajah saya nampak cerah dan fresh. Berbanding sekarang yang kelihatan kurang bermaya dan tona tak sekata.


Belah kanan tu yang baru

Walaupun brand sama, sticker lain ya. Ini sebab nano white improved formula. Ada perbezaan sikit dari yang pertama saya beli. Yang jenis baru ni dia ada kandungan arbutin + niacinamide. Saya pernah juga dengar selalu kalau produk itu ada niacinamide, maka ia boleh memberikan kesan wajah yang cerah. Antara kelebihan sebenar niacinamide?
  • Menjadikan kulit anda tegang dan sihat.
  • Mengurangkan kemerahan dan kegatalan. 
  • Meminimumkan dan menyamarkan liang pori.
  • Mengawal minyak. 
  • Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari. 
  • Merawat bintik-bintik gelap. 
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. 
  • Membina sel kulit baru sambil melindungi dari persekitaran tercemar.
  • Merawat jerawat. 

sumber: 🎈


Review gambar:
Sebelum: 1/7/2021
Selepas 2 hari: 3/7/2021
5/7/2021: Jerawat bawah bibir mengecut dan semakin pudar

//akan dikemaskini selepas 2 minggu pergunaan.



Saya beli NanoWhite Dark Spot Correction Advance Serum 30ml dengan harga RM63.92 + GVC EDT Honesty 50ml berharga RM23.03 dan Facemask berharga RM7. Kebiasaanya kalau beli barang skincare memang boleh mencecah ratusan ringgit. Tak perlu risau. Ia berbaloi kerana ia tahan untuk beberapa bulan. Jadi tak perlu keluarkan duit setiap bulan. Jumlah belanja di Watson hari ini adalah sebanyak RM89.65. Selesai, selepas ini menyimpan lah pula ya. 


Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.30 pagi 1/7/2021 sehingga 10.30 pagi 2/7/2021. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Julai 2021.

** jom support Mia Liana....

Movie Review | Cruella (2021)



Sinopsis:

Estella sejak kecil lagi bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang pereka fesyen terkenal di London. Dia berharap dapat berjumpa dengan fesyen idoalanya iaitu Baroness von Hellman. Sesuatu tragedi telah menimpa, sehingga dia terpaksa membawa diri terus ke kota London.
Kemudian, terserempak dengan dua budak perompak. Mereka menjadi akrab setelah masing-masing berkongsi nasib yang sama. Mulai hari itu, Estella, Jasper dan Horace tinggal bersama di tengah kota mewah itu. Pada harijadi Estella, Jasper menghadiahkan kejutan istemewa buat Estella iaitu tawaran kerja di butik mewah setelah mengagumi bakat terpedam Estella. 


Rate: 9/10
Genre: Crime/Comedy
Duration: 2h 14m
Director: Craig Gillespie
Production Companies: 
Walt Disney Pictures, Marc Platt Productions, Gunn Films
Starring: Emma Stone, Emma Thompson, Joel Fry
Initial release: May 26, 2021


Ulasan:
Filem ini sangat gempak dan mengagumkan untuk ditonton. Dari segi jalan cerita yang sangat mencabar emosi dan penuh kejutan. Cruella seorang yang berbakat luar biasa. Mempunyai kehandalan dan kepakaran idea di luar kotak dalam me-reka dan menghasilkan pakaian yang meletup dan memukau. Sesiapa yang sedang menceburi dalam bidang fesyen, cerita ini amat lah sesuai untuk dijadikan inspirasi dan meningkatkan lagi semangat dalam dunia fesyen. Saya sangat suka setiap scene semua karakter sangat bergaya. Dari segi warna makeup dan outfit yang dikenakan memang padan sangat. perfect

Tanggapan awal mengenai filem ini, saya keliru dan sedikit terkejut dengan karakter Cruella yang asal kerana perjalanan cerita ia sangat berbeza dengan cerita kartun 101 Dalmatians. Di dalam ini, Cruella bukan lah watak protagonis. Tetapi watak antagonis sebelum dia berhijrah kepada Cruella De Vil yang jahat. But in different generations. Get it?. Macam filem Joker. Memang best sangat. Tak bosan. Not Recommended for Children

Watak Cruella pula dilakonkan oleh Emma Stone. wow. she understood the assignment very well. Tak sangka Emma Stone sebelum ini memegang watak sebagai Gwen di dalam filem The Amazing Spiderman sangat berbakat melakonkan watak fiksyen.  Bagi saya, di dalam filem Spiderman lakonan dia biasa-biasa sahaja. Saya rasa tak sesuai dengan personaliti dia. But in the movie Cruella, she is so amaze. Bila sekali pandang seiras Helena Bonham, kali kedua pandang seperti Cara Delevingne. Emma Stone boleh pergi jauh. Tetiba pula bangga dengan artis barat. Saya ni jenis kalau saya kagum tak kisah lah dia dari mana saya memang sokong. 

Kepilan gambar:


Q&A:
Adakah Filem Cruella meniru The Devil Wears Prada?
Saya tak nafikan cerita ini ada persamaan. Dari segi watak Estella yang cerdik dan kreatif sama seperti Andrea, Fesyen Bos class yang mewah seperti Boroness dan Miranda, It's look same even the scene too. Yup, sebenarnya Cruella adalah pembikinan semula dan gabungan bersama The Devil Wears Prada. dan antara remake movie yang sucess.


Jadi adakah awak sudah menontonnya?

Monday, June 28, 2021

Personal | Pengalaman beraya seorang diri.

Hai. sesiapa sahaja akan terkesan dengan pandemik covid yang melanda di negara ini. Hampir semua orang tengah struggle untuk meneruskan perjuangan. Ada yang kehilangan kerja. Yang paling terkesan mereka yang kehilangan orang tersayang disebabkan wabak ini. Bersyukur kepada yang masih diberi peluang dan yang masih belum terjebak dengan pengebaran covid ini. Yang pasti kita semua harus terus berusaha membanteras penularan covid dengan mengikuti semua SOP yang telah ditetapkan. Jangan degil. Jangan pentingkan diri. Ayuh, untuk masa depan kita semua. Tidakkah kita rindukan kehidupan yang dulu? Dimana kita boleh melakukan apa sahaja tanpa risaukan had dan batas pergerakan. Saya rindu mahu pulang berjumpa family di rumah.

Pada tanggal 13 May 2021, dalam sejarah buat pertama kali beraya berseorangan di rumah sewa tanpa family disisi. Disebabkan berjauhan merantau ke luar negeri, di musim covid yang melanda ini, kita semua tak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Saya yakin bukan saya sahaja yang mengalami situasi ini. 

Walaubagaimanapun keadaan, bila tiba hari raya, kita mestilah meraikan dengan berpakaian kemas, dan cantik. Terima kasih makngah sannggup datang memberi juadah. Dapat juga merasa rendang di pagi raya. Ikutkan hati mahu cuba buat sendiri. Disebabkan kesuntukan masa, bahan tidak sempat dibeli.

Seperti biasa, perkara wajib di pagi raya adalah saling bermaaf-maafan. Memandangkan tidak dapat berkunjung akibat covid, jadi saya berhubung dengan keluarga melalui panggilan video dari pagi hingga ke tengahari. Disambung pula dengan panggilan dari sahabat-sahabat lain. Sudah cukup membuatkan saya bahagia pada hari itu.

Tambahan pula waktu itu sedang gempar dengan kejadian serangan di palestin. Perasaan saya sedikit hampa dan dalam masa yang sama beryukur dapat menyambut raya sekadar yang ada. Mengenangkan nasib penduduk palestin. 😢 #freepalestine

sampai disini pengalaman ringkas saya. thank you.

Sunday, June 27, 2021

Personal | Blogging on Youtube channel

Hai, saya terfikir untuk menyahut cabaran #30daysblogchallenge. Menulis blog setiap hari selama sebulan. Bunyi macam bagus. Tetapi itu lah, kekadang idea belum tentu ada untuk menghasilkan posting. Lagi-lagi bila kena menghadap skrin laptop untuk menaip. Sebenarnya saya mengalami silau yang tinggi. Kalau asyik menghadap boleh mengakibatkan migrain dan mata menjadi kepenatan. Mungkin kerana saya tidak begitu aktif dalam mengarang, jadi saya cepat stress apabila kebuntuan idea.

Betul mungkin juga saya perlu memperbanyakkan membaca buku. Dari situ, saya boleh memperkasakan lagi penulisan tatabahasa saya. Sebab sebelum ini saya banyak fokus kepada bahasa inggeris. Kekadang saya suka rojakkan bahasa melayu dan inggeris. Disebabkan itu, penyusunan bahasa saya sangat berterabur. Bunyi macam kelakar. Tetapi itu lah hakikat sebenar yang saya hadapi. 

Saya rindu nak belajar penulisan bahasa melayu di zaman sekolah. Saya gemar sastera, sajak, puisi melayu. Tetapi malangnya saya tidak menghabiskan pelajaran dengan betul dan juga tidak mengamalkan di dalam kehidupan harian. Biasa lah terlampau terikut-ikut budaya barat. Kerana dulu saya fikir bahasa inggeri sangat penting untuk saya berkomunikasi dengan orang asing. Tak juga. Bahasa Inggeris saya masih tunggang langgang. 

Mungkin kerana itu juga saya sukar untuk meneruskan hobi menulis blog. Saya sudah banyak kali buat blog baru. Tetapi masih tidak berjaya membuahkan hasil yang bagus. Kali ini saya kena belajar dari kesilapan, harus lah menghasilkan posting yang berkualiti dan bermanfaat.

Baiklah tamat sesi pengenalan. Mari teruskan kepada pengisian sebenar posting hari ini. Video blog, atau terkenal dengan sebutan v-log. Merupakan blog dalam bentuk visual. Kenapa Vlog? Cukup lah hanya Blogger. Ini kerana saya mahu mencuba sesuatu yang baru. Saya mahu menggunakan kemahiran saya dalam menyunting videography. Kemahiran yang tidak lah hebat. Sekadar hobi biasa.

Dengan ini saya mempersembahkan Youtube channel saya iaitu Aredlyn space. Berserta vlog pertama saya. Boleh terus tonton dan minta jasa baik anda untuk memberikan sokongan moral kepada saya yang baru berkecimpung dalam dunia youtube. Semoga video seterusnya saya dapat menambahbaikkan.


Friday, June 25, 2021

Movie Review | Studio Ghibli's Grave of The Fireflies (1988)




 
  Sinopsis:

Berkisarkan tentang seorang budak lelaki berumur 14 tahun, Seita bersama adik perempuannya, berumur 4 tahun, Setsuko . Pada suatu hari, Seita dan Setsuko berhadapan detik genting dimana kawasan perumahannya dilanda serangan bom udara di dalam peperangan word war II. Semua penduduk tempatan berpusu-pusu menyelamatkan diri dan harta yang ada. Sementara Ibu Seita mendahuli mereka berdua menuju ke bom shelter secara berasingan. Seita memikul tanggungjawab melindungi adiknya sebaik mungkin. Tetapi malang sekali, ibu Seita tidak berjaya diselamatkan. Seluruh tubuh ibunya melecur akibat terkena bom lalu meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Mereka terpaksa menumpang kasih di rumah ibu saudaranya. Tidak lama selepas itu, dia dan adiknya berhasrat untuk mencari tempat tinggal baru kerana tidak mahu menyusahkan dan menambah beban keluarga saudaranya. Mereka belajar hidup berdikari tanpa keluarga disisi. Dengan adanya wang simpanan arwah ibunya cukup untuk menampung makan dan minum mereka berdua dalam jangka masa yang pendek. Akan tiba waktu dimana mereka terpaksa menghadapi kesukaran dalam mencari makanan harian. Seita sentiasa berkoban apa sahaja untuk kebahagian Setsuko.

Rate: 10/10
Genre: War/Drama
Duration: 1h 33m
Director: Isao Takahata
Production Companies: Studio Ghibli
Release date: 16 April 1988

Ulasan:
Menurut saya, filem Grave of the fireflies merupakan filem animasi jepun yang sangat sedih dan menyayat hati. Saya dapat merasakan gambaran suasana kehidupan di zaman peperangan. Berlaku kesempitan dari segi makanan, wang dan tempat tinggal. Mengingatkan saya pada situasi yang berlaku di Palestin sekarang. Sesiapa sahaja yang menonton pasti akan mengalirkan air mata.  Awal permulaan filem pun, saya tidak mempu menahan air mata daripada menangis kerana kita tahu perjalanan cerita ini merupakan kisah benar. Saat-saat terakhir sisa kehidupan dua beradik sebelum mereka pergi meninggalkan dunia buat selamanya.😭 Sangat rekomen untuk tontonan umum seisi keluarga. Pastikan bawa sekali sapu tangan dan tisu untuk mengusap air mata. Best sangat tak tipu. Kualiti animasi seperti biasa Studio Ghibli sentiasa menghasilkan animasi yang cantik. Permandangan yang berhasil memukaukan pandangan penonton. 

Moral of the story, ketabahan mental seorang budak berumur 14 tahun memikul tanggungjawab besar dalam menjaga kebajikan adiknya sehingga ke hujung hayat. Selain itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku kasar dan menyakiti mereka sewenang-wenangnya .Rasulullah SAW bersabda, barang siapa memuliakan anak yatim, maka Allah SWT akan limpahkan rahmat dan rezekinya untuk mereka. Lain halnya dengan menyakiti anak yatim, menyakiti anak yatim tidak dianjurkan dalam Islam, bahkan mendapat kemurkaan dari Allah SWT. Karena anak yatim merupakan titipan yang diberikan Allah SWT, untuk dilindungi.

Kepilan gambar:



Setahu saya animasi ini ada diadaptasikan dalam bentuk lakonan sebenar. Kedua-dua mempunyai jalan cerita yang sedih. Bagaimana dengan anda sudahkah menontonnya? Boleh kongsikan pandangan anda?


Thursday, June 24, 2021

Movie Review | Disney and Pixar's Luca (2021)


 Sinopsis:

Bandar Italian Rivera merupakan destinasi utama Luca bersama sahabat barunya, Alberto. Mereka bersepakat untuk mencari dan mendapatkan sebuah vespa bagi merialisasikan impian untuk menerokai dunia luar. Ditakdirkan mereka bertemu dengan Giulia, memberi ruang dan peluang lagi menjayakan impian mereka berdua. 
Luca, dan Alberto menyertai pasukan Giulia di dalam sebuah pertandingan peringkat Portorosso. Mereka dibahagikan kepada tiga acara Trithlon iaitu sukan renang, acara makan dan lumba basikal. Mereka bertiga menghabiskan masa musim panas dengan berlatih untuk memenangi piala Portorosso iaitu hadiah wang untuk pertukaran vespa dan juga untuk mengalahkan lelaki berlagak juara berturut, Ercole
Sementara itu, kedua orang tua Luca turut ke darat untuk mencarinya. Setelah dia melarikan diri kerana enggan dibawa ke rumah bapa saudaranya yang jauh dari permukaan laut.
Dalam masa yang sama, mereka turut merahsiakan identiti sebagai makhluk laut atau dikenali sebagai raksasa laut. Ini kerana untuk keselamatan diri dari diancam dan diburu oleh penduduk di situ. Adakah mereka berjaya mengharungi cabaran ini.

Rate: 8/10 
Genre: Comedy / Adventure 
Duration: 1h 36m 
Director: Enrico Casarosa 
Production companies: Walt Disney Pictures, Pixar Animation Studios 
Release Date: June 16, 2021

Ulasan:
Setakat ini, saya sudah menonton filem ini buat kali kedua. Saya sangat tertarik dengan seni grafik yang disajikan dari segi warna, teknik pencahayaan, struktur bagunan dan permandangan yang sangat indah. Permandangan laut dengan efek bunyi air yang sangat realistik menghidupkan lagi animasi dan turut memberi ketenangan kepada penonton. Plot penceritaan sangat baik dan tidak bosan. Lebih menarik jika menonton dalam alihan suara bahasa melayu. Saya sangat rekomen sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Terdapat beberapa mesej tersirat dan tersurat juga disampaikan di dalam filem animasi ini. 

Antaranya, tentang erti persahabatan. Luca dan Alberto berkongsi minat yang sama dan sering menghabiskan waktu bersama. Suatu ketika akan ada masa, ketidaksepakatan fahaman dan mula bermasam muka. Tetapi pada penghujungnya, kita pilih untuk berdamai dan memaafkan. 

Selain itu, kehidupan harmoni berbilang kaum, bangsa, darjat, usia, dan ragam manusia. Disini, raksasa laut dianggap ancaman bagi penduduk bandar Portorosso. Tetapi hakikatnya, mereka juga adalah makhluk bumi. Seharusnya diberikan layanan secara adil dan saksama. Tidak kisah apa jenis bentuk fizikal yang dijadikan selagi dia tidak memudaratkan kita. 

Kemudian, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kadangkala, ibu marah kerana sayang. ibu halang minat kerana risaukan keselamatan. itulah ibu dan ayah, seorang yang terlalu melindungi dan kekadang pentingkan diri. Apa-apa pun kita harus bersyukur, menghormati dan menyangi mereka seadanya.

Selanjutnya, mengenai tips ramuan kehidupan. Kita tidak usah gentar dan ragu dengan keupayaan diri. Di dalam filem, Alberto menyuruh Luca menghalau semua tanggapan negatif terhadap diri dengan panggilan Bruno. Antara kaedah yang baik untuk menghilangkan rasa takut dan meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri.

Akhirnya, jangan pernah putus asa dalam menimba ilmu pengetahuan dan penglaman. Di dalam diri Luca mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi untuk menceburi perkara baharu. Contohnya, dia belajar berjalan dan mengayuh basikal buat kali pertama. Kemudian dia mula curiga apa yang ada dilangit setelah Giulia meyakinkan dirinya tentang bulan, dan bintang. Tanpa kita sedari sebenarnya dalam kehidupan kita adalah proses pembelajaran. Setiapa apa yang kita lakukan pasti ada peningkatan dan pembaikan dari masa ke semasa. Dan kita juga seharusnya bersyukur dapat belajar dengan selesa di sekolah, sedangkan masih ada yang tidak berkemampuan untuk ke sekolah.

Kepilan gambar:


Spoil:
Karakter raksasa laut. Bagi saya kombinasi warna ungu, biru dan hijau tidak begitu menarik. Warna mata kuning manakala anak matanya merah. Agak mengganggu minda saya. Tetapi tak mengapa, ia masih tidak merosakkan kualiti keseluruhan cerita. Boleh teruskan menonton.

Q&A:
Adakah filem ini mempromosikan LGBT?
Jawapan saya tidak. Tetapi terpulang atas penerimaan individu masing-masing. Walaupun ramai orang beranggapan karakter Luca dan Alberto sedikit persamaan di dalam filem 'Call me by your name'. Tetapi bagi saya, cerita ini lebih kepada persahabatan. Change your mind. Get feeling in to the same gender is not exist. Actually you are confused between cherish and love.

Adakah Luca bakal ada yang ke-2?
Saya dapat rasakan ia ada sambungan kerana Alberto ada memberikan pesanan kepada Luca dipengakhiran cerita. Menunjukkan bahawa mereka bakal berjumpa lagi. I hope so.


Baiklah. Adakah anda sudah menontonnya? Boleh kongsikan pengalaman anda?