My page life.

Tuesday, January 7, 2025

Hujan mulai lebat di sini

Dari petang semalam hujan berterusan sehingga 6 pagi. Suami pulang kerja semalam dalam keadaan lencun satu badan. 

Hari ni, nak kena pergi kedai beli barang dapur. Pagi-pagi mari lemau la nak keluar πŸ˜„. So decided pergi pukul 2 tengahari. La hujan lebat pula sampai jam 4 petang. Baru boleh keluar.

Perut lapar ni. Ingat nak bungkus nasi ayam penyet. Tapi tak berbaloi la pulak sekarang dah petang baik makan malam je nanti. Kita beli roti jagung je buat alas perut. 

Sempat memerhati suasana kampung. Tengok-tengok longkang sudah dipenuhi air. Belakang rumah saya pun air sudah bertakung. Petanda semoga air tidaklah terus menaik...

Sebaik tiba di rumah, lelah pula angkat barang. Rehat rehat dulu. Ayam dua ekor dibiarkan dulu diluar.

Sambil tengok live kawan, dah pukul 7 suami pun dah pulang. Haih lambat start masak nasi pun belum nanak.

Nasib baik suami volunter nak cuci ayam. Sambil tu saya sediakan side dishes lain. 

Tup TUP tap. Siap masak jam 9 lebih. Lewat nau.

Saya nak kena puasa jam 10 ni...so inilah menu dinner hari ni.

ayam goreng, tempe goreng

sayur bayam tumis air

sambal tumbuk ikan bilis tapi di blend kasar sebab nak cepat πŸ˜…

Sekian....

Monday, January 6, 2025

Entry mix hari ini dan semalam

Hari Ahad sepatutnya hari saya at least cari sarapan kat luar kalau tak jalan mana-mana. Tapi minggu ni deret suami kerja. Jadi saya ambil peluang minta suami belikan sarapan kat warung kampung sebelum bertolak kerja.

Nasi lemak bungkus seringgit setengah dan roti canai dah cukup happy mengenyangkan.

Kemudian dikasi nasi beriani oleh jiran sebelah. Rezeki. Katanya kena habiskan cepat takut tak elok. Disebabkan perut masih lagi kenyang saya simpan bawah tudung saji.

Saya jenis yang makan kadang-kadang tak ikut timing. Dalam pukul 3 lebih baru rasa lapar. Teringat ke beriani, kalau tak makan ni rugi pula. Jamah sikit Alhamdulillah masih elok. 

Dah nak petang mai mengantuk, ingat nak baring sambil scroll TikTok sekali tertidur. Tiba-tiba je suami pulang. Mamai kita ingat dah malam. Rupanya jam 5 petang balik.

Dia tengok ada lagi beriani di meja. Haih tak makan ke?. Saya kata makan je banyak tak larat nak habiskan. Saya kata elok lagi tu habiskan lah. Rezeki dia lah...siap request telur dadar.

Cuaca pula panas betul. Teringat pokok tak disiram. Semalam dan kelmarin pun rasanya cuaca panas...jadi saya datang rajinnya pergi menyiram pokok cili di belakang rumah. 

Hehe pokoknya pun tak berapa sihat daunnya tapi alhamdulillah cilinya berbuah. Orang kata nak pokok berbuah kena selalu petik. kita petik juga. Tapi yang merah kadang tertinggal dan mengering. Saya pun petik buang balik dalam pasu tu. Tak sangka semalam tengok ada anak pokok tumbuh hehe. Dah terbuang sikit ingatkan rumput. ☺️

pasu satu ini tak dapat diselamatkan kerana disebabkan ada pokok lain yang menumpang lebat disitu. Tahu tak pokok apa? Dia akan tumbuh sendiri. Namanya sireh cina. 

Pernah makan dulu waktu kerja. Ada makcik tu suka makan ulam dia bawa ulaman rare. Saya try sedap. Dah ada belakang rumah ingat ke nak makan. Tapi belum boleh takut tak sesuai. Saya pun cuba buang yang besar. Eh rupanya hidup lagi yang kecil-kecil. Jadi saya biarkan lah satu pasu ni untuk dia je.

serai mertua suruh pindahkan dekat tanah baru membiak lebat. Tak terbuat lagi πŸ˜… 

projek seterusnya tuai benih terung dan daun ketumbar. Belum ada mood lagi nak dipindah ke pasu.

ini pokok bunga jiran kasi. Ada tiga batang. Yang terus hidup cuma satu. Huhu

ini pokok indoor. Orang kata senang jaga tak perlu siram selalu. Kadangkala layu juga sebab terlampau tidak peduli πŸ˜„ tapi yang bestnya senang subur kalau kita start basahkan tanahnya. Cuma sepatutnya kalau nak kasi dia terus membiak kena tukar tanah dan pindah ke pasu besar. Hehe belum ada lagi mood nya.

ha ini deretan pokok bunga mertua saya. Bagi hias halaman rumah supaya anjing tak datang tidur dekat beranda. Tapi anjingnya degil. Tetap juga nak berteduh kat situ. Tunggu ada rezeki lebih nak bina pagar pula.

okey malamnya kita makan ikan talapia goreng, telur dadar, tempe goreng dan sambal berlado. Ikan mertua kasi. πŸ˜†πŸ‘

Sekian...

Isnin, hari ni saya ada appointment checkup dekat kk. Biasa kalau ada checkup saya tak akan buat kerja rushing. Supaya bacaan nadi tak rancak bergelora πŸ˜…. Nak bersiap pun lengah lengah kan. Ikut mood nak gerak pukul berapa haha chill je. 

Berniat nak mai jam 10. Tapi sebab belum sarapan, kita gerak jam 9 pagi. Alhamdulillah tak ramai sangat lagi.

After selesai urusan. Kita pergi cari makanan. Saya beli nasi hujan panas, laksa, sosej cheese dan 2 cucuk bebola ketam. Ayo banyak betul. Baru lepas kena tegur missi berat badan naik banyak. πŸ˜† 

Lepas makan laksa mai mual pulak. Agaknya angin kut lewat makan. Alhamdulillah sekejap je. Dah lusa minum air gula pula. Besok boleh la kemas rumah sikit sikit 😚

That's all sekian...

Saturday, January 4, 2025

Perkara yang tak pernah diceritakan disini

selama tak aktif kat sini. saya banyak luang masa di socmed. seperti instagram, facebook dan tiktok.
di situ la saya posting personal life. situ kita setakat guna kreativiti kongsi gambar dan video sahaja. kalau saya huraikan dalam blog mesti lagi syok. 😊

sebenarnya saya nak cerita achievement hidup saya yang sampai ke hari ini saya masih tak percaya. tahu tak apa dia?

memasuki alam perkahwinan. sesuatu yang saya tak pernah duga dan meneka sama ada saya ni akan bertukar status dari bujang ke status berkahwin. 

benda tu terjadi sekelip mata. saya kenal dengan suami 2021. hujung-hujung covid tu. masa tu saya agak kesunyian sebab pertama berjauhan dengan family kerana tak dibenarkan merentas negeri. kedua masa tu tengah broken juga sebab dah taruh hati dekat crush landing on you.. haha memalukan.

kenal dengan suami pun masa tu baru lepas beli laptop gaming. punya la hobi time tu nak gaming konon. seronok la waktu tu kan masih pkp, full time kat rumah menghadap lappy. nak install game besar tak dapat jadi saya install satu game chating room macam tu. internet harapkan hostspot mana larat. 


nak dijadikan cerita jumpa lah suami saya kat dalam game tu. salam perkenalan. masatu niat saya terpesong juga sebelum jumpa dia, saya berniat nak cari boyfie. padahal seumur hidup tak pernah bercinta. maybe waktu itu saya memerlukan teman berhibur haha. 

orang yang kat dalam tu semua kata tak galakkan saya cari boyfriend dalam ni. bahaya macam-macam jenis orang ada, penipu kata bujang last-last suami orang haa... saya pun suka-suka ja, ada adalah takda pun tak masalah

masalahnya jumpa orang yang syok sendiri pun ada. haha yang tetiba mesra tak bertempat...kito ni bukan jenis gitu. 

sehinggalah saya ketemu suami saya tu. jumpa dah lewat malam juga la. borak-borak. request friend. ingat ke besok dah jadi stranger...rupanyaa invite kita nak chating lagi...kita pun start cerita tentang diri kita. macam kita berbual dengan kawan baru macam tu.

saya mengadu, internet lembab. dia beria suruh saya beli modem wifi harga 300. saya pun follow je sbb memang keperluan saya nak gaming πŸ˜†

dan seterusnya dia dah start dah tactic mencuba nasib..haha...mula minta facebook. masatu saya macam eh jarang la orang minta facebook biasa minta nombor terus. haha...saya terus kondem dia, kata saya tak main facebook..facebook tempat makcik membawang. yup ketika itu saya tak berapa aktif facebook.

tapi dsebabkan keinginan untuk mengenali individu yang berada dalam game tu saya pun kasi aje la...sebenarnya nak stalk profile gambar dia je...haha saya pun scan la semua apa yang ada kat profile dia...emm okey, kaki game, minat bola, meme.. seems tak ada apa yang mencurigakan. boleh la buat kawan.

dia sanggup tu belikan dan hadiahkan satu game ni dekat saya...nama game tu red dead. agaknya serik suruh saya beli sendiri..sebab saya tengok harga bukan main mahal. ye la kitanya nak berjimat cermat. saya rasa orang kaki game ni memang sanggup habiskan uit dekat game.

lepas tu, semakin rancak kita start invite game handphone pula. main la...then slow-slow minta nombor haa...sebab katanya dia, adik dan ibu kena covid. kasihan. saya pun risau la...orang covid ramai meninggal..saya dah la berhutang game dengannya.

after that mula rapat sikit-sikit...sebab vibe apa yang berlaku sehari-hari tu macam banyak yang menggembirakan. pashtuh, asyik borak alam maya je kan...kita nak juga kenal depan-depan.

first date. sebelum tu saya memang redha je la...kalau dia ni tinggi ke rupa macam mana ke..tak kisah lah. pertama kali jumpa dari pandagan dia cerita kat saya la, dia terkejut tengok saya...dia mengomel dalam hati..aku berkawan dengan budak sekolah rendah ke? ...

kuang hajo. sebab saya ni kecil rendah je orangnya. manakala dia bapok tinggi. memang langit dan bumi kalau berdiri sebelah dia. saiz pun ketara perbezaan nya. dia gempal tinggi, saya kecil rendah.

so kagum la dengan effort dia waktu tu sanggup datang jauh tidur hotel oyo semalam semata nak jumpa saya. tapi kalau fikirkan balik banyak juga saya menyusahkan dia. haha dia nak balik rumah dia masatu dah lewat malam...pastuh dia kena hadap jem berapa jam ntah dalam keadaan mengantuk...kasihan...

nak dijadikan cerita...beberapa bulan perkenalan tu. keluarganya kenal-kenal dengan saya...tup tap tup...sehingglah suami saya tu mengatakan hasratnya untuk mengawini saya. saya agak low confident memikirkan boleh ke aku jadi isteri orang? fikiran rohani jasmani pun belum bersedia matang lagi. masa tu dah start conflict sikit. haha...biasalah perempuan ni beremosi je lebih.


pernah nak minta putus juga.. agaknya semua orang akan lalui fasa ni kan...dimana kita confius dan mempersoalkan adakah dia orang yang tepat? boleh ke dia bahagiakan kita? 

Alhamdulillah usia perkahwinan sudah genap 2 tahun. banyak pahit manis juga kita tempuhi. awal perkahwinan fasa kenal budi masing-masing. memang mencabar ya bagi si dia. terima kasih sebab sudah banyak bersabar dengan perangai kita. :D

terima kasih dan beryukur juga dapat mertua yang baik sangat. memahami...Alhamdulillah saya pun slow-slow memperbaiki diri ke arah insan yang lebih baik. Aminn


sekian..😊

Friday, January 3, 2025

Posting Tahun Baru

Hi, tiba-tiba posting di awal 2025. Setahun tidak dikarang perkongsian disini walhal banyak je perkara yang tak diduga telah berlaku dalam hidup. Rasanya kita simpan dulu la ya...nanti dah sampai waktu kita kongsikan. 😊

Oleh itu, kita layan dulu video ringkas terima kasih tahun 2024 dari saya. enjoy 😚 


my wish list juga telah diupdate di sini