Nasi lemak bungkus seringgit setengah dan roti canai dah cukup happy mengenyangkan.
Kemudian dikasi nasi beriani oleh jiran sebelah. Rezeki. Katanya kena habiskan cepat takut tak elok. Disebabkan perut masih lagi kenyang saya simpan bawah tudung saji.
Saya jenis yang makan kadang-kadang tak ikut timing. Dalam pukul 3 lebih baru rasa lapar. Teringat ke beriani, kalau tak makan ni rugi pula. Jamah sikit Alhamdulillah masih elok.
Dah nak petang mai mengantuk, ingat nak baring sambil scroll TikTok sekali tertidur. Tiba-tiba je suami pulang. Mamai kita ingat dah malam. Rupanya jam 5 petang balik.
Dia tengok ada lagi beriani di meja. Haih tak makan ke?. Saya kata makan je banyak tak larat nak habiskan. Saya kata elok lagi tu habiskan lah. Rezeki dia lah...siap request telur dadar.
Cuaca pula panas betul. Teringat pokok tak disiram. Semalam dan kelmarin pun rasanya cuaca panas...jadi saya datang rajinnya pergi menyiram pokok cili di belakang rumah.
Hehe pokoknya pun tak berapa sihat daunnya tapi alhamdulillah cilinya berbuah. Orang kata nak pokok berbuah kena selalu petik. kita petik juga. Tapi yang merah kadang tertinggal dan mengering. Saya pun petik buang balik dalam pasu tu. Tak sangka semalam tengok ada anak pokok tumbuh hehe. Dah terbuang sikit ingatkan rumput. ☺️
pasu satu ini tak dapat diselamatkan kerana disebabkan ada pokok lain yang menumpang lebat disitu. Tahu tak pokok apa? Dia akan tumbuh sendiri. Namanya sireh cina.
Pernah makan dulu waktu kerja. Ada makcik tu suka makan ulam dia bawa ulaman rare. Saya try sedap. Dah ada belakang rumah ingat ke nak makan. Tapi belum boleh takut tak sesuai. Saya pun cuba buang yang besar. Eh rupanya hidup lagi yang kecil-kecil. Jadi saya biarkan lah satu pasu ni untuk dia je.
serai mertua suruh pindahkan dekat tanah baru membiak lebat. Tak terbuat lagi 😅
projek seterusnya tuai benih terung dan daun ketumbar. Belum ada mood lagi nak dipindah ke pasu.
ini pokok bunga jiran kasi. Ada tiga batang. Yang terus hidup cuma satu. Huhu
ini pokok indoor. Orang kata senang jaga tak perlu siram selalu. Kadangkala layu juga sebab terlampau tidak peduli 😄 tapi yang bestnya senang subur kalau kita start basahkan tanahnya. Cuma sepatutnya kalau nak kasi dia terus membiak kena tukar tanah dan pindah ke pasu besar. Hehe belum ada lagi mood nya.
ha ini deretan pokok bunga mertua saya. Bagi hias halaman rumah supaya anjing tak datang tidur dekat beranda. Tapi anjingnya degil. Tetap juga nak berteduh kat situ. Tunggu ada rezeki lebih nak bina pagar pula.
okey malamnya kita makan ikan talapia goreng, telur dadar, tempe goreng dan sambal berlado. Ikan mertua kasi. 😆👍
Sekian...
Isnin, hari ni saya ada appointment checkup dekat kk. Biasa kalau ada checkup saya tak akan buat kerja rushing. Supaya bacaan nadi tak rancak bergelora 😅. Nak bersiap pun lengah lengah kan. Ikut mood nak gerak pukul berapa haha chill je.
Berniat nak mai jam 10. Tapi sebab belum sarapan, kita gerak jam 9 pagi. Alhamdulillah tak ramai sangat lagi.
After selesai urusan. Kita pergi cari makanan. Saya beli nasi hujan panas, laksa, sosej cheese dan 2 cucuk bebola ketam. Ayo banyak betul. Baru lepas kena tegur missi berat badan naik banyak. 😆
Lepas makan laksa mai mual pulak. Agaknya angin kut lewat makan. Alhamdulillah sekejap je. Dah lusa minum air gula pula. Besok boleh la kemas rumah sikit sikit 😚
That's all sekian...
Bagusnya rajin bercucuk tanam.. ada jugak cili nak dipetik-petik utk mkn sendiri syok tuuu
ReplyDeleteHehe baru juga belajar menanam. Bila dah dapat hasil rasa seronok pula. ☺️
Deletelepas dah tanam ni x dinafikan kite mmg x sabar2 jd nya nak tggu hasil😁
ReplyDeleteBetul tu dear Anies. Excited nak cerita dekat orang cili dah boleh makan. 😄
DeletePokok cili kecik tu, pedas, kan?
ReplyDeleteSalam kenal. Saya follow blog. :)
Hi tot terima kasih singgah.
DeleteBetul. pedas dan sedap dimakan begitu sahaja ☺️
Cili hijau masuk dalam Maggie pun sedap tau 👍