My page life.

Friday, October 21, 2022

Berapa Banyak Air yang Diperlukan Sehari?


Semua orang tahu pengambilan air seharian adalah penting untuk kesihatan. Secara amnya, kita disarankan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tapi sukatan air yang diperlukan di dalam badan boleh berubah mengikut jantina, umur dan berat setiap individu?

Menurut purata pengambilan air harian rakyat Amerika:
  • Lelaki dewasa memerlukan 3 liter air bersamaan (13 gelas) setiap hari
  • Wanita dewasa memerlukan 2.2 liter air bersamaan (9 gelas) setiap hari

" Cara Kira Keperluan Air mengikut berat badan:
Di Malaysia kita biasa guna unit Kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya akan buatkan contoh seperti dibawah. Andaikan berat 43kg.
  • Tukarkan unit kg kepada pounds. Contoh 43kg = 94lbs
  • Jumlah 94lbs tersebut bahagi dengan 2. Maka, 94lbs/2 = 47 oz
  • Tukarkan unit oz tersebut kepada liter. Maka, 47oz = 1.4 liter
Jadi jika berat 43kg, maka perlu minum sekurang-kurangnya 1.4L bersamaan (6 gelas) sehari.
Jumlah air perlu ditambah sekiranya kita aktif dalam membuat kerja berat atau tinggal di persekitaran suhu yang tinggi.

Jika anda hamil atau menyusu, cadangan jumlah air yang diperlukan akan berubah. Wanita yang sedang menyusukan anak mungkin perlu meningkatkan kadar pengambilan air kepada 13 gelas sehari. Antara jumlah air yang disyorkan mengikut usia sejak kanak-kanak:
  • 4 - 8 tahun (5 gelas)
  • 9 - 13 tahun (7 - 8 gelas)
  • 14 - 18 tahun (8 - 11 gelas)
  • Lelaki 19 tahun (13 gelas)
  • Perempuan 19 tahun (9 gelas) 
  • Wanita Hamil (10 gelas)
  • Wanita menyusu (13 gelas) 

Dengan semua air yang telah masuk ke dalam badan, anda mungkin tertanya-tanya dimana ia disimpan. Berikut menunjukkan peratus kandungan air yang tersimpan disetiap organ di dalam badan kita:
  • Paru-paru - 83%
  • Otot dan Buah pinggang - 79%
  • Otak dan Hati - 73%
  • Kulit- 64%
  • Tulang - 31%

Banyak kelebihan pengambilan air harian yang mencukupi:
  1. Menurunkan berat badan
  2. Melegakan keletihan
  3. Melawaskan dan elak sembelit
  4. Mengulasikan suhu badan
  5. Mengurangkan risiko kanser
  6. Menceriakan mood
  7. Menyelesaikan masalah nafas berbau
  8. Meningkatkan sistem imun
  9. Mengelakkan sakit kepala dan migrain
  10. Memperolehi kulit cantik

Namun, jika kita terlebih air juga boleh memudaratkan kesihatan. Jika terdapat simpton seperti dibawah anda disarankan mengurangkan pengambilan air sehari:
  • Loya atau Muntah
  • Kekejangan Otot
  • Paru-paru berair
  • Sawan
  • Koma

Tips minum air secukupnya:
  1. Sentiasa membawa botol air kemana-mana. Termasuklah ke tempat kerja.
  2. Tidak hanya tumpu pada air kosong semata-mata. Sumber air lain seperti susu, teh, dan sup disyorkan.
  3. Elakkan minuman berkafein dan tinggi kandungan gula. Seperti air soda, air yg diproses dari kilang.
  4. Apabila makan diluar, bawalah botol air dari rumah. Dapat menjimatkan duit dan mengurangkan kalori makanan.
  5. Tambahkan perisa asli dari buah-buahan seperti lemon dan jus oren.

Antara makanan sihat yang mempunyai tinggi kandungan airnya:
  • Buah Tembikai
  • Sayur Bayam
  • Timun
  • Lada Benggala Hijau
  • Buah Berry
  • Bunga Kobis
  • Lobak
  • Daun Saderi
  • Buah Oren

Bagaimana nak tahu pengambilan air harian sudah mencukupi:
  1. Jarang merasa dahaga
  2. Warna urin kuning jernih, hampir tiada warna
  3. Menghasilkan 1 L atau lebih urin sehari

Jika warna urin keruh atau kuning pekat, itu petanda anda kekurangan air putih dalam badan.

Stay Hydrated, friends! ;)

2 comments:

  1. alhamdulillah dah lbh sethn sy cuba kekal istiqamah dgn ait kosong. secara x lgsg keinginan minum air manis berkurangan. kalau dulu wajib setiap mggu tealive๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu tealive tu maniss kak..hehe syukur dear anies dah boleh konsisten minum air kosong.

      saya pun kenkadang kena ada juga kopi segelas sehari. kalau tak lesu jep. nak kata mitos tpi realiti begitu. ๐Ÿ˜

      lepastu kena balancekan semula degn air kosong. ๐Ÿ˜…

      Delete

Terima kasih kerana telah meninggalkan komen-komen yang membangun. *mini love* <3