selama tak aktif kat sini. saya banyak luang masa di socmed. seperti instagram, facebook dan tiktok.
di situ la saya posting personal life. situ kita setakat guna kreativiti kongsi gambar dan video sahaja. kalau saya huraikan dalam blog mesti lagi syok. π
sebenarnya saya nak cerita achievement hidup saya yang sampai ke hari ini saya masih tak percaya. tahu tak apa dia?
memasuki alam perkahwinan. sesuatu yang saya tak pernah duga dan meneka sama ada saya ni akan bertukar status dari bujang ke status berkahwin.
benda tu terjadi sekelip mata. saya kenal dengan suami 2021. hujung-hujung covid tu. masa tu saya agak kesunyian sebab pertama berjauhan dengan family kerana tak dibenarkan merentas negeri. kedua masa tu tengah broken juga sebab dah taruh hati dekat crush landing on you.. haha memalukan.
kenal dengan suami pun masa tu baru lepas beli laptop gaming. punya la hobi time tu nak gaming konon. seronok la waktu tu kan masih pkp, full time kat rumah menghadap lappy. nak install game besar tak dapat jadi saya install satu game chating room macam tu. internet harapkan hostspot mana larat.
nak dijadikan cerita jumpa lah suami saya kat dalam game tu. salam perkenalan. masatu niat saya terpesong juga sebelum jumpa dia, saya berniat nak cari boyfie. padahal seumur hidup tak pernah bercinta. maybe waktu itu saya memerlukan teman berhibur haha.
orang yang kat dalam tu semua kata tak galakkan saya cari boyfriend dalam ni. bahaya macam-macam jenis orang ada, penipu kata bujang last-last suami orang haa... saya pun suka-suka ja, ada adalah takda pun tak masalah
masalahnya jumpa orang yang syok sendiri pun ada. haha yang tetiba mesra tak bertempat...kito ni bukan jenis gitu.
sehinggalah saya ketemu suami saya tu. jumpa dah lewat malam juga la. borak-borak. request friend. ingat ke besok dah jadi stranger...rupanyaa invite kita nak chating lagi...kita pun start cerita tentang diri kita. macam kita berbual dengan kawan baru macam tu.
saya mengadu, internet lembab. dia beria suruh saya beli modem wifi harga 300. saya pun follow je sbb memang keperluan saya nak gaming π
dan seterusnya dia dah start dah tactic mencuba nasib..haha...mula minta facebook. masatu saya macam eh jarang la orang minta facebook biasa minta nombor terus. haha...saya terus kondem dia, kata saya tak main facebook..facebook tempat makcik membawang. yup ketika itu saya tak berapa aktif facebook.
tapi dsebabkan keinginan untuk mengenali individu yang berada dalam game tu saya pun kasi aje la...sebenarnya nak stalk profile gambar dia je...haha saya pun scan la semua apa yang ada kat profile dia...emm okey, kaki game, minat bola, meme.. seems tak ada apa yang mencurigakan. boleh la buat kawan.
dia sanggup tu belikan dan hadiahkan satu game ni dekat saya...nama game tu red dead. agaknya serik suruh saya beli sendiri..sebab saya tengok harga bukan main mahal. ye la kitanya nak berjimat cermat. saya rasa orang kaki game ni memang sanggup habiskan uit dekat game.
lepas tu, semakin rancak kita start invite game handphone pula. main la...then slow-slow minta nombor haa...sebab katanya dia, adik dan ibu kena covid. kasihan. saya pun risau la...orang covid ramai meninggal..saya dah la berhutang game dengannya.
after that mula rapat sikit-sikit...sebab vibe apa yang berlaku sehari-hari tu macam banyak yang menggembirakan. pashtuh, asyik borak alam maya je kan...kita nak juga kenal depan-depan.
first date. sebelum tu saya memang redha je la...kalau dia ni tinggi ke rupa macam mana ke..tak kisah lah. pertama kali jumpa dari pandagan dia cerita kat saya la, dia terkejut tengok saya...dia mengomel dalam hati..aku berkawan dengan budak sekolah rendah ke? ...
kuang hajo. sebab saya ni kecil rendah je orangnya. manakala dia bapok tinggi. memang langit dan bumi kalau berdiri sebelah dia. saiz pun ketara perbezaan nya. dia gempal tinggi, saya kecil rendah.
so kagum la dengan effort dia waktu tu sanggup datang jauh tidur hotel oyo semalam semata nak jumpa saya. tapi kalau fikirkan balik banyak juga saya menyusahkan dia. haha dia nak balik rumah dia masatu dah lewat malam...pastuh dia kena hadap jem berapa jam ntah dalam keadaan mengantuk...kasihan...
nak dijadikan cerita...beberapa bulan perkenalan tu. keluarganya kenal-kenal dengan saya...tup tap tup...sehingglah suami saya tu mengatakan hasratnya untuk mengawini saya. saya agak low confident memikirkan boleh ke aku jadi isteri orang? fikiran rohani jasmani pun belum bersedia matang lagi. masa tu dah start conflict sikit. haha...biasalah perempuan ni beremosi je lebih.
pernah nak minta putus juga.. agaknya semua orang akan lalui fasa ni kan...dimana kita confius dan mempersoalkan adakah dia orang yang tepat? boleh ke dia bahagiakan kita?
Alhamdulillah usia perkahwinan sudah genap 2 tahun. banyak pahit manis juga kita tempuhi. awal perkahwinan fasa kenal budi masing-masing. memang mencabar ya bagi si dia. terima kasih sebab sudah banyak bersabar dengan perangai kita. :D
terima kasih dan beryukur juga dapat mertua yang baik sangat. memahami...Alhamdulillah saya pun slow-slow memperbaiki diri ke arah insan yang lebih baik. Aminn
sekian..π