Hi hari ini, saya telah buat satu video vlog yang kedua. Tapi, panjang video itu hanya dalam masa 38 saat sahaja. haha. Video paling pendek. I just so excited to upload. Rekod video pun tak banyak. Tak tahu la video saya sangat tidak menjaga kualiti. Ikut sempat sahaja. Tak apa lah, asalkan ada benda saya nak post di youtube. Jadi, silakan menonton vlog saya ini yang berdurasi 38 saat. Please enjoy
Wednesday, July 7, 2021
Sunday, July 4, 2021
Personal | I miss my mother's cooking
Hi, pagi-pagi saya terbayangkan sup ayam mak saya. Memandangkan ada ayam mentah dalam peti. Ayam tu katanya tak berapa segar, sayang kalau tak makan sebab banyak lagi. Jadi saya mengambil langkah untuk masak menu sup. Kata resepi mak saya kan, tapi tak ikut seratus peratus sebab untuk hilangkan rasa yang kuat pada ayam tu saya letak perencah sup ayam adabi. Kalau ikutkan tak letak pun. Biar sup tu warna putih bukan kelabu macam sup tulang. Tapi tak apa, asalkan dapt merasa sup ayam. Gambar ni saya tangkap waktu belum dihidang. Saya kena tunggu housemate saya. Nanti kita makan sama-sama.
Join segment | Keputusan Pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
Saya juga gembira dapat membalas kunjungan blog kalian. Saya melakukan perkara sama seperti meninggalkan komen respon dan membalas follow. Antara tips yang saya pelajari sekarang adalah bersikap ramah kepada semua orang. Walaupun pada dasarnya saya introvert dengan orang yang tak dikenali. Namun, tips ini sangat berkesan untuk menambah kenalan dan merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan komuniti blog.
Dan pada komenter yang terakhir entri itu, tuan empunya segmen telah datang membuat tinjauan ke blog saya.
Pada hari jumaat 3 Julai, 10 orang peserta telahpun diumumkan sebagai pemenang. Pemenang bakal menghiasi bloglist Mialiana.com bagi bulan Julai, Ogos dan September 2021. Tahniah semua!
Perasaan saya tidaklah berharap untuk menang, malah gembira kerana dapat melihat dan berkomunikasi dengan komuniti blogger lain yang bergiat aktif seperti Mialiana.com. Selain itu, manfaat daripada menyertai segmen ini juga adalah dapat meningkatkan traffic and views blog.
Selepas ini saya kena rajin berusaha menulis blog supaya pengunjung yang hadir tidaklah bosan melihat blog saya ini.
Walaupun saya tak terpilih sebagai pemenang, saya tetap meletakkan Mialiana.com di ruangan list blog saya [love to read] untuk dijadikan inspirasi dan pendorong bagi saya meneruskan perjuangan dalam dunia blog ini. Okey.
Thursday, July 1, 2021
Product Review | NanoWhite Dark Spot Correction Advance Serum | Kesan seawal 2 minggu
Hi. Gaji sudah masuk. Apalagi jom membeli-belah. Beli barang keperluan sahaja. Masa begini kena tahan nafsu daripada membeli barang yang tak diperlukan.
Cerita pagi tadi, selepas mengemas dapur dan bilik. Membasuh dan menyidai baju, saya keluar ke Bandar sebentar. Pada asalnya untuk menemani rakan membeli barang keperluan. Tetapi disebabkan kelaparan kami drive thru ke McDonald terlebih dahulu untuk mengisi perut. Kemudian baru ke Watson Drugstore.
Biasa lah kalau dah masuk Watson tidak sah kalau tak bawa balik barang. Sekurang-kurangnya satu. Bagi sesiapa yang kuat pendirian tu, dia berjaya masuk semata-mata untuk cuci mata sahaja. Saya pernah buat. Tetapi, memandangkan saya rasa perlu sangat barang ini. Jadi dalam fikiran, aku perlukan serum muka. Sudah lama tak manjakan kulit wajah dengan serum. Bagi mengelakkan membeli produk yang meragukan, baik beli brand yang kita pernah konsisten guna sampai habis.
Saya tak gemar beli set penuh brand yang sama. Sebab kekadang kandungan formula tidak sesuai untuk jenis kulit muka saya. Jadi saya beli mengikut kesesuaian. Bagi saya kulit boleh berubah mengikut situasi dan cuaca. Kadang-kadang saya guna dua jenis pencuci muka. Untuk wajah yang senang terdedah dengan habuk ia memerlukan sabun yang dapat membersihkan kotoran secara mendalam. I think foam cleanser is the best. That's the tips.
Jadi, hari ini saya beli NanoWhite Dark Spot Correction Advance Serum 30ml. Selama saya pakai, kulit wajah saya nampak cerah dan fresh. Berbanding sekarang yang kelihatan kurang bermaya dan tona tak sekata.
- Menjadikan kulit anda tegang dan sihat.
- Mengurangkan kemerahan dan kegatalan.
- Meminimumkan dan menyamarkan liang pori.
- Mengawal minyak.
- Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari.
- Merawat bintik-bintik gelap.
- Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
- Membina sel kulit baru sambil melindungi dari persekitaran tercemar.
- Merawat jerawat.
Saya beli NanoWhite Dark Spot Correction Advance Serum 30ml dengan harga RM63.92 + GVC EDT Honesty 50ml berharga RM23.03 dan Facemask berharga RM7. Kebiasaanya kalau beli barang skincare memang boleh mencecah ratusan ringgit. Tak perlu risau. Ia berbaloi kerana ia tahan untuk beberapa bulan. Jadi tak perlu keluarkan duit setiap bulan. Jumlah belanja di Watson hari ini adalah sebanyak RM89.65. Selesai, selepas ini menyimpan lah pula ya.
Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
- Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Julai 2021.
** jom support Mia Liana....
Movie Review | Cruella (2021)
Genre: Crime/Comedy
Duration: 2h 14m
Director: Craig Gillespie
Production Companies:
Starring: Emma Stone, Emma Thompson, Joel Fry
Initial release: May 26, 2021
Tanggapan awal mengenai filem ini, saya keliru dan sedikit terkejut dengan karakter Cruella yang asal kerana perjalanan cerita ia sangat berbeza dengan cerita kartun 101 Dalmatians. Di dalam ini, Cruella bukan lah watak protagonis. Tetapi watak antagonis sebelum dia berhijrah kepada Cruella De Vil yang jahat. But in different generations. Get it?. Macam filem Joker. Memang best sangat. Tak bosan. Not Recommended for Children
Watak Cruella pula dilakonkan oleh Emma Stone. wow. she understood the assignment very well. Tak sangka Emma Stone sebelum ini memegang watak sebagai Gwen di dalam filem The Amazing Spiderman sangat berbakat melakonkan watak fiksyen. Bagi saya, di dalam filem Spiderman lakonan dia biasa-biasa sahaja. Saya rasa tak sesuai dengan personaliti dia. But in the movie Cruella, she is so amaze. Bila sekali pandang seiras Helena Bonham, kali kedua pandang seperti Cara Delevingne. Emma Stone boleh pergi jauh. Tetiba pula bangga dengan artis barat. Saya ni jenis kalau saya kagum tak kisah lah dia dari mana saya memang sokong.
Kepilan gambar:
Jadi adakah awak sudah menontonnya?