My page life.

Wednesday, October 26, 2022

Perubahan Setelah Minum Air Setiap Hari

Membiasakan diri untuk minum air kosong setiap hari bukanlah hal yang mudah. Di antara pilihan minuman manis, teh, atau kopi, air kosong sering kali menjadi pilihan terakhir. Minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong. Sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh.

Di posting yang lepas, terdapat info mengenai berapa liter air yang diperlukan sehari. Secara purata kita memerlukan 2 liter air sehari. Untuk konsisten mengamalkan, disarankan untuk mengira sendiri jumlah air yang diperlukan mengikut berat badan. Dengan ini kita lebih memahami keperluan air yang sepatutnya diterima oleh badan.

Selain itu, untuk lebih praktikal gunalah aplikasi water tracker. Ia akan notifikasi kita untuk sentiasa minum air. Dengan adanya aplikasi ini, kita tidak mudah lupa dan mengambil bersahaja tentang hal ini. Tambahan, dapat menaikkan semangat dan motivasi diri.

Setakat ini, saya berpuas hati dengan pencapaian saya dalam menggunakan aplikasi water tracker ini. Sangat mudah, dan seronok.  Berat badan saya hanya memerlukan 1.4 liter air sehari.
 
Lihat perbezaan jumlah air. Pada hari ke-tiga berjaya minum 1.4 liter jumlah yang diwajibkan setiap hari. Pada hari ke-6, berjaya minum sebanyak 1.6 liter lebih pada yang ditetapkan disebabkan faktor cuaca dan banyak melakukan aktiviti.

Botol air yang digunakan adalah bersaiz 2 liter.
Senang tidak perlu berulang ke coway untuk isi air. Dengan botol 2 liter kita dapat mengisi penuh dan kemudian heret je kemana kita berada. 😀

Jadi perubahan pada diri saya setelah mengamalkan minum air secara konsisten adalah:
  1. Bibir rekah dan kering kembali lembap dan beransur pulih.
  2. Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti
  3. Saluran pernafasan yang baik 
  4. Kulit kelihatan sihat, berseri dan lembut
Stay Hydrated, Friends!

Friday, October 21, 2022

Berapa Banyak Air yang Diperlukan Sehari?


Semua orang tahu pengambilan air seharian adalah penting untuk kesihatan. Secara amnya, kita disarankan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tapi sukatan air yang diperlukan di dalam badan boleh berubah mengikut jantina, umur dan berat setiap individu?

Menurut purata pengambilan air harian rakyat Amerika:
  • Lelaki dewasa memerlukan 3 liter air bersamaan (13 gelas) setiap hari
  • Wanita dewasa memerlukan 2.2 liter air bersamaan (9 gelas) setiap hari

" Cara Kira Keperluan Air mengikut berat badan:
Di Malaysia kita biasa guna unit Kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya akan buatkan contoh seperti dibawah. Andaikan berat 43kg.
  • Tukarkan unit kg kepada pounds. Contoh 43kg = 94lbs
  • Jumlah 94lbs tersebut bahagi dengan 2. Maka, 94lbs/2 = 47 oz
  • Tukarkan unit oz tersebut kepada liter. Maka, 47oz = 1.4 liter
Jadi jika berat 43kg, maka perlu minum sekurang-kurangnya 1.4L bersamaan (6 gelas) sehari.
Jumlah air perlu ditambah sekiranya kita aktif dalam membuat kerja berat atau tinggal di persekitaran suhu yang tinggi.

Jika anda hamil atau menyusu, cadangan jumlah air yang diperlukan akan berubah. Wanita yang sedang menyusukan anak mungkin perlu meningkatkan kadar pengambilan air kepada 13 gelas sehari. Antara jumlah air yang disyorkan mengikut usia sejak kanak-kanak:
  • 4 - 8 tahun (5 gelas)
  • 9 - 13 tahun (7 - 8 gelas)
  • 14 - 18 tahun (8 - 11 gelas)
  • Lelaki 19 tahun (13 gelas)
  • Perempuan 19 tahun (9 gelas) 
  • Wanita Hamil (10 gelas)
  • Wanita menyusu (13 gelas) 

Dengan semua air yang telah masuk ke dalam badan, anda mungkin tertanya-tanya dimana ia disimpan. Berikut menunjukkan peratus kandungan air yang tersimpan disetiap organ di dalam badan kita:
  • Paru-paru - 83%
  • Otot dan Buah pinggang - 79%
  • Otak dan Hati - 73%
  • Kulit- 64%
  • Tulang - 31%

Banyak kelebihan pengambilan air harian yang mencukupi:
  1. Menurunkan berat badan
  2. Melegakan keletihan
  3. Melawaskan dan elak sembelit
  4. Mengulasikan suhu badan
  5. Mengurangkan risiko kanser
  6. Menceriakan mood
  7. Menyelesaikan masalah nafas berbau
  8. Meningkatkan sistem imun
  9. Mengelakkan sakit kepala dan migrain
  10. Memperolehi kulit cantik

Namun, jika kita terlebih air juga boleh memudaratkan kesihatan. Jika terdapat simpton seperti dibawah anda disarankan mengurangkan pengambilan air sehari:
  • Loya atau Muntah
  • Kekejangan Otot
  • Paru-paru berair
  • Sawan
  • Koma

Tips minum air secukupnya:
  1. Sentiasa membawa botol air kemana-mana. Termasuklah ke tempat kerja.
  2. Tidak hanya tumpu pada air kosong semata-mata. Sumber air lain seperti susu, teh, dan sup disyorkan.
  3. Elakkan minuman berkafein dan tinggi kandungan gula. Seperti air soda, air yg diproses dari kilang.
  4. Apabila makan diluar, bawalah botol air dari rumah. Dapat menjimatkan duit dan mengurangkan kalori makanan.
  5. Tambahkan perisa asli dari buah-buahan seperti lemon dan jus oren.

Antara makanan sihat yang mempunyai tinggi kandungan airnya:
  • Buah Tembikai
  • Sayur Bayam
  • Timun
  • Lada Benggala Hijau
  • Buah Berry
  • Bunga Kobis
  • Lobak
  • Daun Saderi
  • Buah Oren

Bagaimana nak tahu pengambilan air harian sudah mencukupi:
  1. Jarang merasa dahaga
  2. Warna urin kuning jernih, hampir tiada warna
  3. Menghasilkan 1 L atau lebih urin sehari

Jika warna urin keruh atau kuning pekat, itu petanda anda kekurangan air putih dalam badan.

Stay Hydrated, friends! ;)